07/05/2026
Cust hanya isi minyak dan pulas, jadi pomen kene main peranan besar bagi memastikan motor Selamat.
Jika baik pulih terbatas atas faktor modal customer, setidaknya memaklumkan sejelas mungkin apa yang perlu. Supaya owner tahu untuk siap seaga apa2 kemungkinan.
Engine pernah overhaul, masih belum dapat claim dgn pomen lama.
Isu warranty ni customer perlu jelas terutama customer kami,
Tidaklah kami ni malaikat tak pernah buat Salah mahupon terlepas pandang. Mesti ada dalam setahun 3-5 biji motor claim warranty.
warranty bukan sekadar jaminan, Tapi juga sebagai tenggungjawab pomen apa yang perlu. Cost claim warranty kedai kami tahun lepas mencecah 6-8k, itu pentingnya tanggungjawap,
kami bukan Kilang atau pengeluar sparepart, kami hanya tukang baiki dan ganti pasang. Tapi kami tetap bagi warranty barang atas faktor tanggungjawap dan menjaga nama baik.
cuma bagi pihak customer terutama customer kami, yang mengalami kerosakan dalam tempoh warranty.
Sangat PENTING bagi melancarkan application @ process tuntutan.
wajib melalui procedure DIBAWAH
1) Kumpul segala bukti kerosakan dan maklum pada kami. Ws atau call sahaja, jika ada video atau gambar forward pada kami.
2) Yang penting JANGAN buka
apa2 bahagian engine kecuali arahan kami atau memang perlu utk sementara waktu bergantung pada situasi.
3) Untuk claim hanya kami sahaja dibenarkan buka part tersebut, inspection video jika perlu. Cust boleh melihat process inspections.
4) Jika diluar kawasan/negeri, maklum dan bincang dahulu untuk pengurusan transport.
🇻🇳official