Cuci Kusyen Kereta

Cuci Kusyen Kereta Service Cuci Kusyen, Panel Pintu, Bumbung dan Karpet. Nano Mist Anti Bacteria.

𝐓𝐈𝐏𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐘𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐑𝐄𝐓𝐀 🚙🚗💨Nak jaga tayar kereta ni mudah je. Sebab daripada bentuk tayar la kita boleh tahu part ap...
22/09/2024

𝐓𝐈𝐏𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐘𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐑𝐄𝐓𝐀 🚙🚗💨

Nak jaga tayar kereta ni mudah je. Sebab daripada bentuk tayar la kita boleh tahu part apa yg rosak. Bila dah tau part yg rosak tu, cepat-cepat la baiki sebelum melarat ke tempat lain. Haa nak tau macam mana?

Okay, untuk menjaga tayar kereta anda, Anda perlu peka dengan bunga tayar anda. Daripada bunga tayar tu la kita dapat tahu apa yang tidak kena dgn kereta kita.

✅ BUNGA TAYAR MAKAN TEPI SAHAJA
Kalau bunga tayar kereta anda ada masalah macam ni, Ini bermaksud tayar kereta anda kurang tekanan angin. Anda hendaklah tambah tekanan angin di dalam tayar anda. Biasanye maksimum tekanan angin tayar ni ada tertulis pada tayar kereta. Jadi janganlah melebihi daripada panduan yg telah ditetapkan.

✅ BUNGA TAYAR MAKAN DI TENGAH SAHAJA
Kalau macam ni p**a, Ini bermaksud tayar kereta anda sudah terlebih tekanan angin. Anda hendaklah ikut pandduan yang telah ditetapkan supaya tayar kereta dapat dijaga dengan baik.

✅ BUNGA TAYAR MAKAN SEBELAH DALAM ATAU LUAR SAHAJA.
Yang ini p**a bermaksud TOE ALIGNMENT kereta anda bermasalah. Jika terdapat masalah macam ni, Anda perlulah pergi ke bengkel tayar kereta dan buat semula alignment tayar kereta anda.

✅ BUNGA TAYAR KECIL SEBELAH
Kalau jadi macam ni, cepat-cepat la hantar bengkel kereta dan periksa CAMBER ALIGNMENT tayar anda selagi tayar tak keluar dawai. Kalau dah keluar dawai macam min, sediakan je la duit. Huhuhu..

✅ BUNGA TAYAR BERALUN/BEROMBAK
Ini bermakna SUSPENSION kereta anda bermasalah. Anda hendaklah periksa dan baiki SUSPENSION kereta anda supaya jangka hayat tayar anda lebih lama.

Tips Penjagaan Kereta Supaya Tahan Lama ✅Kami kongsikan perkara-perkara penting untuk anda yang ingin menjaga kereta sup...
24/08/2024

Tips Penjagaan Kereta Supaya Tahan Lama ✅

Kami kongsikan perkara-perkara penting untuk anda yang ingin menjaga kereta supaya tahan lama dan susah untuk rosak terutama apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka di tempat-tempat yang susah untuk dapatkan bengkel kereta. Penting untuk pengguna kereta mengetahui serba sedikit bahagian penting kereta supaya senang untuk buat service berkala terutama kereta yang sudah diluar tempoh warranty.

1. MINYAK HITAM
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.

2. FILTER
Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km

3. SPARK PLUG
Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan. Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya.

4. BATERI KERETA
Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan. Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”.

5. AIR FILTER (Filter Udara)
Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.

6. GEAR OIL
Untuk mereka yg pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali. Jika manual, perlu ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama ialah gunakan gearbox treatment. Minyak gear ATF p**a perlu ditukar setiap 20,000km.

7. BRAKE FLUID dan POWER STEERING FLUID
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

8. RADIATOR COOLANT
Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali. Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih

9. AIR-COND BELT / ALTERNATOR BELT
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.

10. WATER PUMP
Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Katakan anda menukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila anda menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok ditukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba.

