VX District Distribution Center KL South

VX District Distribution Center KL South Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from VX District Distribution Center KL South, Automotive, aircraft & boat, 21-G, Jalan Pandan 3/9, Pandan Jaya, Kuala Lumpur.

VervX Malaysia (VX Garage) represents an elite automotive platform that enables consumers to come together to profit from a range of automotive related products and services with ensured quality at affordable prices.

02/05/2021
RAHSIA BESAR dan TIPS!🤫🤭 OK, dalam post sebelum ni, korang dah tahu rahsia besar disebalik penjimatan💸💰 bila membeli min...
11/02/2021

RAHSIA BESAR dan TIPS!🤫🤭
OK, dalam post sebelum ni, korang dah tahu rahsia besar disebalik penjimatan💸💰 bila membeli minyak enjin ni. Sekarang kita akan cerita lebih lanjut dan juga beri beberapa tips untuk elak ditipu.
Satu kelemahan minyak terpakai ni, proses penapisan nya hanya mengeluarkan kotoran dan warna, sedangkan bahan kimia dalam minyak tu tak keluar sepenuhnya pun. Jadi kalau korang pakai minyak terpakai ni, enjin korang akan jadi lembab dan semput,
So, nak elak dari ditipu, korang kena lakukan beberapa perkara ni:
1⃣ Beli minyak sendiri👍. Ini penting, korang kena beli minyak sendiri dari pengedar sah. Elak daripada mengambil pakej servis, lebih-lebih lagi dari bengkel bukan pusat servis sah. Pengusaha bengkel takkan ada masalah kalau korang bawa minyak sendiri sebab mereka akan kenakan caj upah saja.
2⃣ Elak🙅‍♂️ membeli minyak berjenama yang dijual murah dari harga pasaran🤔. Harga pasaran boleh disemak di stesen minyak atau laman web jenama tersebut. Kalaulah ada diskaun pun, dalam 10% boleh diterima.
3⃣ Jangan sandarkan kepada jenama‼ Jenama terkenal ni selalunya jadi mangsa produk tiruan disebabkan permintaan tinggi. Ada banyak jenama di Malaysia yang jauh lebih bagus dan dijamin ketulenannya.
4⃣ Korang tahu tak setiap botol minyak ni mempunyai nombor siri dan boleh dijejak hingga pengeluar. Kalau botol korang tiada nombor siri pengeluaran, kemungkinan ia adalah tiruan.
5⃣ Di belakang label selalunya akan ada maklumat pengilang. Kalau label tersebut mempunyai maklumat minima, kemungkinan besar ia dibuat oleh seorang backyard blender. Kalau letak alamat betul nanti diorg kantoilah p**ak.
6⃣ Trend zaman sekarang ni adalah membeli online. Korang kena beli dari website yang terkenal macam 11Street, Qoo10, atau Onpay. Sebab mereka ni mempunyai skim untuk lindungi pembeli mereka. Kalau korang syak yang barang dihantar adalah tiruan, korang boleh buat laporan dan wang anda boleh dikembalikan. Bukan itu saja, anda juga boleh dapat baucer diskaun.
7⃣ Elakkan dari membeli dari orang yang anda tidak kenal melalui laman sosial🙅‍♂️, sebab sesiapa saja boleh buat profile tanpa ada dokumentasi. Ia berbeza dengan website terkenal dimana diorg kena daftar sebagai peniaga sebelum menjual.
Ini menandakan akhirnya bebenang tentang minyak enjin dan juga rahsia-rahsia dalam penjimatan masa membeli.
Semua orang jaga diri ya! Jangan lupa pakai mask😷 dan hand sanitizer bila keluar2 tu, dan jaga jarak juga!!

RAHSIA BESAR!🤫🤭Korang nak berjimat lagi? Ni rahsia lagi besar, kalau nak tahu, kena lihat macam mana minyak enjin ni dik...
10/02/2021

