Era Isuzu Sabah

Era Isuzu Sabah ISUZU IRAMANIS located in Iramanis Centre, specialized in selling truck and PICK-UP, D-MAX AND LORRY.

08/05/2026

Bermula 1 Mei 2026, aplikasi MyJPJ wajib menggunakan MyDigital ID untuk log masuk.

Kalau ada yang belum mendaftar, pastikan korang aktifkan MyDigital ID sekarang untuk mengelakkan sebarang kesulitan akses perkhidmatan JPJ.

08/05/2026

Tidak sampai lima jam selepas seorang remaja perempuan ditemui berlumuran darah akibat dikelar dileher di dalam tandas rumah sewa di Kampung Tuntuluk, Nosoob, Penampang suspek lelaki dipercayai terbabit berjaya diberkas polis petang tadi.

Suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang yang menjalankan operasi mengesan suspek kira-kira jam5.30 petang.

Helah menyembunyikan minuman keras di ruang rahsia bawah bonet belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diubah s...
06/05/2026

Helah menyembunyikan minuman keras di ruang rahsia bawah bonet belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diubah suai terbongkar apabila dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Wilayah Persekutuan Labuan, baru-baru ini.

Dalam kejadian jam 12.01 tengah hari, pada 27 April lalu, kenderaan berkenaan dikesan ketika menunggu giliran untuk menaiki feri RORO di Terminal Feri Kenderaan Labuan menuju ke Menumbok, Sabah.

Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 72.5 liter minuman keras pelbagai jenama disorokkan dalam ruang khas yang dibina di bahagian bawah bonet belakang kenderaan terbabit.

20,451 kes denggi.Itu bukan angka kecil.Itu bukan sekadar nombor yang lalu di dashboard iDengue.Itu bermaksud ribuan rum...
05/05/2026

20,451 kes denggi.

Itu bukan angka kecil.
Itu bukan sekadar nombor yang lalu di dashboard iDengue.

Itu bermaksud ribuan rumah sudah disentuh rasa cemas.
Anak demam panas.
Badan mula lemah.
Platelet jatuh.
Keluarga mula ulang-alik ke klinik dan hospital dengan harapan semuanya masih sempat.

Yang lebih membimbangkan, setakat awal Mei 2026 pun Malaysia sudah mencatat 20,451 kes denggi.
Sedangkan sepanjang tahun 2025, jumlah keseluruhan kes denggi yang dilaporkan ialah 55,399 kes.

Maknanya, belum pun separuh tahun berjalan, jumlah kes tahun ini sudah mencecah kira-kira 37 peratus daripada keseluruhan tahun lepas.

Ini petanda yang kita tak boleh lagi ambil mudah.
Denggi bukan tunggu rumah kotor.
Denggi juga bukan hanya masalah jiran.
Kadang-kadang ia bermula dengan benda kecil yang kita sendiri tak nampak penting.
Piring pasu.
Baldi lama.
Bekas plastik.
Longkang tersumbat.
Air bertakung yang dibiarkan terlalu lama.

Ramai orang tunggu fogging.
Sedangkan fogging hanya bantu bunuh nyamuk dewasa.
Kalau tempat pembiakan masih ada, kitaran itu akan bermula semula.

Sebab itu mesej paling penting malam ini mudah sahaja.
Periksa rumah anda.
Periksa kawasan luar rumah.
Buang bekas yang menakung air.
Cuci tempat yang selalu terlepas pandang.

Jangan tunggu ada orang rumah sendiri kena baru hendak panik.
Kadang-kadang, 10 minit memeriksa kawasan rumah boleh elakkan satu keluarga melalui ketakutan yang panjang.

20,451 kes bukan angka untuk dibaca dan dilupakan.
Ia patut jadi amaran.

