Red One Auto

Red One Auto Kepakaran kami adalah menyediakan perkhidmatan menyelenggara,membaiki dan membaik pulih sistem penghawa dingin kenderaan.Kami juga wakil insurans kenderaan

Alhamdulillah. Rezeki dari Allah.Hari tu Achey Acs..semalam Ray Era. Terima kasih kerana sokong perkhidmatan  kami di Re...
29/11/2016

Alhamdulillah. Rezeki dari Allah.
Hari tu Achey Acs..semalam Ray Era. Terima kasih kerana sokong perkhidmatan kami di Red One Auto Trading. Mohd Ridzuan Mohd Safrey Lopi Drego Mohd Hafidz

PAKATAN RENAULT-NISSAN AMBILALIH MITSUBISHI: LEGASI EVO AKAN KEMBALI?Mitsubishi kini secara rasminya telah diambil alih ...
21/10/2016

PAKATAN RENAULT-NISSAN AMBILALIH MITSUBISHI: LEGASI EVO AKAN KEMBALI?

Mitsubishi kini secara rasminya telah diambil alih Nissan dalam satu perpindahan saham berjumlah USD2.3 billion. Penguasaan majoriti 34 peratus saham dalam Mitsubishi Motor Corporation (MMC) membuka lembaran baru di bawah kerjasama Pakatan Renault-Nissan.

MMC adalah sebuah syarikat kecil dari Jepun yang dibelenggu krisis penipuan penggunaan bahanapi pada awal tahun lalu. Tidak seperti skandal disel Volkswagen (dan krisis Takata) yang berjaya diharungi, Mitsubishi bergelut dengan krisis kepercayaan umum.

Disebabkan skala syarikat yang kecil, jualan Mitsubishi merudum, mereka menghadapi masalah kebolehpercayaan dan kejatuhan nilai saham memaksa mereka diselamatkan oleh Nissan.

Seperti yang kita tahu, Nissan hampir bankrap pada 1999 sebelum menjalinkan kerjasama dalam pakatan strategik Renault-Nissan yang telah kembali membawa mereka ke puncak pada hari ini.

Semuanya kerana usaha lelaki ini, Charles Ghosn. Optimis dengan kepakaran yang ada pada Mitsubishi, CEO Nissan dan Renault ini telah mengambil keputusan menyelamatkan Mitsubishi dan akan menstrukturkan semula syarikat ini.

Langkah pertama yang dibuat ialah menyusun semula syarikat tersebut dengan mengumumkan barisan calon yang akan ditempatkan dalam ahli lembaga pengarah Mitsubishi. Hitoshi Kawakuchi, sebagai Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa, Hiroshi Karube sebagai Pengurus Aset Antarabangsa dan Mitsuhiko Yamash*ta, wakil Nissan dalam lembaga pengarah MMC.

Presiden MMC sekarang, Osamu Masuko kekal di posisinya sementara pengambilalihan penuh diumumkan pada 1 November nanti. Charles Ghosn sendiri disebut-sebut bakal menerajui Mitsubishi dan jika ia menjadi kenyataan, ia adalah keajaiban luar biasa dalam industri automotif. Seorang lelaki asing yang kini menguasai 2 syarikat Jepun.

Tetapi siapakah beliau? Hebat sangatkah beliau? Adakah sehebat Abang Japar?

Nah, tanpa Charles Ghosn kereta paling laju yang Nissan buat mungkin Almera. OK Tipu, 350Z. Tetapi dengan lelaki ini, lahirlah Nissan GT-R, model yang orang Jepun sendiri tak yakin untuk bangunkan apatah lagi membangunkan casis dan enjin serba baru.

Ghosn, lelaki asing, percaya ia boleh dijual tetapi ia perlu istimewa. GT-R perlu murah, berjiwa Jepun dan mesti menewaskan pesaingnya Porsche 911. Pasukan baru Nissan berjaya mencapai sasaran tersebut dan ia sekali lagi meletakkan Nissan sebagai pengeluar yang digeruni.