Maintenance Schedule 👌

Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa “3 bulan”, “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan. Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang. Itulah serba sedikit berkenaan dengan Tip Penjagaan Kereta Supaya Tahan Lama yang perlu anda ketahui supaya kereta anda sentiasa berada didalam keadaan baik.

Oleh JDMH Autoservice, Foto AARP

Semoga segala urusan di permudahkan olehNya.
19/12/2021

Semoga segala urusan di permudahkan olehNya.

Hai gais.. Min sharekan SOP kenderaan semasa musim banjir yang dicadangkan oleh Team Automotif GiatMara Bentong Pahang :...
04/01/2021

Hai gais.. Min sharekan SOP kenderaan semasa musim banjir yang dicadangkan oleh Team Automotif GiatMara Bentong Pahang :

1. Tanggalkan terminal bateri dan keluarkan dari kereta - supaya tidakberlaku 'short circuit’ pada sistem elektronik.

2. Kenal lokasi ECU (Electronic Control Unit) utk Engin Management control - Tanggalkan dan simpan ditempat selamat.

3. Tutup Exzos pipe supaya tidak dimasuki lumpur.

* Dgn SOP ini kos repair dapat di kurangkan sekiranya kereta tenggelam 100%.

* Sekiranya air banjir dah surut, cuci komponen elektronik dengan air bersih supaya tidak berlaku karat.

* Jika perlu nasihat teknikal, hubungi Team Automotif GiatMara Bentong Pahang.

011 2921 7229 Ahmad Nazren T.P Automotif GIATMARA Bentong
012 848 4212 En Aizat
Pengurus GIATMARA Bentong

Kredit: Team Automotif GiatMara Bentong Pahang,

24/03/2020
Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam. Marilah kita bersama memperbanyakkan salawat ke atas Baginda SAW. Semoga...
09/11/2019

Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama memperbanyakkan salawat ke atas Baginda SAW.

Semoga kita beroleh syafaat dari Baginda di Padang Masyar kelak.

BABY ON BOARDTahukah anda, bahawa sign "Baby On Board" pada kereta BUKAN BERMAKSUD korang perlu slow atau hati-hati bila...
23/09/2019

BABY ON BOARD

Tahukah anda, bahawa sign "Baby On Board" pada kereta BUKAN BERMAKSUD korang perlu slow atau hati-hati bila berdekatan sebab kereta tu bawa bayi? Ya, aku pun sama macam korang, aku pun ingat tu lah maksudnya.

Maksud sign tu adalah, sekiranya berlaku kemalangan, pasukan penyelamat atau sesiapa je yang sampai dulu kena cari bayi atau kanak-kanak sebab diorang takde keupayaan kuat untuk selamatkan diri sendiri!

Biasanya kaum ibu akan terlepas atau tercampak bayi bila eksiden, dan penyelamat nampak org dewasa je dalam kereta. Bayi? Mana nak tau tercampak kat mana, kan? Maka tu lah gunanya sign tu, nak bagitau penyelamat bahawa ada bayi dalam kenderaan.

Jadi, tu lah maksud sebenar penggunaan signage tu!

Credit:Hadi Nor

Industri recond car di Malaysia ni terkejut kena serang dengan Scrut.my.Kebanyakan syarikat penjual kereta recond Jepun ...
13/06/2019

Industri recond car di Malaysia ni terkejut kena serang dengan Scrut.my.

Kebanyakan syarikat penjual kereta recond Jepun di Malaysia melompat!

Kenapa melompat?

Sebabnya mudah, bila pelanggan buat semakan Scrut, kebanyakan mereka sudah kena tipu!

Mileage dashboard 17,000, bila semak Scrut sebenarnya dah 52,000!

Salesman cakap;

"Kereta ini tiptop, orang Jepun pakai cermat, mileage rendah, you tengok pun tahu macam baru. Orang Jepun tak ada tipu punya"

Bila check Scrut report, naik remark R maknanya kereta tu pernah eksiden di Jepun sebelum ni.

Ya orang Jepun memang tak tipu, yang tipu tu kau salesman orang Malaysia.

Kepala bana.

Tapi nak buat apa dah? Sudah kena game.