Sumber: iDengue

04/05/2026

๐—ฅ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€ ๐—น๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐Ÿฏ๐Ÿฌ๐—ธ๐—บ, ๐—น๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ถ ๐Ÿฐ๐Ÿฏ ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—ฎ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—น ๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ

Baru-baru ini, mendiang Tan Wei Ye, 43 tahun, dari Tampin, Negeri Sembilan, dilaporkan meninggal dunia selepas rebah dipercayai akibat strok haba ketika menyertai acara larian 30km Kailas Penang Skyrace di George Town, Pulau Pinang.

Menurut laporan, lelaki berkenaan menyertai acara tersebut pada pagi 25 April, dengan laluan merangkumi kawasan bandar, hutan dan laluan berbukit. Sekitar jam 4 petang, dia dilaporkan rebah berhampiran garisan penamat sebelum diberikan bantuan kecemasan dan dihantar ke Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang.

Mangsa akhirnya disahkan meninggal dunia pada awal pagi 26 April. Punca kematian dilaporkan berkaitan strok haba yang membawa kepada rhabdomyolysis dan kegagalan pelbagai organ.

Salam takziah kepada keluarga mangsa. Semoga mendiang tenang di sana dan keluarga diberi kekuatan menghadapi kehilangan ini.

Sebenarnya, dua hari lalu di sekitar Kompleks Sukan Tawau juga berlaku satu kejadian yang membimbangkan. Ketika itu, dipercayai seorang lelaki rebah ketika berjoging pada waktu petang dan sempat tidak sedarkan diri. Beberapa pelari serta orang awam di lokasi segera tampil membantu sebelum ambulans tiba untuk memberi bantuan.

Dua kejadian ini sekali lagi menjadi peringatan kepada semua, terutama mereka yang aktif bersukan atau berjoging, supaya jangan terlalu memaksa diri.

Dalam keadaan cuaca panas, orang ramai dinasihatkan memastikan badan mendapat air yang mencukupi, elakkan terlalu lama terdedah kepada panas matahari, minum air kosong secukupnya dan hadkan aktiviti fizikal yang terlalu berat.

Jika mula mengalami pening, rasa mahu muntah, kekejangan otot, dada rasa sesak, sukar bernafas, degupan jantung tidak normal, badan terlalu panas, keliru atau tiba-tiba rasa terlalu lemah, hentikan aktiviti dengan segera dan dapatkan bantuan.

Orang ramai juga digalakkan memakai topi atau menggunakan payung ketika berada di luar, serta memakai pakaian yang ringan dan selesa. Kanak-kanak, warga emas dan pesakit kronik juga perlu diberi perhatian kerana mereka lebih berisiko terkesan dengan cuaca panas.

Pada masa yang sama, kita juga berharap lelaki yang rebah di Kompleks Sukan Tawau sebelum ini berada dalam keadaan baik.

Bersenam memang baik untuk kesihatan, tetapi keselamatan dan keadaan tubuh badan tetap perlu diutamakan.

Gambar sekadar ilustrasi, bukan lokasi kejadian sebenar.

Nampak seseorang berdiri di tebing tinggi? Dalam situasi begini, satu tindakan kecil boleh jadi beza antara hidup dan ma...
02/05/2026

Nampak seseorang berdiri di tebing tinggi?

Dalam situasi begini, satu tindakan kecil boleh jadi beza antara hidup dan mati.

Jangan jerit.
Jangan cabar.
Jangan ramai-ramai kepung seolah-olah sedang tengok kejadian viral.

Perkara pertama, hubungi 999 segera. Beritahu lokasi tepat, landmark terdekat, keadaan individu tersebut dan sama ada dia masih bercakap atau sudah terlalu hampir dengan tepi.

Kemudian, biarkan seorang sahaja bercakap dengannya. Pilih orang yang paling tenang. Suara mesti perlahan, ayat mesti pendek, nada mesti tidak menghukum.

Cakap begini:

โ€œSaya ada di sini.โ€
โ€œSaya tak akan paksa awak.โ€
โ€œSaya cuma nak dengar.โ€
โ€œBoleh duduk dulu?โ€
โ€œBoleh ambil satu langkah ke belakang?โ€

Jangan beri ceramah panjang. Jangan debat tentang dosa, keluarga, agama atau masa depan ketika dia sedang berada dalam krisis. Pada saat itu, fikirannya mungkin terlalu sempit untuk menerima nasihat panjang.

