Jerteh Motor Service

Jerteh Motor Service Car service and repair
Vehicle body repair and painting
Consultation for buying or selling used car

PROTON EXORA SERVIS (SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN JAUH). Pelanggan datang ke bengkel kami untuk diservis keretanya keran...
25/10/2021

PROTON EXORA SERVIS (SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN JAUH).

Pelanggan datang ke bengkel kami untuk diservis keretanya kerana beliau ingin menggunakan kereta tersebut untuk perjalanan jauh. Mekanik kami memeriksa apa yang patut seperti kondisi minyak-minyak. MINYAK ENJIN DITUKAR kerana sudah sampai masa. Selain itu, minyak gear masih di dalam tempoh lagi dan parasnya mencukupi. Begitu juga dengan minyak brek dan power steering, ianya pada paras yang mencukupi. Bateri kereta beliau masih baru dan diperiksa tahap kesihatannya masih di tahap 100%.

Brek keempat-empat tayar juga diperiksa dan kesemuanya masih dalam keadaan yang baik. Lampu-lampu juga diperiksa dan ianya menyala dengan baik. Tali sawat juga diperiksa dan didapati ‘FAN BELT’ TELAH MEREKAH dan ianya perlu ditukar. Selain itu, hos-hos diperiksa dan semua masih di dalam keadaan yang baik. Bilah wiper juga diperiksa dan ianya di dalam keadaan yang baik dan wiper berfungsi dengan baik. Air simpanan tangki radiator dan wiper ditambah ke paras yang optimum.

Diharapkan beliau terus berpuas hati dengan servis yang kami sediakan dan masih kunjungi kami di masa akan datang bagi menyelesaikan permasalahan kereta-kereta beliau.

___________________________________________________________

Kepada mereka yang ingin MEMBAIKI / SERVIS KERETA anda, kami BEROPERASI dari pukul 9 PAGI - 5 PETANG, SABTU - KHAMIS (sebarang perubahan waktu operasi akan dimaklumkan di page FB kami).

Bagi memudahkan urusan di musim PKP ini, sila hubungi kami terlebih dahulu untuk temujanji @ pertanyaan. Kami juga ada menyediakan PICKUP SERVIS bagi mereka yang sukar untuk ke bengkel kami. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di 09-622 5493 atau boleh Whatsapp ke www.wasap.my/60145269255.

Ruang menunggu ada disediakan untuk keselesaan anda. Para pelanggan diwajibkan untuk memakai penutup mulut dan hidung (mask) & sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

















اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ SALAM MAULIDUR RASUL kepada muslimin & muslimat terutamanya kepad...
18/10/2021

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

SALAM MAULIDUR RASUL kepada muslimin & muslimat terutamanya kepada pelanggan Jerteh Motor Service. Bengkel kami akan BERCUTI pada hari esok, 19 OKTOBER 2021 (Selasa) dan akan DIBUKA SEMULA SEPERTI BIASA PADA 20 OKTOBER 2021 (RABU).

_______________________________________________________________

Kepada mereka yang ingin MEMBAIKI / SERVIS KERETA anda, kami BEROPERASI dari pukul 9 PAGI - 5 PETANG, SABTU - KHAMIS (sebarang perubahan waktu operasi akan dimaklumkan di page FB kami).

Bagi memudahkan urusan di musim PKP ini, sila hubungi kami terlebih dahulu untuk temujanji @ pertanyaan. Kami juga ada menyediakan PICKUP SERVIS bagi mereka yang sukar untuk ke bengkel kami. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di 0111-115 2524 (Aliff Arifin) atau boleh Whatsapp ke www.wasap.my/60145269255.

Ruang menunggu ada disediakan untuk keselesaan anda. Para pelanggan diwajibkan untuk memakai penutup mulut dan hidung (mask) & sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.



















Sebelum merentas negeri marilah kita periksa dahulu kereta kita.
12/10/2021

Sebelum merentas negeri marilah kita periksa dahulu kereta kita.

Assalamualaikum,Kami sedang mencari MEKANIK KERETA dengan kadar segera.Jika berminat @ untuk maklumat lanjut sila hubung...
11/10/2021

Assalamualaikum,

Kami sedang mencari MEKANIK KERETA dengan kadar segera.