Kami percaya, jika Ghosn mengepalai Mitsubishi lambat-laun Evolution akan dihasilkan semula. Tidak seperti CEO syarikat kereta yang lain sibuk dengan kereta elektrik dan hybrid, Ghosn tidak pernah lupakan kereta laju – Ya lah, kalau buat letrik, baik bukak kilang mesin basuh je lah.

Ghosn pun orang pertama yang buat kereta elektrik untuk produksi massa Nissan LEAF. Jadi, marilah kita sama-sama berdoa agar Jepun kembali ke landasan sebenarnya.

Sumber mekanika.com.my

Polis Trafik Bertindak Tegas Terhadap Pemandu Main 'Pokemon Go'Polis akan bertindak tegas terhadap mereka yang bermain, ...
17/08/2016

Polis Trafik Bertindak Tegas Terhadap Pemandu Main 'Pokemon Go'

Polis akan bertindak tegas terhadap mereka yang bermain, 'Pokemon Go' ketika memandu dan mereka yang didapati berbuat demikian boleh dikenakan denda RM300.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Prsekutuan SAC Datuk Mahamad Akhir Darus berkata permainan menggunakan telefon mudah alih itu boleh membahayakan pemandu dan pengguna jalan raya lain.

"Kami ingin mengingatkan pemandu kenderaan supaya tidak mengundang bahaya untuk diri sendiri dan pengguna jalan raya lain dengan bermain 'Pokemon Go' ketika memandu kerana mereka tidak dapat memberi tumpuan serta menyebabkan kemalangan.

"Menggunakan telefon semasa memandu adalah suatu kesalahan, termasuk sekiranya mereka didapati memegang telefon dan menggunakan messenger WhatsApp ketika menunggu di lampu isyarat (untuk bertukar hijau)," katanya

-- BERNAMA

Proton memberikan panduan ini untuk bantu mula jump start kereta anda.PROTON Holdings Berhad (“PROTON” atau “Syarikat”) ...
20/06/2016

Proton memberikan panduan ini untuk bantu mula jump start kereta anda.

PROTON Holdings Berhad (“PROTON” atau “Syarikat”) ingin menyangkal imej yang tersebar baru-baru ini di media sosial, yang mengesyorkan pengguna Proton untuk tidak melakukan sebarang tindakan bantu mula pada model-model Proton yang tertentu kerana ia akan menyebabkan kerosakan yang teruk kepada Unit Kawalan Transmisi (TCU).

Kami ingin menegaskan bahawa semua kereta boleh melalui tindakan bantu mula.

Walau bagaimanapun, seperti OEM yang lain, kereta-kereta Proton telah dilengkapi dengan sistem elektronik yang sensitif kepada lonjakan kuasa. Kami ingin memberi panduan yang lebih tepat mengenai perkara ini dan untuk memberi jaminan kepada pemilik Proton bahawa penggunaan kabel bantu mula adalah selamat untuk menghidupkan enjin selagi berpandukan langkah-langkah yang betul, seperti yang dinyatakan dalam buku Panduan Pemilik Proton.

Berikutan dengan ini, PROTON ingin mengambil kesempatan untuk menjelaskan bahawa prosedur yang betul untuk melakukan bantu mula kereta adalah dengan menyambungkan terminal (+) bateri dari kereta yang membantu kepada terminal (+) bateri kereta yang terjejas. Akan tetapi, terminal (-) dari kereta yang membantu mesti disambungkan ke badan kereta yang terjejas, dan BUKAN di terminal (-) kereta terjejas tersebut. Apabila berasa ragu, selalulah merujuk kepada buku Panduan Pemilik Proton.

Sumber geartinggi.com

Ahli Skuad Muda 1JPJ dan orang awam boleh melaporkan kesalahan-kesalahan pemandu dan kenderaan melalui aduantrafik@jpj.g...
15/06/2016

Ahli Skuad Muda 1JPJ dan orang awam boleh melaporkan kesalahan-kesalahan pemandu dan kenderaan melalui [email protected] dengan gambar atau video.

Tempoh Penguatkuasaan Ops Hari Raya Aidilfitri 2016 adalah selama dua (2) minggu bermula 29 Jun hingga 14 Julai 2016.

