27/09/2022
Kepala bateri keluar serbuk putih? Atau socket sambungan bateri keluar serbuk putih?
‘SULPHERATED’
Macam mana boleh jadi ya?
Nak buat apa bila terjadi?
Jom kami terangkan
Rilex dlu geng jgn gelisah dan JANGAN CABUT TERUS JIKA IA TERJADI.
Ia adalah perkara biasa dan ia terjadi kerana tindak balas kimia berlaku oleh dua permukaan logam dan arus elektrik yang mengalir.
Kesan serbuk putih tidak begitu membahyakan pada masa singkat TETAPI perlu dibersihkan.
Jika ia dibiar terlalu lama akan menyebabkan permukaan besi atau plastik sekitar bateri seperti tapak bateri, cat body kereta akan berkarat dan bagi plastik akan rapuh.
Cara nak bersihkan hanya tuang sahaja air panas kosong sehingga bersih.Tiada masalah dibuat semasa bateri masih soket bersambung.
Jika nak elakkan berulang letakkan gris sedikit pada soket pengambungan bateri.Jika nak cabut soket dan sapu pastikan kenderaan dalam keadaan hidup dan buat satu-ii pada soket untuk mengelakkan litar pintas berlaku.
Nak lagi detail boleh whatsapp atau komen atau mana2 tuan/puan selesa nak bertanya kami sedia membantu.