03/08/2021
"Tuan selalu update fb. Banyak gambar saya tengok"
"Dia itu semua nak update. Semua nak masuk fb..."
Saya kongsikan simple tip marketing.
+ Konsisten dan agresif dalam marketing. Walaupun pada awalnya anda rasa posting anda sendu, jangan berhenti. Teruskan buat marketing secara konsisten untuk orang mula nampak servis anda, create engagement dan tingkatkan trust pelanggan. Buat 'Branding' anda sendiri.
+ Tonjolkan aktiviti melibatkan servis. Post gambar, video atau sesekali buat live. Jika anda buat servis repair aircond, buat live untuk tunjuk keadaan aircond yang sangat teruk dan kotor, dan bagaimana anda selesaikan masalah tersebut hingga mencetus rasa teruja untuk orang ramai menonton.
+ Jual value, bukan harga. Persaingan harga tak pernah tamat. Itu lebih mahal dan tak boleh dapat daripada penjual lain. Value boleh datang seawal mereka nampak kita di media sosial dan website hinggalah kepada kualiti servis kita yang membawa kepada banyak review positif yang diterima.
+ Jelas dengan target market. Contoh jika anda jual insurans. Target market harus spesifik. Sasarkan kepada pemilik bisnes yang ada staf, atau ketua keluarga yang ada anak kecil, atau eksekutif yang berumur 30 tahun ke atas yang sudah ada kerjaya stabil.
+ Follow up dan tanya feedback pelanggan. Buat mereka rasa dihargai dan berikan mereka pengalaman terbaik supaya mereka sentiasa ingat dan rekemen servis anda kepada orang lain.
+ Biarlah apa orang nak kata. Asalkan kita buat perkara yang baik dan betul. Abaikan.
teruskan marketing untuk kelangsungan hidup