Tujuh (7) kesalahan ini menjadi perhatian sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri 2016 :-

1. Gagal Mematuhi Lampu Isyarat
2. Memotong di Garisan Berkembar
3. Memandu di Lorong Kecemasan
4. Memotong Barisan (Beat Q)
5. Menggunakan Telefon Bimbit Semasa Memandu
6. Tidak Memakai Tali Pinggan Keledar (Depan/Belakang)
7. Tidak Memakai Topi Keledar (Penunggang/Pembonceng)

Butiran yang diperlukan.

Nama pengadu :
No Mykad pengadu :
No Telefon pengadu :

Tarikh :
Masa :
Lokasi :
No Plat Kenderaan :
Jenis / Model Kenderaan :

Sumber Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Penampilan pertama Honda Civic serba baharu di MalaysiaHonda Civic serba baharu generasi ke-10 yang dinanti-nantikan akh...
24/05/2016

Penampilan pertama Honda Civic serba baharu di Malaysia

Honda Civic serba baharu generasi ke-10 yang dinanti-nantikan akhirnya telah membuat penampilan awam pertama di Malaysia pada beberapa hari yang lepas, melalui penyertaan di dalam acara permotoran tempatan My Auto Fest 2016 (20 – 22 Mei 2016) yang diadakan di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC).

Hadir bagi merasmikan ‘preview’ Civic serba baharu itu ialah Yang Berhormat Datuk Ab. Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan bersama-sama Mr. Katsuto Hayashi, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia. Untuk pasaran tempatan, Honda Civic serba baharu boleh didapati dalam dua varian; 1.5L VTEC Turbocharged dan 1.8L i-VTEC.

Menurut Honda Malaysia, warna terbaharu yang dikenali dengan nama ‘Lunar Silver Metallic’ akan diperkenalkan untuk Civic generasi ke-10 serba baharu. Model berkenaan bukan saja menawarkan gaya rekaan terbaharu yang sangat menarik dan sporty, malah ianya juga dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri kelengkapan yang moden dan canggih.

Sumber arena permotoran

Ferrari 250 GTO 1962 – Kereta Lelong Paling Mahal Dunia Berharga Lebih RM150K Juta.
20/05/2016

Ferrari 250 GTO 1962 – Kereta Lelong Paling Mahal Dunia Berharga Lebih RM150K Juta.

Gambar intipan Proton Perdana 2016 berwarna putih.Proton Perdana 2016 serba baharu bakal dilancarkan dalam masa terdekat...
13/05/2016

Gambar intipan Proton Perdana 2016 berwarna putih.

Proton Perdana 2016 serba baharu bakal dilancarkan dalam masa terdekat, dan tempahan untuk model premium tersebut juga telah pun dibuka. Untuk anda yang mungkin tertanya-tanya bagaimanakah reka bentuk sebenar Proton Perdana 2016 yang dibangunkan daripada model Honda Accord generasi ke-8 itu, di sini saya paparkan dua keping gambar model tersebut.

Kedua-dua keping gambar intipan Proton Perdana 2016 serba baharu berwarna putih ini sebenarnya telah tersebar di dalam laman Facebook, namun tidak dapat dipastikan siapakah pemilik sebenar gambar ini dan di manakah lokasi gambar ini dirakamkan. Apa yang pasti penampilan luaran Perdana 2016 ini kelihatannya sangat menarik dan mantap.

Setelah melihat gambaran sebenar Proton Perdana 2016 serba baharu ini, harapan untuk melihat model ini berjaya di pasaran semakin cerah. Menurut khabar, dari segi teknikalnya Perdana 2016 ini masih mengekalkan spesifikasi sama seperti model Honda Accord, termasuklah di bahagian enjin dan transmisi. Apa pun kita tunggu pelancaran model ini tidak lama lagi.



Sumber Arena Permotoran

Ferrari Enzo Yang Hancur Pada 2006 Dibaik Pulih & Kini Bakal Dilelong.Pada tahun 2006 yang lalu, Bo Stefan Eriksson, seo...
23/01/2016

Ferrari Enzo Yang Hancur Pada 2006 Dibaik Pulih & Kini Bakal Dilelong.

