Kereta Sewa Meru

Kereta Sewa Meru Perkhidmatan kereta Sewa pandu sendiri - Alza, Axia , Bezza, Myvi

AssalamualaikumRamai yang menyangka urusan kereta sewa hanya sekadar ambil kunci, guna kereta dan p**angkan semula. Haki...
01/06/2026

Assalamualaikum

Ramai yang menyangka urusan kereta sewa hanya sekadar ambil kunci, guna kereta dan p**angkan semula. Hakikatnya, di sebalik setiap tempahan ada satu proses yang kami jalankan bagi memastikan setiap pelanggan mendapat pengalaman yang terbaik.

Sebagai pengusaha kereta sewa, kami memerlukan maklumat lengkap pelanggan termasuk tujuan penggunaan, tempoh sewaan dan sedikit latar belakang penyewa. Ini bukan untuk menyusahkan pelanggan, tetapi sebagai langkah keselamatan bagi kedua-dua pihak.

Antara situasi yang paling menarik dalam operasi harian kami adalah apabila sebuah kereta dip**angkan dan dalam masa satu hingga dua jam sahaja, kereta yang sama sudah mempunyai pelanggan seterusnya yang menunggu untuk mengambilnya.

Dalam tempoh yang singkat itu, kami akan memastikan kenderaan diperiksa dengan teliti. Kami akan membuat pemeriksaan fizikal, memeriksa keadaan tayar, lampu, tahap minyak enjin serta memastikan tiada kerosakan baharu berlaku sepanjang tempoh sewaan sebelumnya.

Selepas itu, proses mencuci dan mengemas kenderaan akan dilakukan supaya pelanggan seterusnya menerima kereta dalam keadaan bersih, kemas dan selesa. Walaupun masa yang ada kadangkala sangat terhad, kami tetap berusaha memberikan yang terbaik kerana kami faham setiap pelanggan mempunyai urusan penting yang perlu diselesaikan.

Bagi kami, kereta sewa bukan sekadar menyerahkan kunci. Ia adalah amanah untuk memastikan setiap pelanggan mendapat kenderaan yang selamat, bersih dan boleh dipercayai sepanjang tempoh sewaan.

Terima kasih kepada semua pelanggan yang terus mempercayai Kereta Sewa Meru sebagai pilihan pengangkutan anda. Kepercayaan anda adalah motivasi kami untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik. 🙏

📞 KERETA SEWA MERU
012-294 7557

wasap.my/+60122947557/keretasewa
wasap.my/+60122947557/keretasewa



AssalamualaikumMinggu ini kami buat persediaan penting untuk memastikan semua pelanggan dapat menikmati perjalanan yang ...
21/05/2026

Assalamualaikum

Minggu ini kami buat persediaan penting untuk memastikan semua pelanggan dapat menikmati perjalanan yang selamat dan selesa menjelang musim sewaan Raya Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi.

Alhamdulillah, dua buah kenderaan kereta sewa kami telah selesai menjalani proses penggantian cermin melalui tuntutan insurans bagi memastikan tahap keselamatan sentiasa berada pada tahap terbaik.

✅ Perodua Alza Putih
Cermin pintu belakang kiri terpaksa diganti selepas terkena batu semasa kerja-kerja mesin rumput dijalankan.

✅ Perodua Myvi 1.5 Advance
Cermin hadapan p**a mengalami keretakan akibat terkena batu ketika berada di Highway PLUS.

Semua proses dilakukan dengan claim insurans dan kerja penggantian dibuat oleh pihak profesional di PAKAR CERMIN KERETA SHAH ALAM DAN KLANG yang terletak bersebelahan Airport Subang.

Bagi kami di Kereta Sewa Meru, penjagaan kenderaan bukan sekadar untuk nampak cantik tetapi untuk memastikan setiap pelanggan memandu dengan tenang, selesa dan selamat sepanjang perjalanan p**ang ke kampung ataupun bercuti bersama keluarga.

📞 KERETA SEWA MERU
012-294 7557

wasap.my/+60122947557/keretasewa
wasap.my/+60122947557/keretasewa




AssalamualaikumSejak kebelakangan ni, jadual kami sedikit padat.Seperti biasa setiap hari urus kereta keluar masuk, ambi...
05/05/2026

Assalamualaikum

Sejak kebelakangan ni, jadual kami sedikit padat.