Sistem Scrut ni memang jadi pengacau dan pemberi masalah kepada semua penipu penipu yang dah berakar umbi lama dalam industri kereta recond Jepun di Malaysia.

Tapi dalam masa yang sama, sistem Scrut ni akan menjadi pembela dan penyelamat sekian ramai pembeli/pengguna kereta recond Jepun di negara kita.

Para penipu dah tak senang duduk, kacau bisnes depa. Dengarnya siap depa nak kutip 2 orang kepala Scrut tu. Kahkahkah!

So untuk semua orang yang ada cita cita nak beli kereta recond Jepun (tak kisah la brand apa sekalipun), atau dah terbeli baru baru ni, sila lah semak status kereta tu di;

www.scrut.my

www.scrut.my

www.scrut.my

Bayar yuran semakan RM50 kemudian masukkan nombor casis.

Taraaa!

Report pun released.

Sila sebar luaskan hal Scrut ni kepada seramai orang yang kau orang boleh sebar. Kita selamatkan orang dari kena tipu, InsyaAllah besar pahala Tuhan balas.

Kepada Nik dan Alif,

Terima kasih sebab bangunkan apps yang power ni.

😬😬😬✌🏼✌🏼

11/06/2019

Info:

Bila tukar tayar ni tanyalah pomen tu harga tayar. Yg baharu ada RM175 @ RM185. Baik amik yg baharu, puas hati. Minta dorg bawa keluar tayar tu, nak tgk. Pomen tu pun bawaklah tayar baharu yg harga RM175.

Bila tanya tahun buatan tayar tu, muka pomen dh mula cuak. Baru dia habaq tayar tahun 2014. So apa lg kene sound lah.

"Tayar lama u jual RM175 ke? Tau x tayar ni dah expired? Mana boleh jual harga ni". Saya suruh dia p tanya tauke berapa harga tayar tu. Mula2 dorg bg RM120. Dok minta kurang sampai dpt RM105 untuk sebiji tayar. Hmmm, mm tayar korek pun dah RM80. Baik amik yg ni. So dpt lah 4 biji tayar baru dgn harga RM420 rim 15'.

Moral of story?

Sebenarnya kita selalu dok kena tipu dgn kedai tayar. Dorg akan keluarkan tayar yg lama untuk clearkn stok dn jual pada harga baru. So, kalau yg nak tukar tayar tu, berhati2lah supaya kita x tertipu.

Berikut ialah senarai kod yg patut kita tahu.

Semoga dapat manfaat bersama.
Sahabat semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired).

Info Pasal tayar kenderaan;

1. Kod Tayar Kenderaan:
Contoh 205/65/R1594H

205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum
Bebanan
H = Had Maksimum
Kelajuan 210km/jam

Lihat Abjad yang last;

S = Maksimum Had Laju
180 km/jam
T = Maksimum Had Laju
190 km/jam
U = Maksimum Had Laju
200 km/jam
V = Maksimum Had Laju
240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju
240 km/jam
W = Maksimum Had Laju
270 km/jam
Y = Maksimum Had Laju
300 km/jam

SEBAB TU BANYAK BERLAKU KEMALANGAN YG BERPUNCA DARIPADA KES TAYAR PECAH KERANA PEMILIK KENDERAAN TIDAK ARIF TENTANG KEMAMPUAN LARIAN TAYARNYA DALAM KEADAAN CUACA DI MALAYSIA.

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka
Tercatat Di Sisi Tayar.

Contoh 0514

Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.

Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.

Tayar baharu yang berusia lebih drpd LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).

Jika anda menukar tayar yg baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.

Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.

Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016);

2015 = 20%
2014 = 40%
2013 = 60%
2012 = 80%
2011 ke bawah = PERCUMA

SILA KONGSI MAKLUMAT INI.
Semoga perkongsian ini membantu kalian agar tidak ditipu oleh pemilik kedai tayar.

Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua.

+ Kredit yusaini yamin.

Ini merupakan perkongsian info yang dibuat pada tahun 2016 (dikongsikan semula untuk rujukan). Semua maklumat selain tarikh tidak berubah.

