27/04/2023
PERTIMBANGAN YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN OLEH OWNER YG INGIN RENDAHKAN KERETA
Kebaikan Merendahkan kereta;
• keto nampak cantik
• Corner yang lebih mantap dan body keto dop terlalu senang membuang "sliding"
• Kestabilan kereta tu lebih baik.
• Kalau rendohkan keto guno barang performance yg mahal dan berkualiti.. dijamin kereta lebih baik...
Kelemahan Merendahkan kereta;
• Driveshaft cepat rosak.. Driveshaft boot senang koyak menyebabkei pasir masuk
• Lower arm dan driveshaft dah lari dari kedudukan degree yang sepattnya..
• Tayar makan sebelah dalam atau luar, bearing cepat rosak
• Tayar juga berisiko rosak bila tersagat pada body
• Absorber cepat bocor..(terutama kalau potong spring laa)
• Allingment selalu lari, nak buat allignment pun mungkin mahal
• Asal jumpa bunggol jalan sangkut, terpaksa jadi ular, skirting pecoh, dan sebagainya
• Kereta melantun-melantun macam naik kuda (keras)
• Hak yg dh berkeluargo, mungkin tak boleh bawak penumpang ramai-ramai
beberapa cara untuk rendahkan kereta;
1) Tukar Spring Sport
2) Tukar Sport Absober
3) Tukar Adjustable
4) Potong spring, alih tapak spring absorber atau bakar spring (x digalakkan)
PENTING!!
Kereta keluaran kilang sudah di test dan dinilai oleh engineer dengan pelbagai aspek, dengan menukar susunan spesifikasi asal perlu dilakukan dengan betul untuk menjamin keselamatan dan ketahanan
Tujuan untuk kelihatan lebih sporty tidak harus mengabaikan tahap keselamatan pengguna/pemandu kereta tersebut malah perlu memikirkan keselamatan pemandu kereta dan kenderaan lain di jalanraya.