Jika berminat @ untuk maklumat lanjut sila hubungi http://www.wasap.my/601111152524 (Aliff Arifin).








PERIKSA KERETA SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN JAUH.PPN Fasa 3 yang berkuatkuasa di negeri Terengganu bermula 17 September ...
29/09/2021

PERIKSA KERETA SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN JAUH.

PPN Fasa 3 yang berkuatkuasa di negeri Terengganu bermula 17 September 2021 mestilah membuatkan ramai rakyat negeri Terengganu yang mahu merentas daerah setelah dibenarkan samada membawa anak-anak bercuti mahupun melawat sanak saudara. Perjalanan yang jauh sudah semestinya memerlukan kondisi kereta berada di tahap yang optimum. Maka, sebelum memulakan perjalanan yang jauh, adalah penting untuk kita supaya memeriksa kereta kita terlebih dahulu. Antara perkara yang boleh kita periksa secara asas adalah;

1. BATERI: Jika kereta anda sukar dihidupkan, atau remote kereta yang berfungsi secara tidak sempurna (kena tekan lebih dari satu kali untuk buka/tutup lock), berkemungkinan bateri kereta anda sudah lemah. Anda boleh periksa tahap kesihatan bateri anda dengan menggunakan ‘alat penguji bateri’. Ia akan memberitahu samada bateri anda masih elok atau sudah perlu ditukar. Anda digalakkan untuk membawa ‘jumper’ di dalam bonet kereta anda kerana jika terjadi sesuatu kepada bateri kereta anda yang memerlukan ianya di’jump’, sekurang-kurangnya anda mempunyai alatnya, tidak salah untuk membawanya di dalam bonet kereta sebagai langkah berjaga-jaga.

2. LAMPU: Ia adalah sangat penting bukan sahaja di waktu malam, namun pada cuaca hujan juga kerana selain dari menerangkan jalan kita sebagai pemandu, ia juga bagi memastikan pemandu lain peka dengan keberadaan kereta kita. Sila pastikan kesemua lampu menyala dengan sempurna (lampu hadapan, lampu signal, lampu brek, lampu reverse).

3. AIR RADIATOR/COOLANT: Air/coolant boleh diperiksa dengan membuka penutup radiator dan pastikan air dapat dilihat pada permukaan. Periksa juga tahap air/coolant di dalam tangki simpanan dan pastikan ianya berada di takuk antara Min dan Max, jangan diisi terlalu penuh kerana ia memerlukan tekanan atmosfera untuk disalurkan ke dalam radiator. Jika air/coolant sudah keruh anda digalakkan untuk menukarnya.

4. MINYAK: Pastikan minyak ditukar mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu mengikut milage, 20,000km bagi MINYAK GEAR, dan bagi MINYAK ENJIN p**a (Gred mineral 5000 km, semi-synthetic 7000 km & fully synthetic 10,000 km) atau tempoh masa (Gred mineral 3 bulan, semi-synthetic 4-5 bulan & fully synthetic 6 bulan). Jika minyak masih di dalam tempoh lagi, pastikan ianya mencukupi, cara memeriksanya adalah dengan melihat di ‘dipstick’. Pastikan paras minyak berada di antara Min dan Max. Begitu juga dengan MINYAK BREK dan MINYAK POWER STEERING, periksa parasnya, dan jika kondisinya terlalu keruh anda digalakkan untuk menukarnya.

5. PERIKSA KEBOCORAN: Antara langkah mudah untuk memeriksa kebocoran adalah dengan memerhatikan lantai tempat anda parking kereta anda (di kawasan bawah ruangan enjin). Jika terdapat sebarang kesan tompokan, segeralah ke bengkel untuk diperiksa dengan lebih lanjut kerana jika terdapat kebocoran ia mungkin akan membawa kemudaratan kepada kereta anda.

6. HOS/PAIP: Periksa semua hos & paip di dalam ruangan enjin bagi memastikan tiada kebocoran. Hos getah boleh diperiksa dengan menekan sedikit hos tersebut, jika sudah tidak anjal dan terasa keras, digalakkan untuk menukar hos terbabit kerana dibimbangkan akan terpatah/terputus jika dikenakan tekanan semasa kereta sedang bergerak atau hentakan ketika kereta melalui jalan yang tidak rata misalnya.