😢Kisah Minyak  RON95 VS Minyak  RON97😢ORANG KAYA sahaja guna Minyak RON95 RM2.30, yang susah tapi cerdik akan guna Minya...
20/03/2018

😢Kisah Minyak RON95 VS Minyak RON97😢

ORANG KAYA sahaja guna Minyak RON95 RM2.30, yang susah tapi cerdik akan guna Minyak RON97, iaitu minyak yang harga mahal. KENAPA??

Yang mana lebih murah RON97 atau RON95???

Tengok pengiran ;
Isi RON95 RM20 = 8.69 lt = km 60
Isi RON97 RM20 = 7.27 lt = km 80
Mana yang murah RON95 atau RON97

RON97 mahal, dapat sikit tapi km lebih dan berkualiti..
RON95 murah, dapat banyak tapi km sikit dan tak kualiti..
Cuba sendiri..

Siapa guna RON95 orang kaya ..
Yang miskin guna RON97 sahaja..

Kena tipu begitu sahaja dengan minyak murah. Minyak mahal lagi murah dari minyak murah tapi mahal..

Dari Kemaman ke Pasir Mas RON97, RM60 sahaja, RON95 RM90!

Anda semua, jangan kena tipu lagi ya... semua tu psyco mind kita saja

RON 95

RM2.30 +
SUBSIDI RM0.65
_______
=RM2.95

RON 97

RM 2.55
SUBSIDI RM 0.00
_________
= RM 2.55

*RON 95
LEBIH MAHAL DARI
RON 97
Ini fakta...
Harga minyak dunia sekarang $ 75.58 @ RM 253.44 setong @ 1 barrel
1 barrel bersamaan 159 liter...

Harga seliter :-

159 liter = RM 253.44
1 liter = RM 253.44 / 159
= RM 1.59

RM 1.59 - RM 0.20 (subsidi) = RM 1.39
Harga runcit utk 1 liter = RM 2.30

RM 2.30 - RM 1.39 = RM 0.91
😢
Kredit: Viral Media Johor

SIAPA PAKAI KERETA AUTO WAJIB BACA NIE...JIKA anda sayangkan kereta yang anda beli dengan harga puluhan ribu ringgit dan...
12/06/2017

SIAPA PAKAI KERETA AUTO WAJIB BACA NIE...

JIKA anda sayangkan kereta yang anda beli dengan harga puluhan ribu ringgit dan bertahun-tahun menanggung hutang, Sila baca hingga habis artikel ini...

1) Kebiasaannya kereta AUTO ada enam “step” gear. Bermula dengan P, R, N, D, 2, L (bergantung kepada model kenderaan) kebiasaanya tiga step di bawah "N" nombornya berlainan tetapi fungsi tetap sama.

Sewaktu hendak menghidupkan enjin selepas dimatikan lebih enam jam, On suis dahulu (jangan hidupkan) pastikan semua lampu panduan di meter menyala. Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah.

Setiap step perlu berhenti 2 saat. Kemudian daripada paling bawah naik kan ke "N", (pastikan brek tangan ditarik sekuat-kuatnya) dan hidupkan enjin. Biarkan gear di "N" sahaja sehingga anda menggerakkan kenderaan. Biarkan selama 5 minit, jika 6 jam dan 10 minit jika 7 jam ke atas.

Bergantung kepada suhu meter, pastikan meter suhu naik 25% sebelum memulakan perjalanan. Tujuannya untuk memastikan semua pintu gear terbuka dan mengelakan karat berlaku di pintu-pintu gear yang jarang digunakan.

Kebiasaanya pemandu akan menggunakan step "D" sahaja, manakala step-step lain jarang digunakan atau tak digunakan langsung. AWAS!!! Petua ini tidak sesuai dilakukan di kawasan berbukit, pastikan di tempat yang rata sahaja.

2) Minyak AUTO dan AUTO Filter hendaklah ditukarkan setiap 30,000 km atau 6 bulan(yang mana dulu). Ini amat penting dilakukan mengikut jadual. Sebenarnya kalau nak diikutkan AUTO filter perlu ditukar apabila 2 kali tukar minyak AUTO.

