21/01/2026
Inna lillahi wainna ilaihi rojuin. Salam takziah. Inilah perkara yang paling kita tak nak terjadi sewaktu kemalangan. Itulah sebabnya kami team callman dan towing services ini disebut sebagai 'rescue team'. Inilah tugas kami. Kami meronda siang malam atas jalan supaya kami boleh jadi yang terawal sampai di tempat kemalangan. Tujuannya supaya kami dapat juga membantu menyelamatkan. Sebab hampir setiap hari kami berdepan dengan kemalangan, macam2 jenis, yang mati, cedera parah, tersepit, patah, mabuk, dadah dan sebagainya. Jadi memang kepakaran itu ada pada kami, di atas pengalaman kami yang kerap menguruskan kemalangan, kami peka (aware), kami tahu di mana bahaya, apa risiko, apa solution yang terbaik untuk mengurangkan terjadi perkara yang lebih malang. Kami boleh bantu jaga jalan, lampu torchlight ni hampir semua callman memang sentiasa bawa. Dan dengan bilangan kami yang ramai, kami boleh membantu untuk tahan kenderaan dengan jarak yang lebih selamat dalam lingkungan 50 ke 100 meter ke belakang dari lokasi kemalangan. Kami cukup faham, dalam situasi kemalangan, kebanyakkan owner akan panik, tak tahu nak buat apa, blur, ada yang anxiety, panic attack dan sebagainya. Itulah hadirnya kami di atas jalan untuk mengambil tugas ini. Tapi apakan daya, kadang² niat yang baik dalam mencari rezeki ni pun dipandang serong oleh masyarakat, ada yang siap halau kami dari lokasi, dan sanggup call syarikat insurans untuk dapatkan towing yang akan amik masa yang lama untuk sampai, kadang 30 minit, sampai sejam pun ada, menyebabkan owner lebih terdedah pada risiko di atas jalan raya tanpa dibantu oleh sesiapa. Jadikanlah video ini sebagai iktibar dan buang persepsi buruk terhadap callman yang sentiasa berada di atas jalan untuk menjadi yang pertama sampai membantu kemalangan. Kami mencari rezeki untuk keluarga, dalam masa yang sama cuba menjaga nyawa orang lain yang mungkin juga dalam bahaya. Salam takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan ngeri di Highway Federal ini.