Proton Aapico Motors Kuantan - Semambu

Call Directions Contact the business

Proton Aapico Motors Kuantan - Semambu Service & Accident repair After Sales Service + Body & Paint (Accident Repair)

30/05/2025

Sudah hampir 3 bulan berlalu....kami bertukar pengurusan lagi... Kali ini kami lebih gah💪 dan cukup bergaya 💞untuk membuat pelanggan kami lebih selesa🤗

Kami masih di tempat yang sama, staff yang Sama dan yang paling penting 💯 % alat ganti yang tulen.

Sebarang bantuan,pertanyaan dan temujanji hubungi talian tetap kami☎️

📞 09-566 1611 @
📱
010-881 6411

Kami sentiasa sedia membantu buat yang terbaik🫶

30/05/2025

Kini hari yang di tunggu2 telah tiba... Marilah beramai2 memeriahkan suasana buat julung kalinya pihak kami mengadakan festival besar2 an dan yang penting banyak acara yang di ada kan... Semoga Para pengungjung berpuas hati dan gembira💞

21/05/2025

Jommmmmmm...!!!! sertai kami, untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian di bawah 👇

☎️ 09-565 4388

🫰 Penyertaan masih di buka lagi 🤗

Job Vacancy :-Opportunities are now open for those who are interested and qualified, please contact or send your resume ...
13/04/2025

Job Vacancy :-

Opportunities are now open for those who are interested and qualified, please contact or send your resume to....

Email :[email protected]

WhatApp :-+6012-3933 529

04/04/2025

SUV terbalik, pekerja pusat kecantikan maut nahas tiga kenderaan

KUANTAN - Seorang pekerja pusat kecantikan maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Ativa dipandunya terbabit nahas melibatkan tiga kenderaan di persimpangan lampu isyarat Batu 10, Jalan Kuantan-Gambang di sini pada Khamis.

Dalam kemalangan kira-kira jam 10.15 malam itu, melibatkan Perodua Ativa, Proton Iswara dan Volkswagen Golf.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa, Nor Aspadora Azmi, 24, beralamat dari Bandar Indera Mahkota 2 di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Penumpang SUV terdiri dua remaja perempuan berusia 11 dan 14 tahun yang juga sepupu mangsa dilaporkan cedera," katanya.

Menurutnya, pasangan suami isteri berusia 27 dan 38 tahun bersama tiga anak mereka berusia tiga hingga 10 tahun yang menaiki kereta jenis Proton Iswara selamat.

"Lelaki berusia 25 tahun yang memandu kereta jenis Volkswagen Golf turut terselamat dalam nahas itu," katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa bersama dua sepupunya dipercayai dalam perjalanan dari arah Gambang menghala ke arah bandar Kuantan.

"Proton Iswara dinaiki lima sekeluarga p**a dari arah bandar Kuantan menghala ke Sungai Lembing manakala Volkswagen Golf dipandu penghantar barang dari arah Jaya Gading menghala ke arah bandar Kuantan.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, SUV dipandu mangsa dipercayai terbabas melanggar kereta Proton Iswara yang sedang membelok ke kanan dan sebuah lagi kereta yang membuat pusingan U ketika lampu isyarat hijau," katanya.

Beliau berkata, akibat pelanggaran tersebut, SUV dipandu mangsa terbalik di pembahagi jalan.

"Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua penumpangnya yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan.

"Mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Sinar Harian

02/04/2025

Assalamualaikum & Salam Sejahtera😊,
Saya 🧕mewakili team "Proton Service Semambu ini adalah" Aapico Motors Kuantan Sdn Bhd🧑‍🔧 ingin mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari🙌 memohon ampun dan maaf untuk kesemuanya pelanggan kami yang datang menyelenggara kenderaan 🚘 masing2 di pusat servis kami di mana adanya banyak kekurangan, ke tidak puasan hati dan sebagainya😔
Disini juga Saya baru berkesempatan untuk memberitahu bahawa pihak kami sudah bertukar pengurusan dimana pihak kami tidak lagi bernaung di bawah "AAPICO MOTORS KUANTAN"... Kami sekarang di bawah pengurusan baru iaitu "YS AUTOWORLD SDN BHD".
Di dalam masa sebulan yang lalu kami akui banyk terjadi kelewatan dan menjadi agak lama masa menunggu.🤧Tetapi jangan risau 😁kami setiap hari perbaiki apa yang kurang dan membuat yang terbaik untuk pelanggan kami dan memastikan keselamatan ke atas kenderaan setiap pelanggan kami🫶.
Jika ada sebarang masaalah boleh berhubung dengan kami di talian tetap yang Sama 09-566 1611 @010-8816411.
Di akhir kata Salam Aidil Fitri🤝untuk semua💞🫰

Address

PT7138, Kawasan Perindustrian Semambu,
Kuantan
25350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:15
Tuesday 08:00 - 17:15
Wednesday 08:00 - 17:15
Thursday 08:00 - 17:15
Friday 08:00 - 17:15
Saturday 08:00 - 13:00

Telephone

+6095661611

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Proton Aapico Motors Kuantan - Semambu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Proton Aapico Motors Kuantan - Semambu:

Shortcuts

Share