Pada tahun 2006 yang lalu, Bo Stefan Eriksson, seorang usahawan permainan konsol Gizmondo yang gagal dan juga pernah berlumba di 24 Hours Le Mans, telah dengan terkenalnya menghancurkan sebuah Ferrari Enzo di Pacific Coast Highway setelah gagal menawal kereta tersebut dalam perlumbaan drag dengan seorang pemandu Mercedes-Benz SLR McLaren. Model 2004 Ferrari Enzo itu hancur terbelah dua dan enjin yang berada di bahagian belakang kereta itu terbang di atas jalan.

Walau bagaimanapun, kereta itu tidak menjadi besi lusuh kerana seseorang memulihkannya dan ianya bakal dijual di RM Auctions tidak lama lagi di Paris. Pasukan Ferrari Technical Assistance Service membantu mengembalikan kegemilangan kereta tersebut di mana ianya turut diberikan penambahbaikan sedikit.

Untuk permulaan, kereta yang dibaik pulih ini diberikan warna hitam dan tempat duduk berwarna merah. Kereta itu asalnya keluar dari kilang pada Januari 2004 dengan warna merah khas Ferrari, Rosso Corsa, dan tempat duduk kulit hitam. Selain daripada itu, ianya diberikan sistem infotainment dengan navigasi satelit dan juga sistem stereo Bose dan kamera pandang belakang.

Mengikut jualan lelong tersebut, kereta dengan nombor casis #135564 ini telah disahkan oleh Ferrari Classiche dan hanya mempunyai jarak perjalanan lebih kurang 2,500 km sahaja. Pembida yang berminat pasti terkejut kerana kereta Ferrari Enzo yang diubahsuai dan pernah hancur ini dianggarkan bakal dilelong dalam lingkungan GBP1.6 hingga GBP2.2 juta (RM9.8 hingga RM13.5 juta).

Lelong itu akan dijalankan pada 3 Februari 2016 akan datang.

Sumber arenakereta.

Perkhidmatan bas percuma ‘Smart Selangor’ mulakan operasi di KajangPada 1 Julai yang lalu, kerajaan Selangor telah melan...
05/01/2016

Perkhidmatan bas percuma ‘Smart Selangor’ mulakan operasi di Kajang

Pada 1 Julai yang lalu, kerajaan Selangor telah melancarkan perkhidmatan bas percuma, Bas Selangorku, yang mula beroperasi di bandar Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang Jaya.

Semalam, perkhidmatan bas percuma ‘Smart Selangor’ kendalian Rapid Bus Sdn Bhd telah dioperasikan di Kajang p**a.

Menurut Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), perkhidmatan bas itu bermula seawal 6 pagi hingga 10 malam setiap hari menghubungkan antara bandar Kajang dan Terminal Bas Kajang dengan kekerapan setiap 15 dan 20 minit.

Di mana laluan sehala dari bandar Kajang ke Terminal Bas Kajang sejauh 9.4km meliputi 15 hentian melalui Jalan Sungai Chua, Jalan Wah Siew, Taman Kajang Indah, Taman Koperasi LLN, Taman Sri Kejora, Persiaran Cempaka, Persiaran Bangi dan Jalan Reko.

Manakala laluan balik dari Terminal Bas Kajang ke bandar Kajang adalah sejauh 10.8km mempunyai 19 hentian dengan hentian tambahan di Jalan Semenyih, Jalan Timur dan Jalan Cheras.

Perkhidmatan bas percuma berhawa dingin dengan kapasiti 60 penumpang itu turut dilengkapi sistem maklumat penumpang, kemudahan Wi-Fi serta mesra golongan kelainan upaya (OKU).

Sumber infokereta.