RAHSIA BESAR!🤫🤭
Korang nak berjimat lagi? Ni rahsia lagi besar, kalau nak tahu, kena lihat macam mana minyak enjin ni dikilangkan!
Minyak enjin ni ada 3 komponen iaitu Base Oil, Additif dan Dye/Fragrance. Base oil ni menentukan samada minyak ni mineral, semi sintetik ataupun sintetik! Base oil mineral dihasilkan dari penyulingan petroleum, base oil sintetik p**a adalah hasil dari proses reaksi kimia.
Base oil ni akan dibancuh🧪🛢 dengan bahan aditif, aditif ni lah yang akan tentukan kegunaan minyak ni. Dye dan fragrance p**a selalunya ditambah sebagai astetik dan branding. Sebab tulah minyak M7 berwarna hijau dan minyak 2T berbau wangi! Minyak semi sintetik p**a merupakan bancuhan base oil mineral ngan sintetik🧪🛢.
“Kenapa saya kena ambil tahu proses ni?” proses nilah yang tentukan harga minyak💸 enjin yang korang beli dan lambakan minyak tiruan. “Minyak tiruan?” Ye betul, proses mengadun ni sebenarnya senang je🤭, korang pun boleh buat. Kebanyakan minyak tiruan ni p**a tak❎ lalui proses QC langsung, tak macam minyak tulen!.
Untuk jimatkan kos p**a, proses membacuh minyak ni kebiasaannya dibuat oleh pengeluar berlesen, pemilik jenama selalunya hantar formula dan spesifikasi saja. Ini lebih jimat daripada mengimport produk siap, sebab tu korang nampak minyak fully imported ni mahal sangat!
Sape saja yang ada peralatan boleh je adun minyak mereka sendiri. Pengadun yang tak berlesen ni dikenali sebagai backyard blender, disebabkan mereka tak berlesen, harga mereka jauh lebih murah💸 daripada yang Ori. selain itu, diorg ni juga selalu menggunakan minyak kitar semula sebagai base oil. Minyak kitar semula ni merupakan minyak hitam terpakai yang telah ditapis semula. Ianya jauh berbeza daripada base stock virgin oil diperbuat daripada minyak petroleum asli.
Baiklah kita sambung cerita dalam post seterusnya ya!
Korang jaga diri tau!! Jangan lupa pakai mask😷 dan hand sanitizer bila keluar2 tu, dan jaga jarak juga!!

VX VIXTA SELFIE CHALLENGE 2021Tahun 2021 ini, kami rancakkan lagi dengan SEMANGAT BARU dan CABARAN TERBARU. Mari sahut c...
04/02/2021

VX VIXTA SELFIE CHALLENGE 2021
Tahun 2021 ini, kami rancakkan lagi dengan SEMANGAT BARU dan CABARAN TERBARU. Mari sahut cabaran VIXTA SELFIE CHALLENGE dengan mengambil SELFIE PALING KREATIF yang anda boleh hasilkan.
Kali ini 3 PEMENANG sahaja akan dipilih berdasarkan kreativiti selfie anda tapi kami berikan hadiah lebih berbaloi dan mengancam iaitu DASHCAM DAN VX BAUCAR DISKAUN untuk 3 pemenang bertuah.
MACAM MANA NAK SERTAI CHALLENGE INI?
Senang je. Ini syarat penyertaan VIXTA SELFIE CHALLENGE:

1. Setiap pembelian BARANGAN PRODUK VX GARAGE bernilai RM200 ke atas, PERCUMA sehelai T-Shirt VIXTA 2021.
2. Ambil SELFIE anda memakai T-Shirt VIXTA 2021 secara KREATIF.
3. Muat naik SELFIE anda di AKAUN FACEBOOK / INSTAGRAM ANDA dan Tag Kami di VX GARAGE MALAYSIA.
4. VIXTA SELFIE CHALLENGE ini akan berlangsung sepanjang bulan FEBRUARI sahaja.
5. SELFIE mestilah secara KREATIF dengan STYLE ANDA SENDIRI.
6. 3 PEMENANG BERTUAH akan membawa p**ang HADIAH YANG MENARIK.

Tunggu apa lagi? JOM SAHUT CABARAN VIXTA SELFIE CHALLENGE DAN JADI 3 PEMENANG BERTUAH.

tertakluk pada terma & syarat


Winner for Award of Excellence - Automotive Franchise Category for Asia Automotive Appreciation Award 2017

VX FEB 2021 PROMOA. Members Promotion :1. Birthday - Diskaun 10% 2. New Member - Diskaun 5%3. Pembelian Minimum RM200 - ...
03/02/2021

VX FEB 2021 PROMO

A. Members Promotion :
1. Birthday - Diskaun 10%
2. New Member - Diskaun 5%
3. Pembelian Minimum RM200 - Percuma 1 unit T-Shirt VIXTA

