06/04/2026
Just sharing...
Pick the one that fits your needs and budget.
Masih ingat tak era harga minyak naik mendadak dulu? Ramai beratur panjang kat bengkel sebab nak pasang NGV.
Ruang boot belakang kereta yang asalnya tempat letak barang, terus penuh dengan tong gas kuning yang berat.
Masa tu, semua rasa itulah keputusan paling bijak untuk selamatkan poket.
Tapi, kisah NGV ini sebenarnya tinggalkan satu pelajaran yang ramai orang lupa,
Bila harga minyak naik, manusia mudah buat keputusan dalam keadaan PANIK. Kita cuma fikir macam mana nak lari cepat dari tekanan hari ini, sampai kita abaikan kesan jangka panjang.
Hari ini, sejarah berulang. Cuma tong NGV dah berganti dengan demam kereta EV (Electric Vehicle).
Kalau anda sekarang memandu kereta petrol yang enjinnya masih elok, dan PALING PENTING, hutangnya dah habis dibayar (atau tinggal sikit je lagi), JANGAN terburu-buru tukar kepada EV semata-mata sebab stres harga minyak naik
Sila hadam realiti kewangan ini
πΈ Nampak canggih, belum tentu sesuai dengan gaya hidup anda.
πΈ Nampak jimat petrol, belum tentu selamat untuk cashflow bulanan anda.
Kereta baru bukan sekadar tukar jenis enjin. Ia datang pakej dengan:
β Ansuran bank baru selama 9 tahun.
β Insurans tahunan yang jauh lebih mahal.
β Beban komitmen hutang yang mengikat kebebasan hidup anda.
Keputusan kewangan yang matang bukan sentiasa bermaksud membeli benda baru. Kadang-kadang, keputusan paling bijak ialah kekalkan apa yang masih berfungsi dan hidup bebas tanpa beban hutang.
Kecuali anda memang berkemampuan dan memang merancang nak beli kereta baru/second car , itu cerita lain.
Jangan biar emosi dan panik yang memandu poket anda. Kereta paling jimat adalah kereta yang ada geran di tangan