Tetapi lebih baik ditukar setiap kali anda menukar minyak AUTO, kerana mekanik akan buka semua takung minyak AUTO (bergantung kpd model kenderaan) dan bersihkan sebersih-bersihnya. Elakan tukar minyak AUTO tanpa membuka takung minyak AUTO.

Ini kerana hendak mengelak adanya bendasing atau air dalam takung minyak AUTO. Jika dibiarkan terlalu lama ianya boleh memudaratkan kotak gear. Pastikan minyak AUTO dan filter yang digunakan TULIN dan ianya menepati spesifikasi kenderaan anda.

Elakkan mengguna barang tiruan kerana ia memberi kesan yang tidak bagus untuk jangka masa panjang (harga murah tetapi selepas 3-4 tahun lagi anda merana)

3) Pastikan kaki anda tidak menekan brek dan gear berada di kedudukan "D" semasa berhenti di lampu isyarat, di mana-mana sahaja atau dalam kesesakan lalulintas yang teruk. Pastikan diletak di "N" sahaja.

Jangan di "P", ini kerana boleh menyebabkan anda lambat memulakan perjalanan dan boleh menyebabkan orang di belakang anda marah. Sebab itu step "N" dan "D" diletak berdekatan dan tak memerlukan anda menekan butang “lock” antara gear untuk bergerak (butang tepi batang gear bersama butang OD).

Jika anda mengamalkan budaya kereta dalam gear dan tekan brek, boleh menyebabkan “clutch plate” cepat habis atau terbakar. Jangan sangkakan kereta AUTO tiada “clutch plate”. Ianya ada berbelas-belas keping (bergantung kpd model kenderaan).

Satu rosak anda kena tukar kesemua “clutch plate”. Tiada penjualan sekeping-sekeping di kedai alat ganti. Harganya amat mahal sekali (bergantung kepada model kenderaan). Tidak silap saya untuk model Wira pun RM500++.

4) Sewaktu hendak memulakan perjalanan, selepas anda berhenti di mana-mana sekalipun, mulakan dgn step "2" atau step kedua selepas "N". Selepas bacaan meter RPM mencecah 2000-2500 tukar kembali kepada "D" atau satu step di bawah "N".

Amalkan begini juga di dalam kesesakan lalulintas. Ini dapat menjimatkan minyak anda dan memberi lebih kuasa kepada kereta anda sewaktu hendak mula bergerak. Step "2" umpama anda bermula dengan gear "1" untuk kereta manual.

Step "D" p**a ibarat gear "2" atau "3" bagi kereta manual. Maknanya jika anda memulakan dengan "2" step kereta anda dapat bergerak dengan “sukarela dan penuh semangat” bukan nya dalam keadaan “terpaksa” jika bermula dengan step "D".

Bila kereta anda mulakan pergerakan dalam keadaan “terpaksa” lama kelamaan ianya akan memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear dan enjin.

5) Elakan melalui jalan yang ada air bertakung terlalu tinggi atau meredah banjir. Jika terpaksa melalui juga pastikan dalam keadaan lancar atau “satu nafas” sahaja.

Jangan sesekali berhenti dalam air bertakung yang tinggi yang boleh terkena bahagian bawah enjin. Ini boleh menyebabkan pintu kotak gear anda dimasuki air dan seterusnya boleh menyebabkan minyak AUTO anda bercampur dengan air.

Ianya juga boleh menyebabkan “clutch plate” anda terbakar. Jika anda terpaksa juga melalui jalan yang banjir (maklumlah di Lembah Klang ni faham-faham sendirilah) selepas itu pastikan anda berjumpa dengan mekanik anda untuk memastikan minyak AUTO tidak bercampur dengan air.

6) Elakkan daripada selalu mendaki bukit-bukit yang tinggi terlalu kerap (contoh: Genting Highland)

7) Pastikan step-step gear yang ada digunakan dengan baik sewaktu menaiki bukit, sesuai dengan bacaan RPM kereta anda. Jangan paksa kereta anda mendaki bukit menggunakan step "D". Gunakan sepenuhnya dua step lagi yang ada di bawah step "D", sesuai dengan ketinggian bukit tersebut atau bacaan RPM anda.