Yang dia perlukan ialah rasa bahawa masih ada seseorang yang tidak menghukum.
Masih ada seseorang yang mahu dengar.
Masih ada seseorang yang tidak menjadikan kesakitannya sebagai tontonan.

Jaga jarak. Jangan sentuh secara mengejut. Jangan serbu dari belakang. Jangan buat dia rasa dikepung.

Dan bila bantuan sampai, jangan anggap semuanya selesai hanya kerana dia sudah turun. Dia masih perlukan penilaian, sokongan dan perlindungan selepas itu.

Kecemasan: 999
Sokongan emosi: Talian HEAL 15555



KERANA KESILAPAN PEMANDU LAIN, NYAWA PENUNGGANG MOTOSIKAL MELAYANGSANDAKAN : Kerana kesilapan pemandu lain, nyawa seoran...
30/04/2026

KERANA KESILAPAN PEMANDU LAIN, NYAWA PENUNGGANG MOTOSIKAL MELAYANG

SANDAKAN : Kerana kesilapan pemandu lain, nyawa seorang penunggang motosikal melayang selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Sungai Batang, Batu 10, awal pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 pagi itu, mangsa lelaki berumur 31 tahun yang menunggang motosikal dari arah Batu 8 menuju ke Batu 12 dipercayai bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Axia dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, siasatan awal mendapati, kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan memasuki laluan bertentangan lalu merempuh motosikal mangsa.

Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Pemandu kereta p**a mengalami kecederaan di bahagian dada dan menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent.

Mayat mangsa telah dibawa ke unit forensik hospital sama untuk proses bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Sandakan dalam kenyataannya memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kejadian seumpama ini.


23/04/2026

๐€๐‚๐€๐‘๐€ ๐Š๐„๐Œ๐”๐๐‚๐€๐Š ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐€๐๐€๐‘ & ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‹๐€๐๐‚๐€๐‘๐€๐ ๐๐„๐‘๐€๐˜๐€๐€๐ ๐๐„๐’๐“๐€ ๐Š๐€๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿคฉ

Mari kita saksikan acara-acara kemuncak Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Daerah Papar secara live di platform Facebook dan Youtube rasmi TV Sabah!โœจ

๐Ÿ“… 25 April - 1 Mei 2026
๐Ÿ’ป Facebook & YouTube TV Sabah

๐ŸŽฅSiaran Langsung Dikuasakan oleh &

แด‹แด€แด€แดแด€แด›แด€ษด: โ€œแดแดษดษขแดแดแดแด› แด˜ษช๊œฑแดแดแด˜แดœส€แดœแด€ษด, แดแด€แดแด€ส€แด€แดแด€ษช แด˜ษชแดœษดแดœษดษขแด€ษดโ€
แด‹แด€แด€แดแด€แด›แด€ษด: โ€œแดแด‡ษดแดœแด€ษช แด˜แด‡ส€แด˜แด€แด…แดœแด€ษด, แดแด‡ส€แด€ษชแด‹แด€ษด แด‹แด‡สœแด€ส€แดแดษดษชแด€ษดโ€
แด‹แด€แด€แดแด€แด›แด€ษด: โ€œสœแด€ส€แด แด‡๊œฑแด›ษชษดษข แดœษดษชแด›ส, แด„แด‡สŸแด‡ส™ส€แด€แด›ษชษดษข สœแด€ส€แดแดษดสโ€

Teruskan bersama TV Sabah, Media Dibawah Bayu โœจ

โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”
๐†๐‘๐€๐๐ƒ ๐…๐ˆ๐๐€๐‹๐„ ๐Ž๐… ๐๐€๐๐€๐‘ ๐ƒ๐ˆ๐’๐“๐‘๐ˆ๐‚๐“ ๐‹๐„๐•๐„๐‹ & ๐‹๐€๐”๐๐‚๐‡๐ˆ๐๐† ๐‚๐„๐‘๐„๐Œ๐Ž๐๐˜ ๐Ž๐… ๐“๐‡๐„ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐’๐“๐€๐“๐„-๐‹๐„๐•๐„๐‹ ๐Š๐€๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐…๐„๐’๐“๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿคฉ

