12/08/2026
🏍️💙 𝗧𝗛𝗥𝗢𝗪𝗕𝗔𝗖𝗞 | 𝗞𝗢𝗡𝗩𝗢𝗜 𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗚𝗘𝗡𝗕𝗟𝗨 𝗬𝗔𝗠𝗔𝗛𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 💙🏍️
Mengimbau kembali perjalanan penuh kenangan pada 8hb - 9hb Ogos bersama rider-rider Yamaha ke Karnival GenBlu 2026! 🔥
Bukan sekadar konvoi, tetapi satu perjalanan yang penuh dengan semangat persahabatan, gelak tawa dan pengalaman yang pasti akan dikenang. Dari Kuantan hingga ke Shah Alam, semuanya berjalan lancar walaupun ramai rider dan pelbagai jenis model Yamaha bersama-sama. 🏍️🏍️🏍️
Selepas sampai ke hotel di Shah Alam, kami teruskan dengan makan malam bersama di Thai Tomyam Classic. 🍲🌶️ Lagi meriah apabila kami sempat meraikan hari jadi dengan semua rider yang lahir pada bulan Ogos! 🎂🎉🎈
Selamat Hari Jadi kepada semua August Babies! Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan terus enjoy riding bersama kami. 😎🤘
👏 Special thanks kepada Bard Triton yang banyak membantu memastikan perjalanan konvoi ini tersusun dan berjalan dengan lancar dari awal hingga akhir. Terima kasih atas usaha, masa dan komitmen yang diberikan!
Dan paling penting, 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 kepada 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗥𝗜𝗗𝗘𝗥 yang turut serta dan memberikan kerjasama sepanjang perjalanan. Disiplin, semangat berkumpulan dan sikap saling menjaga antara satu sama lainlah yang menjadikan konvoi ini satu kejayaan. ❤️
Kita datang sebagai rider, kita balik sebagai satu keluarga.
Jumpa lagi dalam ride Yamaha yang seterusnya! 🔥