B. Resellers Promotion :
1. Birthday - Diskaun 5%
2. Pembelian Minimum RM400 - Percuma 1 unit T-Shirt VIXTA

Untuk setiap pembelian minimum RM100, akan dapat 1 unit STICKER JATA

TEORI KONSPIRASI🤫 STIKER MINYAKoK...sekarang ni korang dah tahu kebenaran disebalik mitos2 minyak hitam🧪🛢 ni dan penukar...
31/01/2021

TEORI KONSPIRASI🤫 STIKER MINYAK
oK...sekarang ni korang dah tahu kebenaran disebalik mitos2 minyak hitam🧪🛢 ni dan penukaran minyak, tapi mesti ada yang masih tertanya, “stiker kat cermin kata next servis lagi 5000KM! Nak buat macam mana??
Ini sebenarnya satu teknik manip**asi. Korang kena ingat yang dalam perniagaan tujuan utama adalah untuk buat untung💵💰 dan tiada yang lebih menguntungkan dari pelanggan yg datang setiap 3 bulan. Kemajuan teknologi cecair sekarang dan standard API SN membolehkan penukaran minyak sehingga 15,000KM dan itu adalah rahsia, diorg akan sengaja menulis 5000km untuk menipu korang.
“Dah kalau macam tu, apa bezanya antara minyak semi dan fully🤔?”
Sebenarnya, ada perbezaan yang sangat ketara antara minyak Mineral, Semi dan Sintetik ni! Kelebihan minyak sintetik ni, dia boleh panjangkan hayat dan tingkatkan prestasi enjin korang. Kalau guna minyak semi sintetik, enjin korang berada pada tahap 3500 RPM, tapi dengan minyak sintetik, baru 2800 RPM sahaja, dengan kelajuan yang sama. Maknanya, enjin korang lebih efisyen dan boleh pergi lebih laju.
Minyak sintetik ni pun memberi lebih penjimatan minyak, mengikut kajian, korang boleh dapat penjimatan dalam 1% - 2%. “2% je? Takdalah jimat sangat hmm” penjimatan sebenar datang dari hayat enjin lebih panjang dan interval masa servis lebih lama.
Harga minyak sintetik ni lagi mahal💸(RM 40 - RM 100)tapi dengan additif dan perlindungan dijamin, enjin korang boleh jalan hingga lebih dari 15,000KM tanpa masalah. Dari servis 2 kali setahun, korang cuma perlu servis sekali saja.
Contohnya, sebelum korang baca post ni, korang ikut je apa mekanik tu cakap, korang pun tukar minyak setiap 5000KM.
Pemanduan - 30,000 km; Setiap 5000 - RM168 x 6 = RM1008
Lepas baca post ni p**a: Servis 3 kali sahaja baru RM 510!!
Wah.. bukan ke betul menjimat🤑!
P/S Next post kitorg, kita akan cerita pasal rahsia lagi BESAR untuk penjimatan minyak ni!
Korang jaga diri tau!! Jangan lupa pakai mask😷 dan hand sanitizer bila keluar2 tu, dan jaga jarak juga!!

MITOS DAN LEJEN MINYAK HITAM…(sambungan)OK..semalam korang dah tengok mitos2 minyak ni dan kebenaran sebaliknya. Ni kita...
30/01/2021

