Oobah Car Rental

Oobah Car Rental 🚐 Perkhidmatan Sewa Van
πŸ“ Sabah | Selesa & Fleksibel
πŸ“² WhatsApp: 012-8058086 untuk tempahan

"Jelajah bersama lebih seronok!"

Mau jalan-jalan di Sabah? Kereta sudah ada, tinggal pilih destinasi.Mau pusing Kota Kinabalu, naik ke Kundasang & Ranau,...
18/09/2026

Mau jalan-jalan di Sabah? Kereta sudah ada, tinggal pilih destinasi.

Mau pusing Kota Kinabalu, naik ke Kundasang & Ranau, pergi hiking, outstation atau ada event?

Oobah Car Rental ada pilihan kenderaan mengikut keperluan perjalanan, dari kereta untuk couple atau family kecil, sampai van untuk satu group.

Axia β€’ Bezza β€’ Xpander β€’ Aruz β€’ Hiace SWB

Mau drive sendiri atau perlukan driver, boleh bincang dengan admin.

πŸ“ Kota Kinabalu & sekitar Sabah

Dari Axia ke van, pilihan mengikut keperluan.

Selamat pagi semua, Selamat Hari Malaysia! πŸ‡²πŸ‡ΎTrip kali ini merupakan private group dari Semenanjung, seramai 9 orang pes...
16/09/2026

Selamat pagi semua, Selamat Hari Malaysia! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Trip kali ini merupakan private group dari Semenanjung, seramai 9 orang peserta.

Misi mereka kali ini adalah untuk mendaki Gunung Sinsing dan Gunung Kaingaran, Tambunan, Sabah pada 16–19 September 2026. Dua gunung yang bakal dicabar dalam satu perjalanan, dan merupakan antara gunung tertinggi di Malaysia.

Hari ini, perjalanan bermula dari KKIA menuju ke Tambunan. Setibanya di Tambunan, peserta akan singgah dahulu ke pejabat Oobah Venture Tambunan untuk urusan pendaftaran sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya.

Untuk memudahkan perjalanan, Oobah turut menyediakan sewaan van dari airport ke Tambunan untuk kump**an ini.

Perjalanan baru sahaja bermula. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan sehingga selesai misi pendakian Gunung Sinsing & Gunung Kaingaran nanti.

πŸ“ GUNUNG SINSING GUNUNG KAINGARAN TAMBUNAN | 16-19 SEPT 2026

13/09/2026

12 September 2026

Selamat datang ke Negeri Di Bawah Bayu.

Sampai saja di Airport Kota Kinabalu, terus mula perjalanan. Pusing-pusing sekitar bandar Kota Kinabalu , cari makan dan sempat juga cari souvenir untuk dibawa balik.

Ikan bilis jangan lupa.
Makanan viral pun kita cuba juga, alang-alang sudah sampai Sabah.

Lepas puas jalan-jalan di KK, mula bergerak ke arah Kundasang, Ranau.

Tapi sebelum terus naik, singgah dulu di Bukit Botak Sepanggar. Sempat mendaki, ambil angin dan layan pemandangan sekejap.

Belum sampai Kundasang lagi, sudah ada macam-macam cerita.

Ini baru permulaan trip. Kita jalan pelan-pelan, enjoy saja perjalanan.

08/09/2026

PERJALANAN TRIP MENDAKI

Untuk perjalanan ke lokasi pendakian, Oobah Car Rental boleh bantu aturkan dari A sampai Z.

Dari pengangkutan, perjalanan ke lokasi, sehinggalah perjalanan p**ang semuanya boleh disusun mengikut keperluan trip.

Anda fokus pada pendakian.
Bab perjalanan, biar kami uruskan.

Oobah Car Rental
Your Journey, Our Responsibility.

πŸ“Trip Gunung Sinsing Gunung Kaingaran Tambunan | 30/8-2/9/2026

πŸ˜‰ Untuk pertanyaan mendaki gunung. Boleh hubungi kami juga.