Letโ€™s tune in to the exciting highlight events of the Papar District Level Kaamatan Festival live on TV Sabahโ€™s official Facebook and YouTube platforms! โœจ

๐Ÿ“… 25 April - 1 May 2026
๐Ÿ’ป TV Sabahโ€™s Facebook & YouTube

๐ŸŽฅLive Stream Powered by &

แด‹แด€แด€แดแด€แด›แด€ษด: โ€œแดแดษดษขแดแดแดแด› แด˜ษช๊œฑแดแดแด˜แดœส€แดœแด€ษด, แดแด€แดแด€ส€แด€แดแด€ษช แด˜ษชแดœษดแดœษดษขแด€ษดโ€
แด‹แด€แด€แดแด€แด›แด€ษด: โ€œแดแด‡ษดแดœแด€ษช แด˜แด‡ส€แด˜แด€แด…แดœแด€ษด, แดแด‡ส€แด€ษชแด‹แด€ษด แด‹แด‡สœแด€ส€แดแดษดษชแด€ษดโ€
แด‹แด€แด€แดแด€แด›แด€ษด: โ€œสœแด€ส€แด แด‡๊œฑแด›ษชษดษข แดœษดษชแด›ส, แด„แด‡สŸแด‡ส™ส€แด€แด›ษชษดษข สœแด€ส€แดแดษดสโ€

TV Sabah, ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜‰๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜‰๐˜ข๐˜บ๐˜ถโœจ

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan meneliti setiap kes penggantian dokumen pe...
23/04/2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan meneliti setiap kes penggantian dokumen pengenalan diri melibatkan mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan bagi memastikan hanya individu yang layak diberikan dokumen baharu.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan tidak akan mengambil pendekatan โ€˜pukul borongโ€™ dalam isu pemilikan dokumen, sebaliknya setiap permohonan yang diteliti sebaiknya.

Gangguan bekalan air: 5 silap simpan air yang bahayakan rumahBila air terputus, ramai orang terus simpan apa saja yang s...
22/04/2026

Gangguan bekalan air: 5 silap simpan air yang bahayakan rumah

Bila air terputus, ramai orang terus simpan apa saja yang sempat. Baldi, tong, besen, botol lama, semua keluar. Niat memang betul, tapi cara simpan yang salah boleh buat rumah sendiri jadi punca masalah.

Antara silap yang ramai buat ialah guna bekas yang tak bersih, tak bertutup, atau pernah diisi bahan pencuci dan bahan kimia. Ada juga yang simpan air terlalu lama sampai berbau, berubah warna, atau mula jadi tempat pembiakan serangga.

Satu lagi kesilapan ialah campur-adukkan air untuk minum, masak, basuh tangan dan guna tandas tanpa label yang jelas. Bila semua nampak sama, risiko tersalah guna pun jadi lebih tinggi.

Ramai juga tak sedar, mencedok air dengan tangan atau gayung yang kotor boleh cemarkan seluruh bekas simpanan. Air yang asalnya bersih boleh jadi tak selamat hanya sebab cara kita ambil dan guna tidak dijaga.

Kalau perlu simpan air semasa gangguan bekalan, gunakan bekas yang bersih, bertutup, dan sesuai untuk kegunaan makanan jika untuk minum atau memasak. Labelkan ikut kegunaan, letakkan di tempat teduh, dan elakkan simpan terlalu lama tanpa pemeriksaan.

Bila air susah dapat, setiap bekas simpanan jadi penting. Jangan sampai air yang disimpan untuk selamatkan keadaan, akhirnya bawa risiko lain p**a.

20/04/2026

Address

Jalan IRAMANIS-KOLOMBONG
Kota Kinabalu
88450

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00
Saturday 08:30 - 16:00

Telephone

+601114022050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Era Isuzu Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share