MITOS DAN LEJEN MINYAK HITAM…(sambungan)
OK..semalam korang dah tengok mitos2 minyak ni dan kebenaran sebaliknya. Ni kita akan cerita lebih mendalam tentang penukaran minyak ni
Korang tahu tak, yang kebanyakan kereta di EU hanya tukar minyak setiap 10,000 batu? Iaitu lebih dari 16,000 KM. Ada banyak faktor sebalik kekerapan menukar minyak. Yang paling utama ialah:
⭐Gaya Memandu
Kalau korang memandu dalam keadaan lasak, memang kena tukar dengan lebih kerap. Lasak ni bermaksud sentiasa pecut dan berhenti mengejut, pemanduan yang jauh.
⭐ Jadual Pengeluar.
Pengeluar kereta selalunya mempunyai jadual penukaran minyak, kalau boleh, ikuti lah jadual ni.
⭐ Kualiti Bahan Api Dan Komponen.
Bahan api low quality selalunya hasilkan lebih banyak kotoran, kotoran ni lah yang terkumpul dalam enjin dan memendekkan masa penggunaan minyak enjin
⭐ Kualiti Komponen Penuras.
Komponen yang low quality selalunya dibuat daripada bahan bermutu rendah, penuras udara yang mempunyai mutu rendah tak dapat halang habuk dan debu dari memasuki silinder. Penuras minyak low quality p**a tak dapat menuras kotoran dengan baik.
⭐ Jenis Enjin
Kalau korang gunakan enjin Turbo, enjin akan lebih panas dan menyebabkan minyak berada pada suhu yang tinggi. Suhu tinggi akan menyebabkan minyak ni terurai cepat, jadi lebih cepat kena tukar.
Soo kalau korang tak pasti, ikut je cadangan penukaran minyak pada 10,000km… Abaikan je diorg yang suruh tukar setiap 5,000KM.
“Ye eh? Bukan saya memandu agak lasak🏎 ke?”
Kalau korang ni drifter professional🏎 atau pemandu GRAB dan teksi sapu, korang tak memandu dengan lasak. Lainlah kalau korang memandu kat kawasan lombon bauksit (maaf ye orang Kuantan), kawasan korang takdalah berdebu mana. So korang boleh yakin dengan servis 10,000 KM ni.
Salah satu keperluan p**a ialah filter minyak dan udara, korang kena cari yang ori ataupun yang mahal sikit, sebab yang murah tu tak berapa bagus, dia tak boleh menyekat partikel yang halus, partikel ni lah yang buat enjin korang banyak sludge.
P/S Next post kita akan bercerita tentang konspirasi disebalik stiker minyak p**a hahaaa….
Korang jaga diri ya!! Pakai mask😷 dan hand sanitizer bila keluar2 tu, dan jagalah jarak juga!!

MITOS DAN LEJEN MINYAK HITAMBab minyak hitam ni, mesti korang dah dengar pelbagai mitos, tak kiralah dari pomen ke, inte...
29/01/2021

MITOS DAN LEJEN MINYAK HITAM
Bab minyak hitam ni, mesti korang dah dengar pelbagai mitos, tak kiralah dari pomen ke, internet ke, dan orang perseorangan. Mitos mitos ni sebenarnya dah dibuktikan tidak benar, tapi ada juga yang masih sebarkan.
🌟Mitos 1⃣ : “Minyak kena tukar bila dia tukar warna”. Satu fungsi utama minyak ni adalah untuk membersihkan kotoran dalam enjin, so yang korang nampak tu adalah kotoran saja dan menunjukkan yang ia berfungsi dengan baik. Partikel kotoran yang besar ditapis oleh penuras minyak, warna minyak sahaja tidak boleh agak jangkahayat minyak ni. Cara terbaik adalah dengan menghantar sampel ke makmal.
🌟Mitos 2⃣: “Minyak sintetik ni menyebabkan enjin leaking💦.” Minyak sintetik ni, dia ada keupayaan untuk cairkan kotoran di dalam enjin. Kalau korang ada kereta yang berusia lebih 15 tahun dan mengguna minyak mineral, mungkin seal korang dah retak tetapi kekotoran tu dah melekat dalam retakan tu. Bila dah guna minyak sintetik ni, sludge akan cair dan nampaklah retakan tuu...So sebelum tukar ke minyak sintetik, lebih baik korang tukar dulu seal dan gasket korang, dapat panjangkan hayat enjin juga!
🌟Mitos 3⃣: “Bila saya pakai minyak sintetik, dah tak boleh kembali ke minyak mineral atau semi sintetik.” sebenarnya, tak ada masalah pun kalau korang nak switch antara tiga jenis minyak ni. Asalkan manual kereta korang sarankan minyak tu untuk enjin..kira Cun👍...minyak semi sintetik ni sebenarnya campuran dengan minyak sintetik...ramai orang yang switch ke sintetik tak mahu bertukar sebab perbezaan performance enjin sangat ketara.
🌟Mitos 4⃣: “Additif tambahan boleh tingkatkan prestasi minyak.” Teknik ni dah tak relevan disebabkan perkembangan teknologi...mungkin ia berkesan kalau korang guna minyak tiruan, recylced♻ ataupun base berkualiti rendah. Pun tiada jaminan yang additif tambahan sesuai dengan minyak sedia ada. Lagipun pengeluar minyak hari ni dah siap tambahkan additif masa kat kilang.
🌟Mitos 5⃣: Mitos yang PALING mengejutkan p**a ialah TIADA MINYAK 5000, 7500 atau 10000km. Mitos ni sengaja direka oleh industri untuk pastikan yang korang akan tukar minyak ikut masa. Teknologi minyak dah banyak kemajuan dan kenderaan sekerang mempunyai banyak sensor.
Sekarang korang dah tahu kebenaran sebalik mitos-mitos ni…dalam post kami seterusnya, korang akan tahu lebih lanjut tentang penukaran minyak!.
Korang jaga diri tau! Pakai mask😷 dan hand sanitizer bila keluar!