Seperti biasa setiap hari urus kereta keluar masuk, ambil & hantar, cuci, servis, dan pastikan semua unit dalam keadaan terbaik sebelum diserahkan kepada customer.

Kadang-kadang dari pagi sampai malam, fokus kami lebih kepada operasi sehingga tak sempat nak update di sini.

Sepanjang tempoh tu:
✔️ Ada yang guna untuk kerja harian
✔️ Ada yang sewa untuk balik kampung
✔️ Ada juga yang bawa keluarga jalan-jalan hujung minggu

Alhamdulillah, kereta tetap bergerak… cuma cerita je yang tak sempat dikongsi.

Hari ni kami kembali sempat update.

InsyaAllah lepas ni kami akan kongsikan pengalaman customer, dan moment menarik sepanjang perjalanan kereta sewa kami di Meru.

Terima kasih kepada semua yang terus percaya & support 🙏

Nak sewa? Boleh terus hubungi:📞 012-294 7557

Kereta Sewa Meru — Mudah, Cepat, & Dipercaya

wasap.my/+60122947557/keretasewa
wasap.my/+60122947557/keretasewa

AssalamualaikumSyawal sudah melabuhkan tirainya…Segala kesibukan tempahan kereta sewa sepanjang musim perayaan kini sele...
20/04/2026

Assalamualaikum

Syawal sudah melabuhkan tirainya…Segala kesibukan tempahan kereta sewa sepanjang musim perayaan kini selesai dengan penuh kepuasan.

Kini, kami kembali kepada rutin biasa — tetapi tetap dengan disiplin dan komitmen yang sama. Setiap kali kereta dip**angkan oleh pelanggan, kami akan lakukan pemeriksaan teliti:

✔️ Pastikan tiada barang tertinggal
✔️ Semak jika ada sebarang kerosakan atau keadaan luar biasa
✔️ Cuci dan kemaskan kereta seperti baru

Bagi kami di Kereta Sewa Meru, setiap kenderaan bukan sekadar untuk disewa — tetapi satu amanah untuk beri pengalaman terbaik kepada pelanggan seterusnya.

Walaupun bukan musim perayaan, kami tetap bersedia.

Last minute booking? Urgent trip? Tiada masalah. Kami sentiasa standby untuk anda.

📞 Hubungi kami sekarang: 012-294 7557
Kereta Sewa Meru — Mudah, Cepat, dan Dipercayai

wasap.my/+60122947557/keretasewa
wasap.my/+60122947557/keretasewa






AssalamualaikumAlhamdulillah… rezeki Hari Raya. Kereta Sewa Meru terus menjadi pilihan ramai.Bila masuk musim raya, what...
23/03/2026

Assalamualaikum

Alhamdulillah… rezeki Hari Raya.
Kereta Sewa Meru terus menjadi pilihan ramai.

Bila masuk musim raya, whatsapps tak berhenti masuk.
Ada yang booking awal, ada juga last minute semuanya dengan satu tujuan yang sama, nak balik kampung, nak jumpa keluarga tersayang.

Ada pelanggan ambil kereta untuk seminggu…
Ada yang sampai 10 hari…
Perjalanan jauh dari bandar ke kampung halaman, membawa rindu yang sudah lama terpendam.

Ada yang bawa anak-anak p**ang ke rumah atuk dan nenek,
Ada yang pertama kali raya sebagai suami isteri,
Dan ada juga yang ambil peluang cuti panjang untuk bercuti bersama keluarga tercinta.

Setiap kereta yang keluar dari Kereta Sewa Meru, bukan sekadar kenderaan…
Tapi jadi penghubung kasih sayang, merapatkan hubungan yang jauh, dan mencipta kenangan indah di hari mulia.

Dari jalan raya yang sibuk…
Hingga ke lorong kampung yang tenang…
Kereta kami menjadi saksi perjalanan penuh makna itu.

💙 Terima kasih kepada semua pelanggan yang mempercayai Kereta Sewa Meru
💙 Semoga setiap perjalanan anda selamat dan penuh kebahagiaan

Kereta Sewa Meru
Teman perjalanan p**ang ke kampung, di setiap musim Raya.