8) Elakan “reversed” kereta anda dalam keadaan laju, jarak yang jauh atau terlalu kerap sangat. Gunakan gear “reversed” anda seminimum yang boleh. Penggunaan gear “reversed” yang tidak betul boleh menyebabkan kotak gear anda cepat rosak.

9) Jangan guna “over drive” atau OD dalam pemanduan biasa. Gunakan semasa hendak memotong kenderaan di hadapan anda dalam keadaan perlu sahaja.

10) Jangan terlalu agresif sewaktu hendak memulakan perjalanan kenderaan anda. Mulakan dengan perlahan-perlahan dan tambah kelajuan berperingkat-peringkat.

Jika anda mula dengan agresif bukan sahaja memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear malah juga dapat memberi kesan yang tidak baik kepada “timing belt”. Inilah salah satu punca “timing belt” putus sebelum sampai waktu penukaran yang akan datang.

INFO TAMBAHAN:

1) Untuk memastikan enjin kenderaan anda sekarang masih baik atau tidak. Hidupkan enjin kenderaan anda waktu pagi dan biarkan selama 10 minit, kemudian lihat di bahagian ekzos ada atau tidak air menitis keluar dari lubang ekzos.

Boleh juga ambil sehelai kertas putih yang kosong letakan di muncung ekzos anda kemudian tengok ada tak percikan air di kertas tersebut. Jika ada air menitis atau ada percikan air di kertas putih tadi maknanya enjin kenderaan anda masih dalam keadaan “sihat walafiat”. Jika tidak maknanya enjin kenderaan anda ada sedikit “keuzuran".

2) Pastikan minyak enjin dan oil filter yang anda gunakan adalah minyak yang sama sepanjang masa dan pastikan ianya yang tulin. Banyak minyak enjin palsu di pasaran sekarang yang mana minyak enjin lama yang dikitar semula dan dipek seolah-olah minyak tulen.

Hati-hati jika anda ditawarkan minyak enjin yang terlalu murah. Pastikan bacaan kelikatan minyak enjin anda adalah sama setiap kali anda menukar minyak enjin. Walaupun jenama sama tetapi bacaan kelikatan adalah berlainan.

Istilah mekanik “minyak tebal dan minyak nipis”. Sila lihat di botol minyak enjin ada nombor seperti (contoh: 10W-40 ). Elakkan menggunakan minyak enjin yang melebihi 10,000 km.

Ini boleh membuatkan anda malas hendak periksa minyak enjin anda dan anda mungkin tidak menyedari minyak enjin anda sudah berkurangan atau kering. Jangan amalkan tambah minyak enjin yang terlalu kerap atau banyak.

3) Jangan sesekali bertukar minyak enjin daripada “fully synthetic” kepada “semi synthetic”. Ianya boleh merosakkan enjin anda, tetapi boleh daripada “semi synthetic” kepada “fully synthetic” tetapi bila dah gunakan “fully synthetic” jangan p**ak kembali kepada “semi synthetic".

4) Sebelum mematikan kenderaan anda off kan semua suis, penghawa dingin, radio, lampu atau system audio lain. Selepas off semua suis biarkan 3-5 saat, kemudian baru matikan enjin.

Like & Follow Viral Media Johor

5) Air hendaklah sentiasa diperiksa, kerana air memainkan fungsi yang cukup penting dalam memastikan fungsi enjin berjalan dengan sempurna. Elakkan menggunakan air paip kerana ianya boleh menyebabkan keladak dalam radiator.

Gunakan air masak atau air yang telah disuling. Jika selama ini anda menggunakan air paip, saya cadangkan anda pergi servis radiator anda dan selepas itu gunakan air suling.

