18/08/2016
Proton Persona 2016. Nah, senarai 3 feature utama ditampilkan Proton Persona 2016, Apa yang boleh dikatakan, sedan segmen-B Proton kali ini sudah mencapai standard global untuk bersaing dengan model-model pesaing sedia ada.
♻CIRI PINTAR TERKINI
1. Bantuan Pemanduan Eco
2. Masukan Tanpa Kunci
3. Sambungan Bluetooth
4. Lampu ‘Follow Me Home'
5. Pengecaj USB belakang
6. Lampu Depan On-Off Auto
7. Punat Tekan-Mula
♻PRAKTIKALITI CITARASA TEMPATAN
Enjin 1.6L VVT
1. Bukaan But Kawalan Jauh
2. Kabin Selesa
3. Sensor Keliling
4. 10 Kompartment + 7 Pemegang Cawan
5. Ruang But 510L
♻KESELAMATAN TIADA KOMPROMI
1. Rating 5-Bintang Asean NCAP (Semua Varian)
2. 6 Beg Udara
3. Bantuan Daki Bukit (HHA)
4. Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
5. Bantuan Brek (BA)
6. Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) + Kawalan Traksi (TRC)
7. ISOFIX + Tambatan Atas (Top Tether)
♻PEMANDUAN SEKILAS UJI
Reviu ini ialah berasaskan satu sesi pandu uji yang dibuat di trek khas dalam Pusat Kecemerlangan Proton (COE), Shah Alam. Ini boleh dianggap bukan pandu uji lengkap kerana kami belum mengujinya di atas jalan raya sebenar, tetapi sekurang-kurangnya fill pemanduan trek yang dirasai dapat memberikan gambaran awal kepada anda mengenai potensi Proton Persona 2016.
♻DNA PROTON
Seperti yang diharapkan, tiada apa dapat dipertikaikan tentang sistem pengendalian dan suspensi Persona 2016 kerana itulah DNA Proton! Sentiasa tepat dan tajam di selekoh. Memang betul boleh mengelak kon dengan rileks saja seperti dalam klip video yang tersebar tempoh hari.
♻KESENYAPAN
Tahap kesenyapan dalam kabin atau NVH meningkat pada paras terbaik, menyamai standard sedan segmen-B berstatus global lain. Mungkin inilah yang diuar-uarkan Proton mengenai 6-poin mounting yang disendat dalam tubuh Persona 2016. Sedan ini sudah senyap dan kami harus mengakuinya.
♻ENJIN 1.6 CVT+
Karakter enjin lebih lancar dan senyap. Pernah dulu kami ambil hati sendiri dengan mengatakan memang sudah begitu karakter enjin Proton yang sentiasa mengaum. Tidak sangka p**a menerusi enjin Persona 2016, jurutera Proton mampu mendisiplinkannya menjadi ‘budak baik’. Rasanya, inilah karakter yang dimahukan rakyat Malaysia tentang sebuah kereta segmen-B. Lancar, diam dan lincah.
♻KUALITI & PERSEMBAHAN
Kualiti dan persembahan Persona 2016 nyata diperkemaskan menerusi ilusi dua warna (hitam-kelabu) yang menyerlahkan fiil luas dalam kabin. Panel meter cukup identik dan tersendiri, manakala papan pemuka tampil gaya minimalis dan ergonomik yang sedap mata melihat dan tangan mencapai.
♻PRAKTIKALITI
Proton Persona 2016 menambah elemen praktikaliti menerusi keluasan but 510 liter. Malah, anda boleh menambah ruang simpanan dengan melipat kerusi belakang dengan ekstra nisbah kargo 60:40. Bukankah ini yang rakyat Malaysia mahukan? Luas, luas dan lebih luas…
Apa lagi yang dimahukan? Fill sekilas pandu pun sudah buat kami terdetik betapa inilah sedan segmen-B yang patut dibeli rakyat Malaysia. Proton Persona 2016 mencurahkan lebih daripada segala apa yang dimahukan pembeli kereta negara ini. Ia memang produk penuh harapan dan membanggakan!
ANGGARAN HARGA SEHINGGA DILULUSKAN OLEH KERAJAAN!!
A) Persona Std MT : 46,500
B) Persona Std CVT : 49,500
C) Persona Exec CVT : 55,500
D) Persona Premium CVT : 59,000
⚡Semua variants Dilengkapi dengan ESC, ABS, BA, EBD, Eco indicator & Hill Hold AssisT!!!
DOKUMEN DIPERLUKAN ( salinan ) :
👉 IC
👉 LESEN
👉 3 BULAN PAYSLIP TERKINI
👉 3 BULAN BANK STATEMENT TERKINI @ PENYATA KWSP
😀😀 BOOKING SEGERA !! 😀😀