Magic Car Wash Putatan

Magic Car Wash Putatan We are newly opened Car Wash services and we are giving the best service to guarantee customer satisfaction.

Selamat Petang semua dari Magic Car Wash Putatan..jom minum petang..sambil mensyukuri kehidupan kita..
12/07/2016

Selamat Petang semua dari Magic Car Wash Putatan..jom minum petang..sambil mensyukuri kehidupan kita..

Wah..cantik keta ni walaupun dah lama! Masih cantik lagi kereta ko  kan...pandai ko jaga...tu ayat bila orang tengok ker...
11/07/2016

Wah..cantik keta ni walaupun dah lama! Masih cantik lagi kereta ko kan...pandai ko jaga...tu ayat bila orang tengok kereta lama yang masih cantik dan prestasi masih gagah.Malangnya kebanyakan dari kita termasuk saya sendiri bukanlah pakar di dalam penjagaan kereta. Setakat ni kata orang kereta Malaysia paling mudah nak jaga ..betul ka? Pada saya datang lah apa jenis keta pun, semua kena ada ilmu, ada yang cadang beli kereta baru jak, namun kereta ni, kereta second hand kalau menarik dan minat ramai yang menggunanya, termasuklah saya sendiri

Memang terdapat servis yang khusus, terutama kereta baru, namun ramai jugak pomen yang s**a ambik kesempatan, rosaknya sikit jak, tapi balun duit cukup cukup dengan bagitau banyak bahagian yang rosak, kamu urang pernah alami masalah ni ka?

Terdapat perbezaan yang ketara terutamanya bila kita bercakap tentang penjagaan kereta. Selain servis tukar minyak hitam atau minyak enjin terdapat jugak aspek lain, seperti cara pemanduan dan cara untuk tahu kenderaan kita sakit atau tak, so kamu urang kena peka dengan sebarang perubahan bunyi, minyak yang tumpah, asap yang keluar selain, dashboard kereta seperti petunjuk tahap heat atau kepanasan enjin, air cond, dan sebagainya. Malahan bahagian yang tidak melibatkan enjin juga perlu diberikan perhatian.Contoh tayar atau getah serta plastik juga pada kenderaan atau kereta perlu diberikan perhatian, banyakkan.. So sebenarnya penjagaan kereta ni jugak bergantung kepada owner keta tu, kalau kamu urang sanggup serah segalanya kepada pomen,tak jadi hal jika pomen tu jujur...tapi bagaimana jika pomen tu menipu, Banyak bengkel buat duit dengan cara ni, bukan semua tapi ada yang tak jujur...so bagaimana nak jaga kereta korang supaya tahan lama? Berikut adalah tips ringkas

Tip 1
Memeriksa dan menukar minyak hitam atau minyak enjin secara berkala atau berjadual, pastikan juga tidak berlaku sebarang kebocoran pada pam minyak. Pertukaran minyak hitam memastikan enjin terpelihara dengan baik. Pengguna minyak semi sintetik atau fully sentetik juga boleh mempengaruhi prestasi enjin kita

Tips 2
Sistem cooler atau penyejuk pada kenderaan juga perlu diberikan perhatian, cecair penyejuk atau air perlu diperiksa secara berkala, pastinya ianya sentiasa mencukupi.

Tip 3
Tukar minyak enjin dan minyak gear secara berkala dan mengikut jadual yang ditetapkan. Walaupun jarang berlaku masalah,namun perhatian kepada kedua dua jenis minyak nie penting kerana jika berlaku kebocoran, lagi banyak kos yang korang perlu tanggung

Tip 4
Bersihkan kenderaan anda setiap bahagian...emm nie paling s**ar kan...namun itulah hakikatnya, boleh je hantar ke car wash tapi korang perlu pastikan juga kekotoran di kawasan tayar, pastikan tidak berlaku sebarang kebocoran pada getah yang melindungi drive sharp yang boleh menyebabkan anda terpaksa menanggung kos yang tinggi.

Tip 5
Gunakan minyak yang sesuai untuk setiap bahagian yang memerlukan minyak, terutama bahagian enjin

Tip 6
Membasuh kereta memang penting untuk menjaga kereta anda, namun polish juga perlu ,untuk memastikan korang menyingkir tar atau kotoran lain. Tar sebagai contohnya halus je, namun sekali melekat dekat keta korang, seksa nak membuangnya walaupu kecil je tar tu.

Tip 7
Guna gris oil bagi sendi atau part kenderan yang sering kali dibuka dan tutup

Tip 8
Untuk bahagian dalaman kereta, jaga bahagian plastik dengan baik. Jangan jemur kenderaan tengah panas, kalau terpaksa jugak, korang gunakan cover pelindung yang sesuai.

Petua 9
Memeriksa, bersihkan cover plastik yang menutup bahagian dalaman tayar.

Tip 10
Periksa minyak brek dengan berkala, pastikan ianya mencukupi, dan tidak berkurangan.Minyak brek, serta pad break juga perlu diperiksa secara berkala.

10/07/2016

OPENING PROMOTION!!! GREAT DEALS!! ONLY FOR YOU

Wash only
# Kancil/ Viva/ Kenari - RM 8
# Myvi/ Saga/ Iswara - RM 9
# Alza - RM 10
# Avanza - RM 11
# 4WD Ford/ Toyota/ Nissan - RM 13
# Lorry 1.5 Tonne - RM 15
# Lorry 3 Tonne - RM 17

Wash + Vacuum
# Kancil/ Viva/ Kenari - RM 11
# Myvi/ Saga/ Iswara - RM 11
# Alza - RM 13
# Avanza - RM 14
# 4WD Ford/ Toyota/ Nissan - RM 16
# Lorry 1.5 Tonne - RM 18
# Lorry 3 Tonne - RM 20

10/07/2016

Address

Jalan Sailan Imbahan Ulu Putatan
Kota Kinabalu
88721

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

0163361633

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Magic Car Wash Putatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share