07/09/2026
05/09/2026

OOBAH CAR RENTAL

Selamat bercuti kepada semua.

Minggu depan cuti penggal sekolah sudah berakhir dan anak-anak kembali ke sekolah seperti biasa.

Tapi jangan risau… kenderaan kami sentiasa ada.πŸ˜†

Untuk yang masih ada urusan perjalanan, trip keluarga, perjalanan jauh, aktiviti berkump**an atau ke destinasi pilihan, boleh hubungi kami untuk semakan kenderaan dan tarikh yang diperlukan.

Kenderaan untuk perjalanan anda, bila-bila diperlukan.

Selamat menikmati baki cuti dan selamat kembali ke rutin persekolahan minggu depan.😊

Penyediaan servis 2 Unit Van bermula dari Kota Kinabalu - Tambunan - Kampung Kaingaran kepada peserta/pendaki ini bagi m...
05/09/2026

Penyediaan servis 2 Unit Van bermula dari Kota Kinabalu - Tambunan - Kampung Kaingaran kepada peserta/pendaki ini bagi memudahkan urusan perjalanan mereka

'Transportation' dari Kota Kinabalu - 'Kinabalu Park' - Sub Stesen Monggis memudahkan klien kita dari Jepun iniπŸ’ͺ
05/09/2026

'Transportation' dari Kota Kinabalu - 'Kinabalu Park' - Sub Stesen Monggis memudahkan klien kita dari Jepun iniπŸ’ͺ

'Transportation' dari Kota Kinabalu - Maliau Basin yang memakan masa 6-7 JamπŸ’ͺ
05/09/2026

'Transportation' dari Kota Kinabalu - Maliau Basin yang memakan masa 6-7 JamπŸ’ͺ

Peserta Cuma 8 Orang, Tapi Dalam Gambar Ada 16 Orang? πŸ€”

Baru sahaja petang semalam (3 September), 'team' Oobah Venture yang diketuai oleh kru kami, Donna, telah selamat menamatkan ekspedisi 5 Hari 4 Malam di 'The Lost World of Sabah', Maliau Basin.

Tetapi, cuba anda kira betul-betul jumlah orang dalam gambar di hadapan 'Maliau Basin Studies Centre' ini.

Ada 16 orang semuanya!

Padahal, klien trip kali ini cuma 8 orang sahaja. Kalau campur dengan kru kami iaitu Donna, baru 9 orang.

Habis itu, lagi 8 orang di dalam gambar itu siapa?

Adakah peserta kita kali ini bertaraf VVIP sehingga perlukan pengiring peribadi masuk ke dalam hutan?

Atau ada rombongan rahsia yang ikut serta?

Haa...

Sebenarnya, inilah 'rahsia' untuk kekal cergas dan menikmati sepenuhnya keindahan alam di Maliau Basin.

Hampir kesemua 8 orang peserta kita mengambil keputusan yang sangat bijak.

Mereka menggunakan perkhidmatan 'porter' untuk membawa barang-barang keperluan sepanjang 5 hari berkampung di dalam hutan!

Selain abang-abang 'porter' yang sangat membantu, mereka juga diiringi oleh 2 orang 'guide' yang pakar selok-belok laluan di sana.

Sebab itulah apabila bergambar di garisan penamat, rombongan ini nampak cukup meriah!

Bagaimana agaknya pengalaman sebenar mereka meredah cabaran 'The Lost World' ini?

Nampak wajah masing-masing masih boleh tersenyum lebar sambil mempamerkan sijil pencapaian.

Tunggu min susun cerita dan gambar-gambar penuh perjalanan epik mereka tidak lama lagi.

Buat masa ini, kita biarkan mereka berehat puas-puas dahulu di rumah.

Ada pengikut Oobah Venture yang sudah mula pasang niat mahu masuk ke Maliau Basin? Kami ada tarik terakhir sebagai penutup trip di Maliau Basin pada bulan disember ini. Ada yang berminat?

Jangan segan atau malu hubungi kami (DM) untuk dapatkan info lebih lengkap trip ini.

