30/04/2026
Pagi ni dekat Kantin sekolah memandu.
Pakcik: Dik kau datang nak test ke?
Anak muda: Ya
Pakcik: Orang dah masuk bilik tu, dah start taklimat dah.
Anak muda: Tak ada orang bagitahu pun.
Pakcik: Haihh. Dah dah. Pergi daftar dulu. Nanti kaunter batalkan pendaftaran sebab tak daftar.
Kelam kabut anak muda tu berlari ke kaunter.
Pakcik: Aku tengok budak ni dari tadi datang duduk sini relax je.
Kat kantin ni. Duduk kat situ. Tunggu apa pun tak tau.
Tanyalah orang.
Pakcik tu geleng kepala.
:::
Hailah anak.
Jumpalah dunia.
Bertanya.
Bergaul dengan orang.
Paling tidak, tanyalah sesiapa jika tak tahu dari mana nak mula.
Bukan suruh jadi peramah pun.
Kalau terlepas pendaftaran, buang masa, buang duit.
Benda ni benda asas.
Lelaki atau perempuan, tak kisah.
Kita nak sesuatu, usahakan.
Walaupun dengan bertanya.
Dunia ni bukan dalam fon saja.
P/s: Aku, hantar anak test lesen memandu harini.😁
Ada plot twist:
Depan pakcik ni ada sorang pakcik juga. Tu yg menghadap dia tu.
Dah macam radio buruk.
Pakcik 2 : Saya dulu masa jadi bos... staff saya macam tu la. Masa mesyuarat tu saya tegur bla bla bla. Lepas tu melarat sampai "masa saya jumpa ZRA bla bla jadi macam Ramli Sarip, bla bla M Nasir patut bagi lagu.. masuk Fandi Ahmad, Jamal Abdillah.
Aku dah lost count😂😂