PUSPAKOM tawar perkhidmatan Unit Pemeriksaan Bergerak di lokasi terpilihBagi anda yang ingin mmenjalani pemeriksaan kend...
24/11/2015

PUSPAKOM tawar perkhidmatan Unit Pemeriksaan Bergerak di lokasi terpilih

Bagi anda yang ingin mmenjalani pemeriksaan kenderaan tetapi tinggal agak jauh dari pusat pemeriksaan PUSPAKOM, kini tidak perlu risau lagi. Ini kerana PUSPAKOM menawarkan perkhidmatan Unit Pemeriksaan Bergerak.

Unit Pemeriksaan Bergerak ini akan mengadakan lawatan berjadual kepada para pelanggannya yang berada jauh daripada pusat pemeriksaan PUSPAKOM yang sedia ada. Ini merupakan salah satu daripada initiatif PUSPAKOM dalam mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan demi kemudahan pelanggan.

Perkhidmatan Unit Bergerak PUSPAKOM ini meliputi semua jenis pemeriksaan mandatori (kecuali Pemeriksaan Awalan) yang digariskan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 seperti Pemeriksaan Berkala, Pemeriksaan Khas, Pemeriksaan Tukar Milik dan Pemeriksaan Sukarela yang melibatkan proses pemeriksaan pengesahan nombor enjin dan casis, pemeriksaan bahagian atas dan bawah kenderaan, ujian brek, ujian suspensi dan sebagainya.

Kadar bayaran pemeriksaan yang dikenakan adalah seperti ketetapan kadar pemeriksaan semasa, bergantung kepada jenis pemeriksaan dan kenderaan. Proses pemeriksaan adalah mudah dan cepat, dan laporan pemeriksaan akan diberikan kepada pelanggan dengan serta merta.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail, ”Kami memahami keperluan pelanggan kami. Oleh yang demikian, Perkhidmatan Unit Pemeriksaan Bergerak PUSPAKOM diperkenalkan untuk memberi nilai tambah kepada perkhidmatan yang sedia ada. Ia juga dapat menjimatkan kos dan masa pelanggan yang ingin menjalankan pemeriksaan samada untuk pemeriksaan kenderaan komersial mahupun persendirian.”

Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berhubung Perkhidmatan Unit Pemeriksaan Bergerak, para pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol Unit Pemeriksaan Bergerak PUSPAKOM di 1-800-222-210 atau talian bebas tol PUSPAKOM di 1-800-88-6927.

Info kereta.

Malaysia duduki tangga ke-20 kadar kemalangan tertinggi di dunia.Saban hari pasti ada saja berita mengenai kemalangan ja...
23/11/2015

Malaysia duduki tangga ke-20 kadar kemalangan tertinggi di dunia.

Saban hari pasti ada saja berita mengenai kemalangan jalan raya dilaporkan oleh pihak media. Maka, ini tidak memeranjatkan apabila negara kita menduduki tangga ke-20 bagi rekod kadar kemalangan tertinggi di dunia daripada 160 negara.

Memetik laporan yang disiarkan oleh Bernama, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata faktor kelajuan kenderaan menjadi penyumbang utama kadar kemalangan jalan raya di negara ini.

Walaupun pelbagai peraturan dan penguatkuasaan kepada pengguna jalan raya dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) dan pihak polis.

Di mana penunggang motosikal antara yang tertinggi mengalami kemalangan maut.

“Jumlah kemalangan jalan raya tahun ini mencatatkan 361,408 kes dengan 4,940 kes kemalangan maut. Daripada jumlah kes kemalangan maut, 60 peratus mangsa terdiri daripada penunggang motosikal,” katanya.

Sehubungan itu Liow mahu pelbagai langkah pencegahan ditingkatkan untuk para penunggang motosikal bagi menurunkan kadar kematian dalam kalangan mereka selain penguatkuasaan pihak polis dan JPJ.

Sambungnya lagi, “Kami juga akan pastikan kurikulum kelas memandu untuk penunggang motosikal lebih berkualiti dan pastikan penunggang motosikal terutama golongan muda serta warga emas mempunyai lesen memandu.”

Sumber info kereta.

Address

No. 19 Ground Floor, Jalan Jujur 2, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
56000

Telephone

0172244421

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Red One Auto posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Red One Auto:

Share