Maliau Basin
30 Ogos - 3 September 2026
- 4 Hari 'trekking'
- 1 hari perjalanan (ketibaan)

Urusan Percutian Keluarga Besar Lebih Mudah Dengan 2 Buah Van Kami Baru-baru ini, pasukan pengangkutan kami di Oobah Car...
04/09/2026

Urusan Percutian Keluarga Besar Lebih Mudah Dengan 2 Buah Van Kami

Baru-baru ini, pasukan pengangkutan kami di Oobah Car Rental berbesar hati menyantuni rombongan keluarga besar seramai 18 orang yang terdiri daripada 11 orang dewasa, 6 kanak-kanak, dan seorang bayi.

Percutian 5 hari 4 malam bermula 30 Ogos hingga 3 September lepas ini agak istimewa dan perlukan susunan logistik yang teliti.

Mengapa?

Kerana dalam satu keluarga ini, mereka mempunyai dua misi percutian yang berbeza!

Bagi memastikan perjalanan mereka lancar, rombongan ini telah menempah perkhidmatan dua buah van berserta pemandu daripada kami.

Sebaik sahaja kesemua ahli keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) melalui dua penerbangan yang berbeza pada pagi hari pertama, percutian mereka terus bermula.

Perjalanan menuju ke Kundasang diserikan dengan singgahan di lokasi-lokasi wajib seperti Rumah Terbalik, Jambatan Tamparuli, dan Pekan Nabalu.

Hari kedua p**a kami bawa mereka menikmati udara segar Kundasang dengan melawat Sosodikon Hills dan Desa Dairy Farm.

Masuk hari ketiga, bermulalah kelancaran fungsi dua buah van ini.

Pada awal pagi, van pertama ditugaskan khas untuk menghantar 8 orang wakil keluarga yang berjiwa kental ke Kinabalu Park bagi memulakan misi pendakian Gunung Kinabalu.

Pakej pendaki ini turut didatangkan bersama bekalan sarapan dan pek makan tengah hari.

Sementara menanti kump**an pendaki di atas gunung, van kedua p**a memainkan peranan membawa baki ahli keluarga yang lain untuk terus bersantai dan melawat lokasi-lokasi menarik di sekitar Kundasang.

Inilah kelebihan mengambil dua kenderaan berasingan, pergerakan kump**an tidak terikat dan sangat fleksibel.

Menjelang petang hari keempat, kedua-dua van berkumpul semula di Kinabalu Park untuk menyambut wira-wira gunung yang telah selamat turun.

Kesemua 18 orang ahli keluarga bersatu semula dan kami membawa mereka bergerak p**ang ke pusat bandar Kota Kinabalu untuk berehat.

Hari terakhir di Sabah semestinya dikhaskan untuk aktiviti memborong cenderamata dan makanan laut kering di Pasar Filipina, sebelum kami menghantar mereka p**ang ke lapangan terbang mengikut jadual penerbangan masing-masing.

Terima kasih kepada seluruh ahli rombongan kerana mempercayai perkhidmatan Oobah Car Rental.

Berdasarkan cuaca cerah dan pemandangan penuh Gunung Kinabalu di dalam gambar, jelas kelihatan percutian ini sangat bermakna buat mereka.

Membawa keluarga yang ramai terutamanya bersama anak-anak kecil dengan jadual aktiviti yang berbeza memang mencabar sekiranya anda memandu sendiri.

Sekiranya anda merancang percutian keluarga atau berkump**an ke Sabah, biarkan Oobah Car Rental uruskan pengangkutan anda.

Duduk selesa di kerusi penumpang, biar pemandu kami yang selesaikan urusan jalan raya!

Jemput hantarkan mesej (DM) kepada kami untuk menempah kenderaan percutian anda hari ini.

Address

Pintas Square, Jalan Penampang By Pass
Kota Kinabalu
89750

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Oobah Car Rental posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Oobah Car Rental:

Shortcuts

Share

Category