05/08/2026
Race bike Honda CBR250RR
Dah lama motor ni jadi trackbike, owner dah convert dari roadbike ke trackbike, pasang race fairing, ecu dll
Tapi masa towing atas hailak, dia perasan motor R25/R3 kami lebih ringan. Terus owner minta kita tengok boleh buat apa lagi bagi ringan.
Kami sahut cabaran dan teruskan dengan buka motor untuk cek apa lagi yang belum dibuat, motor ni sebelum ni dah dihantar ke tempat lain jadi banyak juga yang dah dibuat.
Kita buang braket2 yang tak lagi dipakai, ganti braket dengan yang lebih ringan dan hasilnya dapat 1.4kg.
Tapi masih ada 1 komponen yang tak dipakai, dan berat juga..cuma agak leceh sikit nak buka iaitu komponen ABS.
Lepas dah dibuka, keseluruhan berat yang dibuang adalh hampir 4kg.😁