UIHH MAHALNYAA💸💸!..Sekarang ni kita cerita bab lebih sensitif p**a, KOS SERVIS🔧! Korang mesti fikir berkali-kali🤔 pasal ...
28/01/2021

UIHH MAHALNYAA💸💸!..
Sekarang ni kita cerita bab lebih sensitif p**a, KOS SERVIS🔧! Korang mesti fikir berkali-kali🤔 pasal kos servis ni kan? Lebih lebih lagi, dengan ekonomi sekarang. Kos servis ni sebenarnya terbahagi kepada kos barang dan kos upah.
Kenapa agaknya pusat servis kenakan caj yang terlalu mahal? Sebaaaab..itu kiranya jaminan👍👍 untuk workmanship dan barang yang dijamin tulen. Ada separuh bengkel p**ak gunakan harga pakej, tapi sebenarnya kita sebagai pelanggan ada hak untuk tolak harga tu dan minta servis ikut kemahuan kita untuk elak ditipu.
Pakej yang diberikan pun boleh buat kita ditipu😳 dengan produk imitation, sebab banyak sangat dipasaran sekarang ni. So bila .kita dah bagi kepercayaan kat bengkel, lebih tinggi kemungkinan kita diberi produk tiruan.

So macam mana nak elak barang tiruan dan juga disembelih Pusat Servis?
Caranya adalah:
-Beli sendiri alat ganti yang ori dari pengedar sah.
-Bawa ke bengkel pilihan anda.
-Minta mereka pasangkan.
Ingat! Jangan beli sparepart dari kedai tepi jalan, dapatkan dari orang yang anda percayai sahaja.
“Eh bengkel takkan marah😡 ke?” Jangan risau, BANYAK pengusaha bengkel s**a cara ini. Kenapa ? sebab kerja mereka dah jadi lebih senang dan dapat kurangkan kereta sangkut. (Kereta sangkut tu terjadi bila tuan punya kenderaan tak mampu nak bayar semua kos-kos pembaikan) Jadi kalau bawak barang sendiri, mereka kena pasang dan caj upah je, dah..tak payah pening kepala.
TAPI kena ingat! Kalau korang buat servis kat pusat servis tak diiktiraf, nanti warranti kereta korang akan dibatalkan! Ini memang taktik pengeluar kereta! Kesimp**annya, korang sebagai pengguna ada hak untuk tentukan barang apa yang nak diganti, jangan harapkan bengkel je..
P/S Post lepas ni, kita akan bercerita tentang mitos2 dan lejen tentang minyak hitam ni..
Jaga diri ya! Jangan lupa pakai mask😷 dan pakai hand sanitizer selalu!

Gaiss...Gaiss..VIXTA LIMITED EDITION akan di launch FEB 2021 ni ~ PERCUMA untuk...Setiap pembelian barangan spare part /...
28/01/2021

Gaiss...Gaiss..VIXTA LIMITED EDITION akan di launch FEB 2021 ni ~ PERCUMA untuk...
Setiap pembelian barangan spare part / minyak kenderaan bernilai RM150 ke atas
Untuk Reseller VX ~ PERCUMA VIXTA Limited Edition untuk setiap pembelian RM300 ke atas
Sebarang pertanyaan/pembelian klik je link kat bawah, staff DDC KL South akan bantu sebaik mungkin >>

https://nak.promo/VIXTALimitedEdition
https://nak.promo/VIXTALimitedEdition
https://nak.promo/VIXTALimitedEdition

>>Psst.. PROMOSI TERHAD sehingga 31 JANUARI 2021 sahaja

Address

21-G, Jalan Pandan 3/9, Pandan Jaya
Kuala Lumpur
55100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when VX District Distribution Center KL South posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to VX District Distribution Center KL South:

Share