WAF4E MOTORWORK

WAF4E MOTORWORK ''Rebuild to be a winner''

30/10/2022

Kita up tanda WAF4E MOTORWORK hadir di T135 Legacy Mini Gathering.. Tahniah & terima kasih buat penganjur dan peserta serta pengunjung yg hadir.. Thumbs up..!

Credit : Owner Gambar

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI HARI YANG KE 15 (17.4.22) Antara sedikit gambaran ketika majlis sumbangan makanan sert...
17/04/2022

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI HARI YANG KE 15 (17.4.22)
Antara sedikit gambaran ketika majlis sumbangan makanan serta minuman sahur pada anak yatim serta hidayah di Hulu Langat.. Terima kasih team WAF4E MOTORWORK yg sudi menyumbang tenaga, masa serta wang ringgit untuk menjayakan majlis ini.. Semoga Allah menerima serta memberkati setiap amalan yang kita semua lakukan..

قَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ قَبَضَ يَتِيْمًامِنْ بَيْنِ مُسْلِمِيْنَ إِلَى طَعَامِهِ وَشَرَابِهِ أَدْخَلَهُ اللَّهُ الْجَنَّةَ الْبَتَّةَ اِلَّا أَنْ يَعْمَلَ ذَنْبًالَايُغْفَرُ.
Rasulullah ﷺ bersabda: Barangsiapa menjaga anak yatim di antara umat Islam sampai menjaga makannya, dan minumnya, maka Allah pasti bakal memasukan orang itu ke dalam syurga. Kecuali orang itu berbuat dosa yang tidak bakal diampuni. (HR Tirmudzi)



Alhamdulillah Syukur pada Allah pihak WAF4E MOTORWORK  menuju hari TERAKHIR HARI INI (1.1.22) membantu mangsa banjir unt...
01/01/2022

Alhamdulillah Syukur pada Allah pihak WAF4E MOTORWORK menuju hari TERAKHIR HARI INI (1.1.22) membantu mangsa banjir untuk memberi khidmat servis serta menghidupkan motorsikal mereka secara PERCUMA.. Hampir 50 buah motorsikal telah berjaya kami bantu sepanjang tempoh operasi berjalan.. Moga dengan sedikit bantuan yang dihulurkan ini dapat meringankan sedikit bebanan buat mangsa banjir.. Terima kasih pada semua yang terlibat dalam operasi ini dan tidak lupa juga pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang membantu kami untuk menyebarkan berita operasi ini.. Semoga Allah dapat membalas jasa baik kalian semua.. Kami memohon maaf jika ada terkurang/tersalah bahasa mahupun perbuatan dalam menjalankan operasi ini..

* Kami kongsikan sedikit gambar ketika menjalankan operasi semalam

SALAM JUMAAT PENGHULU SEGALA HARIPihak WAF4E MOTORWORK ingin mengumumkan bahawasanya ESOK 1.1.2022 bersamaan hari SABTU ...
31/12/2021

SALAM JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI

Pihak WAF4E MOTORWORK ingin mengumumkan bahawasanya ESOK 1.1.2022 bersamaan hari SABTU adalah hari terakhir kami menjalankan operasi servis dan menghidupkan motorsikal secara PERCUMA bagi mangsa banjir di sekitar kawasan HULU LANGAT.. Kami memohon maaf jika ada tersilap/terkasar dalam menjalankan perkhidmatan sepanjang operasi.. InshaAllah kami akan cuba perbaiki.. Terima Kasih pada mangsa banjir yang terlibat kerana mempercayai kami 🤝

28/12/21 Dalam tak sedar sudah masuk hari yang ke 8 WAF4E MOTORWORK menjalankan operasi servis serta menghidupkan motosi...
29/12/2021

28/12/21 Dalam tak sedar sudah masuk hari yang ke 8 WAF4E MOTORWORK menjalankan operasi servis serta menghidupkan motosikal secara PERCUMA.. Alhamdulillah setiap hari operasi yang berjalan Allah permudahkan.. Operasi masih lagi berjalan seperti biasa.. Penduduk di sekitar HULU LANGAT yang motorsikal tenggelam akibat banjir yang memerlukan bantuan khidmat kami boleh PM untuk sebarang pertanyaan..


