Kedahan Di Bawah Bayu

Call Directions Contact the business

Kedahan Di Bawah Bayu Kedahan di Negeri Di Bawah Bayu

Sunset pasar Anjung KinabaluIkan murahSotong murahUdang murahPelbagai hasil laut di jual di siniBermula 4.30 petang sehi...
17/05/2026

Sunset pasar Anjung Kinabalu

Ikan murah
Sotong murah
Udang murah

Pelbagai hasil laut di jual di sini

Bermula 4.30 petang sehingga 10 malam..

Sayur segar dari Kundasang pun ada

𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐂𝐈𝐍𝐀 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐃𝐈 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈CHA’AH, JOHOR — Seorang ibu, Zhu Er Chan tampil menjelaskan keputusannya menghantar anaknya ke...
22/01/2026

𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐂𝐈𝐍𝐀 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐃𝐈 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈

CHA’AH, JOHOR — Seorang ibu, Zhu Er Chan tampil menjelaskan keputusannya menghantar anaknya ke Tadika PASTI Cha’ah selepas menerima pelbagai pertanyaan dan reaksi daripada masyarakat, termasuk mesej peribadi yang tidak bersetuju dengan pilihannya.

“Tadika PASTI Cha’ah terletak di kampung saya sendiri, tempat saya membesar. Mak saya juga masih menetap di sini. Saya lihat tadika ini sesuai dan memberi peluang kepada anak saya untuk tumpang belajar,” katanya.

Beliau memaklumkan, walaupun ada pihak yang menyuarakan ketidaksetujuan terhadap penghantaran anak ke sekolah agama beraliran Melayu, termasuk menggunakan bahasa yang kurang sopan, beliau memilih untuk tidak melayan kritikan tersebut. Sebaliknya, beliau memuji sikap dan pendekatan para guru di Tadika PASTI Cha’ah yang disifatkan sebagai sangat baik dan penyayang.

“Saya rasa bagus anak boleh belajar budaya lain. Kita hidup dalam masyarakat majmuk. Walaupun baru tiga bulan di tadika, anak saya sudah boleh menyebut beberapa perkataan asas dalam Bahasa Melayu dan menyanyikan lagu Melayu,” katanya, sambil menambah bahawa anaknya kelihatan gembira mengikuti sesi pembelajaran di tadika tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan atas sokongan dan komen positif yang diterima daripada orang ramai, khususnya mereka yang menunjukkan kasih sayang terhadap anaknya. Katanya, walaupun tidak sempat membalas setiap komen, semua maklum balas telah dibaca.

20/01/2026
19/01/2026

𝐓𝐄𝐏𝐀𝐓 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐍𝐆 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐈𝐊

𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

DYMM Yang Di Pertuan Agung Sultan mengingatkan ahli Parlimen di Malaysia agar memartabatkan Bahasa Malaysia dalam sektor pendidkan di negara ini.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Berita kehilangan pelakon Nadiah Kasumawati di Lapangan Terbang  Antarabangs...
17/01/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Berita kehilangan pelakon Nadiah Kasumawati di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah akhirnya terjawab apabila pelakon itu dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Berita menyedihkan ini dikongsikan oleh anak perempuannya di threadsnya.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Assalamualaikum semua, saya ingin memaklumkan bahawa mama saya, Nadiah Kasumawati binti Abdul Karim telah pun kembali ke Rahmatullah pada 15/1/2026; Khamis sekitar jam 8:05 malam.

Terima kasih kepada kalian yang tidak berhenti menitipkan doa buat mama ❤️. Mohon doakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, diampunkan segala dosanya & dirahmati Allah.

Arwah meninggal disebabkan sakit jantung dan kemudiannya telah dibawa ke hospital pada hari yang sama arwah tiba di lapangan terbang Jeddah (tiada pihak yang memaklumkan kepada kami sekeluarga tentang keadaan arwah sehinggalah malam ini pada jam 11:10pm).
Berita tersebut disampaikan oleh Travel Agency itu sendiri.

Kredit:-threads@myyrraaa.

Warga Putatan yang berhampiran di jemput hadir.
16/01/2026

Warga Putatan yang berhampiran di jemput hadir.

𝐓𝐔𝐃𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇𝐘𝐀𝐑𝐇𝐀𝐌 𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐌𝐎𝐊𝐓𝐀𝐑 𝐆𝐔𝐆𝐔𝐑KUALA LUMPUR: Allahyarham Datuk Seri B**g Moktar Radin hari ini dilepaskan d...
16/01/2026

𝐓𝐔𝐃𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇𝐘𝐀𝐑𝐇𝐀𝐌 𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐌𝐎𝐊𝐓𝐀𝐑 𝐆𝐔𝐆𝐔𝐑

KUALA LUMPUR: Allahyarham Datuk Seri B**g Moktar Radin hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada tiga pertuduhan rasuah membabitkan wang RM2.8 juta selepas pihak pendakwaan memaklumkan tidak berhasrat meneruskan prosiding terhadap bekas Ahli Parlimen Kinabatangan itu.

Mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan berikutan kematian tertuduh, sekali gus menamatkan prosiding yang difailkan sejak 2019.

𝐊𝐀𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐀𝐒𝐏𝐀𝐋 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐃𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇Cawangan Penyenggaraan Jalan Jabatan Kerja Raya (JKR) melakukan kerja percubaan produk baharu ...
15/01/2026

𝐊𝐀𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐀𝐒𝐏𝐀𝐋 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐃𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

Cawangan Penyenggaraan Jalan Jabatan Kerja Raya (JKR) melakukan kerja percubaan produk baharu menampal jalan rosak dan berlubang menggunakan 𝐀𝐇𝐍𝐓𝐄𝐂𝐇 𝐕𝐓𝐗-𝐒𝐮𝐩𝐞𝐫 𝐅𝐢𝐛𝐞𝐫 𝐑𝐞𝐢𝐧𝐟𝐨𝐫𝐜𝐞𝐝 𝐀𝐥𝐥 𝐖𝐞𝐚𝐭𝐡𝐞𝐫 𝐂𝐨𝐥𝐝 𝐌𝐢𝐱 𝐀𝐬𝐩𝐡𝐚𝐥𝐭.

Kerja percubaan itu dilakukan di Jalan Tuaran Bypass dengan disaksikan sendiri Pengarah JKR Sabah, Datuk Ir Philemon Lajawai dan Timbalan Pengarah Sektor Jeraya, Baharuhom KK Sogon pada Rabu.

Sumber: info X

𝐒𝐓𝐔𝐀𝐑𝐓 𝐖𝐈𝐋𝐊𝐈𝐍 𝐉𝐎𝐈𝐍 𝐉𝐃𝐓What can you do?Bubye Sabah FC
13/01/2026

𝐒𝐓𝐔𝐀𝐑𝐓 𝐖𝐈𝐋𝐊𝐈𝐍 𝐉𝐎𝐈𝐍 𝐉𝐃𝐓

What can you do?

Bubye Sabah FC

Address

Putatan
88200

Telephone

+60164411702

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kedahan Di Bawah Bayu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kedahan Di Bawah Bayu:

Shortcuts

Share