09/08/2026
Masih lagi guna air paip isi dalam radiator? 😱
“Kau sedang bagi nyawa pendek untuk enjin sendiri.”
Bila ramai tanya di ruangan komen berkaitan air ni. Boleh guna air paip tu tapi untuk sementara atau waktu kecemasan boleh.
Kenapa tidak digalakkan guna air paip dalam radiator?
Sebab air paip bukan sekadar air. Ini yang ramai tidak tahu
1. Air paip ada kandungan mineral tinggi.
Klorin, besi dan kalsium semua ini boleh tinggalkan mendapan dalam sistem penyejukan.
2. Lama-lama jadi karat dalam radiator.
Air mineral dalam air paip akan berkaratkan bahagian besi dan menyebabkan saluran sempit.
3. Sumbat saluran kecil dalam enjin.
Termasuk dalam water jacket blok enjin ada risiko besar overheating.
4. Punca awal radiator bocor, endapan mineral akan rosakkan sambungan, paip, dan solder point.
5. Thermostat boleh rosak bila kotoran terkumpul, thermostat akan gagal buka tutup ikut suhu betul.
6. Water pump cepat haus. Mineral kasar boleh calarkan impeller dan seal jadi bocor.
7. Coolant sensor beri bacaan salah. Sensor suhu tidak lagi tepat sebab permukaan diselaputi mendapan.
8. Kesan jangka panjang, Overheat + Enjin jem. Semua ini boleh berlaku hanya sebab pakai air paip.
Kalau mahu jimat, beli coolant pre-mix pun sudah cukup. Jangan campur air paip. Minimum, guna air suling (distilled water).