7. WIPER: Pada waktu hujan peranan wiper adalah sangat penting dan wajib berfungsi dengan sempurna. Wiper yang tidak berfungsi dengan sempurna akan membahayakan pemanduan kerana penglihatan kita akan terjejas pada waktu hujan. Pastikan wiper bergerak dengan betul pada kelajuan yang sepatutnya. Jika ia bergerak pada kelajuan yang tidak normal, disarankan supaya dibawa ke bengkel untuk diperiksa. Selain itu, sila pastikan juga getah bilah wiper masih fleksibel agar ia dapat berfungsi dengan efisyen. Tangki air wiper juga perlu diisi dan jika perlu boleh gunakan cecair seperti sabun atau ‘rain repel solution’ mengikut keselesaan anda.

8. TALI SAWAT/BELT: Pastikan semua belt di dalam keadaan yang baik, pastikan ia tidak merekah, berbulu atau sudah mengeras. Belt yang terputus semasa kereta sedang bergerak akan menyebabkan kereta terhenti. Selain itu, jika terdapat bunyi-bunyian seperti bunyi nyaring atau berdesing berkemungkinan salah satu belt sudah perlu ditukar. Jika terjadi begitu, bawa sahaja kereta anda ke bengkel untuk diperiksa oleh mekanik. *Timing Belt perlu ditukar setiap 80,000 km.

9. BREK: Pastikan minyak brek berada di paras yang sepatutnya. Jika sudah keruh adalah lebih baik ia ditukar. BREK PAD/SHOE/PUMP juga perlu diperiksa, jika sudah nipis/kondisi tidak sempurna, anda digalakkan untuk menukarnya kerana brek adalah salah satu komponen yang sangat penting untuk keselamatan pemanduan kita. Selain itu, jika terdapat bunyi/rasa yang tidak menyenangkan semasa anda menekan pedal brek (cth; berdesing/bergegar), itu adalah salah satu tanda bahawa brek anda perlu diservis. Tekanan yang dikenakan semasa menekan pedal brek juga harus diperhatikan, misalnya pedal ditekan dan ‘reaction time’ untuk brek berfungsi agak ‘delay’, atau pedal brek yang terasa ‘lanjut’ (pedal ditekan rapat ke lantai untuk ia berfungsi), itu juga adalah tanda-tanda kereta anda perlu dihantar ke bengkel untuk diservis brek nya.

10. TAYAR: Periksa tekanan angin tayar dan perhatikan samada ianya sudah botak atau terdapat sebarang kebocoran. Tayar yang botak akan membahayakan pemanduan semasa jalan licin. Tayar yang bocor dapat dikenalpasti apabila terdapat objek tajam yang tercucuk, atau setelah di pam tayar itu ia kembali kempis dalam jangka masa yang singkat. TAYAR SIMPANAN (SPARE) juga perlu diberi perhatian, pastikan tekanan anginnya mencukupi dan ia berada di dalam kondisi yang baik. Pastikan alat-alat untuk menukar tayar (jack, pemutar jack, segitiga amaran) sentiasa ada di dalam bonet bersama-sama tayar simpanan.

11. KEBERSIHAN: Selain dari memeriksa kereta, kebersihan kereta juga perlu dijaga. Sebelum memulakan pemanduan yang jauh, anda digalakkan untuk mengeluarkan barangan yang tidak diperlukan untuk perjalanan anda ketika itu (cth; barangan kerja seperti kasut, jaket, dokumen). Selain dari untuk memanfaatkan ruang yang ada, ia juga dapat memastikan penggunaan minyak petrol yang optimum. Berat muatan kereta juga mempengaruhi kadar penggunaan minyak petrol, oleh itu berat dari barang-barang yang tidak sepatutnya telah menjejaskan kadar penggunaan minyak petrol yang optimum. Maka lebih eloklah jika diganti dengan barangan kecemasan seperti ‘Fisrt Aid Kit’ atau alat pemadam api untuk pemanduan jauh anda.

Jika anda tidak mahir untuk memeriksa sendiri kereta anda, lawati saja kami di JM SERVICE bertempat di Wakaf Mempelam. Juga boleh hubungi kami di 09-622 5493 atau boleh Whatsapp ke www.wasap.my/601111152524 (Aliff Arifin) untuk keterangan lanjut.


