Jika anda bertanya kepada mekanik mereka akan jawab tiada masalah guna air paip, kerana mereka hendak kereta kita rosak dan mereka ada bisnes. (bukan semua mekanik begitu, siapa yang saya maksudkan anda faham-faham sendirilah)

6) Semasa parkir (parking) kenderaan anda pastikan tayar dan stereng kenderaan anda dalam keadaan lurus. Jangan sesekali parkir dalam keadaan tayar ke kanan atau kiri. Ini boleh menyebabkan “drive shaft” anda cepat rosak.

7) Penjagaan penghawa dingin. Anda boleh on “power” semaksimum yang mungkin (contoh 1,2,3,4) tetapi jangan on temperature semaksimum nya. Temperature hanya boleh digunakan sehingga 80% sahaja. Pastikan suis penghawa dingin ditutup semasa hendak memati atau menghidupkan kenderaan.

8) Sewaktu hendak menutup “hood” depan atau “bonet” kereta anda pastikan tangan anda dalam keadaan “center” sewaktu menekannya. Jangan sesekali berat ke kanan atau ke kiri. Ini boleh menyebabkan “hood & bonet” anda menjadi tidak sama atau bengkok.

9) Sediakan sebuah buku kecil dalam kereta anda untuk anda merekodkan sebarang pertukaran alat ganti yang lepas dan akan datang atau rekod penyelengaraan kereta anda.

Pastikan mekanik anda adalah mekanik yang mahir dalam penyelengraan model kenderaan tesebut. Amalkan guna mekanik yang sama sahaja kerana dia tahu dan mahir mengendalikan kereta anda dan dia tahu penyakit kereta anda yang lepas-lepas.

Lebih tepat lagi dipanggil istilah “satu tangan pomen sahaja”. Gunakan minyak petrol yang sama sahaja, jangan terlalu kerap menukar jenama petrol.

SEMOGA INFO INI BERGUNA BUAT ANDA SEMUA.

Via Raymin Tech

Setel hari ni sutir lg, Wish.Terima kasih Abg Nik .Sempat lg nk booking sebelum raya nak basuh kosen.Sabtu Ahad ni.=====...
08/09/2016

Setel hari ni sutir lg, Wish.
Terima kasih Abg Nik .

Sempat lg nk booking sebelum raya nak basuh kosen.Sabtu Ahad ni.

===============================
KAMI MENJALANKAN SERVICE CUCI KUSYEN KERETA TERUS KE TEMPAT ANDA.
===============================

Settle sang kancil sutir hari nim...Fuhhhhhh dahsyat kotornya.

PROMOSI SEPTEMBER 2016!!!

1) SEMUA JENIS KERETA HANYA RM80 SAHAJA.(BIASA RM100 ke RM180)
2) SEMUA JENIS MPV HANYA RM120 SAHAJA.(BIASA RM150 ke RM250)

Khas utk anda yg grab bulan ni....
Kami bg PERCUMA: NANO MIST ANTIBACTERIAL SYSTEM BERNILAI RM25.

✅Hilang semua kekotoran bekas tumpah makanan.
✅Hilang bau busuk dan hapak.
✅Hilang debu habuk.
✅Basmi kuman dan bakteria.
✅Memberi kesegaran dalaman.

Serahkan kepada kami. Insyallah kami akan membantu menyelesaikan masalah anda dalam masa 2-3 jam sahaja.

Perkhidmatan yg disediakan:

Interior (Dalaman)
-Cuci Kusyen.
-Cuci Bumbung Dalam.
-Cuci Karpet.
-Cuci Panel Pintu.
-Cuci Sliding Sunroof.
-Cuci Baby Car Seat.
-Special : NANO MIST ANTI BACTERIA SYSTEM.

Tunggu apa lagi.....Anda call, kami datang.

Whatsapp SEKARANG utk temujanji slot CUCI KUSYEN terus ke rumah anda 0126406575 Eddy

Address

Marang
Kuala Terengganu
21600

Opening Hours

Monday 11:00 - 18:00
Tuesday 11:00 - 18:00
Wednesday 11:00 - 18:00
Thursday 11:00 - 18:00
Saturday 11:00 - 18:00
Sunday 11:00 - 18:00

Telephone

+60126406575

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cuci Kusyen Kereta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category