01/01/2026
✨ SELAMAT TAHUN BARU 2026 ✨
Salam sejahtera buat semua ahli GLA Owners Malaysia 🤝🚗
Adalah dimaklumkan bahawa setelah 6 tahun penubuhan Club GLA Owners Malaysia, pihak admin dengan sukacitanya ingin mengumumkan pelancaran LOGO BAHARU khas untuk semua ahli dalam group ini. Logo baharu ini melambangkan semangat kebersamaan, identiti kelab dan perjalanan kita yang semakin matang sebagai sebuah komuniti.
Seiring dengan pelancaran logo tersebut, pihak admin juga telah memperkenalkan baju polo dan topi berlogo baharu khas untuk ahli-ahli GLA Owners Malaysia. Barangan rasmi ini ditawarkan pada harga yang berpatutan, seperti yang dipaparkan di dalam poster, sebagai tanda penghargaan kepada semua ahli.
Kepada ahli yang berminat untuk membuat tempahan boleh terus whatsapp Admin kami..:
https://tempahanglabaju.wasap.my/
Terima kasih atas sokongan berterusan anda semua. Semoga tahun 2026 ini membawa lebih banyak aktiviti, ukhwah dan kejayaan untuk GLA Owners Malaysia.
Sticker akan diberikan secara percuma masa TT diadakan.
Proud to be part of GLA Owners Malaysia 🖤⭐
“Drive together, race together”