WATER PUMP ROSAKWater Pump adalah sebuah komponen yang berfungsi untuk mengepam air (coolant) ke seluruh bahagian enjin....
21/09/2021

WATER PUMP ROSAK

Water Pump adalah sebuah komponen yang berfungsi untuk mengepam air (coolant) ke seluruh bahagian enjin. Kerosakan water pump akan menyebabkan suhu kereta anda naik kerana coolant tidak dapat mengalir ke seluruh ruangan enjin dengan sempurna.

Gambar di bawah adalah salah satu contoh water pump yang rosak dimana ianya telah mengundang kerosakan kepada tangki radiator, hose & thermostat dan ianya perlu ditukar.

Antara langkah pencegahan kerosakan water pump adalah dengan menukar water pump setiap dua kali penukaran timing belt, ataupun bersamaan dengan setiap 240 000 km, dimana timing belt adalah perlu ditukar setiap 120 000 km.

Jika anda MENGALAMI MASALAH SUHU NAIK atau OVERHEATING, hubungi sahaja JM SERVICE di 09-622 5493 / 0111-115 2524 (Aliff Arifin) atau boleh Whatsapp ke www.wasap.my/60145269255. KAMI AKAN KE LOKASI ANDA UNTUK MEMERIKSA KERETA ANDA, dan jika kereta anda tidak boleh dipandu untuk ke bengkel, jangan bimbang, kami akan uruskan TOW TRUCK untuk mengambil kereta anda.

















SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA YANG KE-58 kepada seluruh warga Malaysia. Bengkel kami akan DIBUKA SEPERTI BIASA pada 16...
15/09/2021

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA YANG KE-58 kepada seluruh warga Malaysia. Bengkel kami akan DIBUKA SEPERTI BIASA pada 16 September 2021 (KHAMIS).

________________________________________________________________

Kepada mereka yang ingin MEMBAIKI / SERVIS KERETA anda, kami BEROPERASI dari pukul 9 PAGI - 5 PETANG, SABTU - KHAMIS (sebarang perubahan waktu operasi akan dimaklumkan di page FB kami).

Bagi memudahkan urusan di musim PKP ini, sila hubungi kami terlebih dahulu untuk temujanji @ pertanyaan. Kami juga ada menyediakan PICKUP SERVIS bagi mereka yang sukar untuk ke bengkel kami. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di 0111-115 2524 (Aliff Arifin) atau boleh Whatsapp ke www.wasap.my/60145269255.

Ruang menunggu ada disediakan untuk keselesaan anda. Para pelanggan diwajibkan untuk memakai penutup mulut dan hidung (mask) & sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

















PROTON WAJA BOCOR (AIR MENITIK). Pelanggan datang ke bengkel kami kerana terdapat kebocoran di kereta beliau dimana terd...
14/09/2021

PROTON WAJA BOCOR (AIR MENITIK).

Pelanggan datang ke bengkel kami kerana terdapat kebocoran di kereta beliau dimana terdapat air yang menitik. Mekanik memeriksa kereta beliau dan mendapati terdapat ‘water jacket’ yang telah kemek. Mekanik segera menukar water jacket itu. Selain itu, penutup tangki radiator juga turut ditukar kerana getahnya sudah merekah.

Diharapkan beliau terus berpuas hati dengan servis yang kami sediakan dan masih kunjungi kami di masa akan datang bagi menyelesaikan permasalahan kereta-kereta beliau.

___________________________________________________________

Kepada mereka yang ingin MEMBAIKI / SERVIS KERETA anda, kami BEROPERASI dari pukul 9 PAGI - 5 PETANG, SABTU - KHAMIS (sebarang perubahan waktu operasi akan dimaklumkan di page FB kami).

Bagi memudahkan urusan di musim PKP ini, sila hubungi kami terlebih dahulu untuk temujanji @ pertanyaan. Kami juga ada menyediakan PICKUP SERVIS bagi mereka yang sukar untuk ke bengkel kami. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di 0111-115 2524 (Aliff Arifin) atau boleh Whatsapp ke www.wasap.my/60145269255.

Ruang menunggu ada disediakan untuk keselesaan anda. Para pelanggan diwajibkan untuk memakai penutup mulut dan hidung (mask) & sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

















METER SUHU NAIK (OVERHEATING)??! Jika anda sedang fokus memandu tiba-tiba AIR-COND KERETA ANDA BERASA PANAS (angin yang ...
05/09/2021

METER SUHU NAIK (OVERHEATING)??!

