28/07/2026
MINGGU RAYA RXZ SUDAH TIBA!!
Kami mengucapkan selamat berkonvoi kepada semua rakan² permotoran , selamat pergi dan selamat pulang.
Ingat tuan² slogan RXZ MEMBERS sudah bertukar
"YANG SANTAI , PASTI SAMPAI" dalam berseronok ingatlah ada orang menunggu di rumah kita , merindu kita , memanggil nama kita. Jadi Safe ride ya semua
Jumaat ni di kuantan tak kurang meriah juga , Cuti bersempena HARI SULTAN PAHANG. pelbagai event ada di bandar kuantan.
.
Andai berpeluang masuk area bandar , boleh ke
1. PADANG MBK 1 (MASJID NEGERI ) ada karnival Hot Air Baloon
2. Pasar Sera di MENARA 188
boleh santai bawa family "pukul"sekeping dua gambar sebelum meneruskan perjalanan ke RXZ MEMBERS.
Untuk yang nak order nombor rebet masa dah suntuk . Stok ada tapi kena ada pengeras untuk tukang buat OT ya.
Akhir kata "Yang Santai pasti Sampai"!