21/11/2026
KASIH KANAK-KANAK, TANGGUNGJAWAB BERSAMA ❤️
Satu pengalaman yang cukup bermakna apabila warga Proton Street Car Kota Tinggi berpeluang meluangkan masa dan beramah mesra bersama anak-anak dalam 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐀𝐝𝐯𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐤𝐚𝐧𝐚𝐤: 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐤𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢.
Program anjuran 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 (𝐉𝐊𝐌) ini turut mendapat kerjasama daripada𝐏𝐫𝐨𝐭𝐨𝐧 𝐒𝐭𝐫𝐞𝐞𝐭 𝐂𝐚𝐫 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 sebagai tanda sokongan terhadap usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan perlindungan, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak.
Semoga setiap senyuman yang tercipta membawa kenangan manis dan setiap usaha kecil hari ini memberi makna besar buat masa depan mereka. 🥰
Kerana setiap anak berhak untuk membesar dalam persekitaran yang selamat, penuh kasih sayang dan dilindungi.