Jika anda sedang fokus memandu tiba-tiba AIR-COND KERETA ANDA BERASA PANAS (angin yang keluar dari corong air-cond), atau mungkin tiada tanda-tanda sebegitu namun METER SUHU KERETA ANDA TIBA-TIBA NAIK, mahupun SIMBOL/INDIKATOR MUNCUL DI DASHBOARD METER KERETA anda, apakah yang harus anda lakukan?

Pertama sekali jangan panik dan perhatikan keadaan sekeliling. Perlahan-lahan bagi signal ke kiri dan PANDU KERETA ANDA KE SISI JALAN DAN BERHENTI DI TEMPAT YANG SELAMAT. Kemudian MATIKAN ENJIN DAN BUKA BONET HADAPAN KERETA anda bagi menurunkan sedikit suhu.

Perhatikan samada kipas berpusing atau tidak. Jika kipas tidak berpusing terdapat kemungkinan motor kipas rosak ataupun relay kipas terbakar, atau terdapat wayar longgar. Setelah suhu sudah agak turun, periksa p**a air di dalam tangki spare masih ada atau tidak. Jika air masih ada mungkin thermostat sudah rosak. Selain dari masalah-masalah tersebut, terdapat juga kemungkinan lain antaranya; hos getah (bocor/klip pengikat tercabut), atau radiator (bocor/tersumbat), dan sebagainya.

Jika anda MENGALAMI MASALAH SUHU NAIK atau OVERHEATING, hubungi sahaja JM SERVICE di 09-622 5493 / 0111-115 2524 (Aliff Arifin) atau boleh Whatsapp ke www.wasap.my/60145269255. KAMI AKAN KE LOKASI ANDA UNTUK MEMERIKSA KERETA ANDA, dan jika kereta anda tidak boleh dipandu untuk ke bengkel, jangan bimbang, kami akan uruskan TOW TRUCK untuk mengambil kereta anda.

















SAGA BLM LAMPU SIGNAL BERKELIP SECARA TIDAK NORMAL. Pelanggan datang ke bengkel kami ingin memeriksa ‘signal’ keretanya....
04/09/2021

SAGA BLM LAMPU SIGNAL BERKELIP SECARA TIDAK NORMAL.

Pelanggan datang ke bengkel kami ingin memeriksa ‘signal’ keretanya. Beliau berkata signal keretanya berkelip secara tidak normal. Katanya juga, terdapat juga bau yang tidak nyaman seakan-akan bau hangit selain suis signal yang berbunyi ‘pelik’.

Mekanik kami memeriksa secara terperinci dan mendapati ‘signal switch’ berkenaan telah rosak. Soketnya telah terbakar dan menyebabkan lampu signal yang tidak normal apabila ia dinyalakan. Ia juga telah mengakibatkan apabila suis signal digunakan, ia akan mengeluarkan bau hangit dan bunyi yang tidak sepatutnya.

Mekanik segera menukar suis signal berkenaan dan diuji supaya ianya berfungsi dengan baik. Diharapkan beliau terus berpuas hati dengan servis yang kami sediakan dan masih kunjungi kami di masa akan datang bagi menyelesaikan permasalahan kereta-kereta beliau.

_______________________________________________________

Kepada mereka yang ingin MEMBAIKI / SERVIS KERETA anda, kami BEROPERASI dari pukul 9 PAGI - 5 PETANG, SABTU - KHAMIS (sebarang perubahan waktu operasi akan dimaklumkan di page FB kami).

Bagi memudahkan urusan di musim PKP ini, sila hubungi kami terlebih dahulu untuk temujanji @ pertanyaan. Kami juga ada menyediakan PICKUP SERVIS bagi mereka yang sukar untuk ke bengkel kami. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di 0111-115 2524 (Aliff Arifin) atau boleh Whatsapp ke www.wasap.my/60145269255.

Ruang menunggu ada disediakan untuk keselesaan anda. Para pelanggan diwajibkan untuk memakai penutup mulut dan hidung (mask) & sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

















Address

705, Jalan Kuala Berang
Kuala
20050

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6096225493

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jerteh Motor Service posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jerteh Motor Service:

Share