28/12/2021

26/12/21 WAF4E MOTORWORK masih terus membantu pemilik motorsikal yang menjadi mangsa banjir sekitar HULU LANGAT dengan menjalankan operasi servis dan menghidupkan motorsikal secara PERCUMA.. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.. Ramai yang masih tertanya bagaimana cara kami lakukan perkhidmatan ini.. Jadi disini kami akan kongsikan sedikit langkah perkhidmatan PERCUMA yang kami lakukan

1️⃣ Kami PERIKSA & AMBIL motorsikal dari rumah pemilik
2️⃣ Kami BAWA ke bengkel kami di keramat (Radiator Spring Auto )
3️⃣ Kami SERVIS serta HIDUPKAN enjin
4️⃣ Kami BUANG & CUCI lumpur pada motorsikal
5️⃣ Kami HANTAR SEMULA ke rumah pemilik

SEMUANYA SECARA IKHLAS & PERCUMA

*semoga dengan sedikit usaha yg kami lakukan ini dapat meringankan sedikit beban mangsa yang dilanda musibah banjir serta doakan kami agar dapat membantu lebih ramai lagi mangsa banjir di luar sana


Kepada seluruh warga di sekitar HULU LANGAT yang menjadi mangsa banjir.. Esok team WAF4E MOTORWORK  akan fokus untuk man...
26/12/2021

Kepada seluruh warga di sekitar HULU LANGAT yang menjadi mangsa banjir.. Esok team WAF4E MOTORWORK akan fokus untuk mangsa banjir disekitar sana bagi operasi servis secara 'PERCUMA' untuk motosikal.. InshaAllah kami akan cuba membantu anda.. Sila DM untuk sebarang pertanyaan..

MOHON SHARE TANDA PRIHATIN 😁


Selesai dari misi bantuan serta serahan sumbangan pada mangsa banjir petang semalam kami terus menghala ke  Shah Alam me...
26/12/2021

Selesai dari misi bantuan serta serahan sumbangan pada mangsa banjir petang semalam kami terus menghala ke Shah Alam meneruskan perkhidmatan servis motorsikal pada mangsa banjir secara percuma.. Dalam masa yang sama telah mendapat perkhabaran bahawa nenek dari beberapa orang sahabat sahabat WAF4E MOTORWORK telah kembali ke rahmatullah.. Mohon semua mendoakan moga roh arwah dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman

AL FATIHAH

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ
ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ
إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ
ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ
صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ
امين

MISI BANTUAN SERTA SERAHAN SUMBANGAN PADA MANGSA BANJIR Baru-baru ini kita semua telah dikejutkan dengan musibah banjir ...
25/12/2021

MISI BANTUAN SERTA SERAHAN SUMBANGAN PADA MANGSA BANJIR

Baru-baru ini kita semua telah dikejutkan dengan musibah banjir yang melanda negeri Selangor.. Sungguh terkesan dengan kejadian tersebut pada 25.12.21 (sabtu) team WAF4E MOTORWORK mengambil keputusan untuk turun bersama ke Taman Sri Nanding bagi membantu untuk pembersihan rumah salah seorang sahabat kami yang ditimpa musibah banjir.. WAF4E MOTORWORK juga mengambil kesempatan dgn membuat serahan sedikit bantuan dari segi alatan pembersihan pada penduduk setempat.. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya serta semua perancangan berjalan dengan lancar.. Terima kasih buat semua sahabat WAF4E MOTORWORK kerana berjaya menjayakan misi ini.. Tidak lupa juga pada penyumbang yg memberi sumbangan.. Moga Allah dapat membalas jasa baik anda semua..

* Sedikit perkongsian gambar ketika menjalankan misi ini



Alhamdulillah!Misi bantuan banjir akan diteruskan pada esok 25/12/2021 Sabtu!Terima kasih pada yang menolong team kami.S...
24/12/2021

Alhamdulillah!
Misi bantuan banjir akan diteruskan pada esok 25/12/2021 Sabtu!
Terima kasih pada yang menolong team kami.
Semoga semuanya berjalan dengan lancar
Aminn 🤲🤲

Address

Au3 Keramat
Kuala Lumpur
54200

Telephone

+60122662670

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when WAF4E MOTORWORK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to WAF4E MOTORWORK:

Share