AssalamualaikumAlhamdulillah, rezeki hujung minggu ini sangat baik. Pada Sabtu dan Ahad, 7 & 8 Mac 2026, semua Kereta Se...
08/03/2026

Assalamualaikum

Alhamdulillah, rezeki hujung minggu ini sangat baik. Pada Sabtu dan Ahad, 7 & 8 Mac 2026, semua Kereta Sewa Meru telah fully booked. 🚗✨

Yang menariknya, majoriti pelanggan yang menyewa kali ini adalah customer walk-in dan booking secara on the spot. Ini menunjukkan bila musim perayaan semakin dekat, ramai yang memerlukan kenderaan tambahan untuk bergerak dengan lebih selesa.

Kebanyakan mereka menyewa kereta untuk membeli-belah persiapan Hari Raya Aidilfitri. Ada juga yang ke pasaraya, ada yang balik kampung ambil barang, dan ada juga yang gunakan untuk urusan keluarga. Bila kereta sendiri tak cukup atau perlukan kereta tambahan, kereta sewa jadi penyelamat. 😊

Bagi kami di Kereta Sewa Meru, saat-saat seperti ini memang menggembirakan. Dapat membantu memudahkan urusan orang ramai menjelang raya adalah satu kepuasan tersendiri.

Jika anda juga memerlukan khidmat kereta sewa di sekitar Pekan Meru, Kampung Bukit Kapar dan kawasan berhampiran, jangan segan untuk hubungi kami.

📞 012-294 7557

wasap.my/+60122947557/keretasewa
wasap.my/+60122947557/keretasewa






Assalamualaikum🌙 RAMADHAN AL-MUBARAK KEMBALI LAGI… 🌙Bila masuk je bulan yang penuh keberkatan ni, suasana jadi lain maca...
19/02/2026

Assalamualaikum

🌙 RAMADHAN AL-MUBARAK KEMBALI LAGI… 🌙

Bila masuk je bulan yang penuh keberkatan ni, suasana jadi lain macam. Pagi lebih tenang, petang sibuk orang mencari juadah berbuka, malam p**a meriah dengan tarawih dan moreh bersama keluarga ❤️

Di bulan yang barakah ini, perjalanan kita bukan sekadar dari satu tempat ke satu tempat… tetapi perjalanan mencari pahala, keberkatan dan ketenangan jiwa.

Bagi yang nak balik kampung, ziarah keluarga, urus kerja atau berniaga bazar Ramadhan sekitar Meru, Bukit Kapar dan Klang — biar perjalanan anda lebih selesa dan lancar 🚗✨

Kereta bersih, servis berkala, ready untuk perjalanan jauh atau dekat.

🌙 Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat dan keberkatan buat kita semua.

Perlukan khidmat kereta sewa?
📞 Hubungi 0122947557
KERETA SEWA MERU

Tempah awal, tenang beribadah

wasap.my/+60122947557/keretasewa
wasap.my/+60122947557/keretasewa







AssalamualaikumDalam bisnes kereta sewa, kami percaya bahawa kereta yang diberikan kepada pelanggan kena sentiasa berada...
03/02/2026

Assalamualaikum

Dalam bisnes kereta sewa, kami percaya bahawa kereta yang diberikan kepada pelanggan kena sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

Sebab itu sebelum musim sibuk, kami buat persiapan awal.
Antaranya beli 3 unit minyak enjin Castrol 0W-20 original, khas untuk servis berkala.
Tak tunggu lama, satu tong terus kami guna untuk servis Myvi 1.5, supaya enjin lebih lancar, jimat minyak dan selesa untuk pemanduan harian.

Bagi kami, kereta sewa bukan sekadar “boleh jalan”.
Ia tentang keselamatan, keselesaan dan kepercayaan pelanggan.

Jika anda perlukan kereta sewa di sekitar Pekan Meru, Bukit Kapar dan kawasan sekitarnya,
sama ada untuk urusan harian, kerja, balik kampung atau kecemasan —
kami sedia membantu dengan kereta yang diselenggara rapi dan bersih.

📞 Kereta Sewa Meru
📱 012-294 7557

wasap.my/+60122947557/keretasewa
wasap.my/+60122947557/keretasewa







AssalamualaikumLama juga kami tak update tentang Kereta Sewa Meru.Cuti sekolah kali ini memang agak padat jadual kereta ...
13/01/2026

Assalamualaikum

Lama juga kami tak update tentang Kereta Sewa Meru.
Cuti sekolah kali ini memang agak padat jadual kereta sewa kami. Tambahan p**a, cuti sekolah tahun ini antara yang paling singkat berikutan takwim persekolahan bermula seawal minggu kedua Januari 2026.

Malam ini, kami sedang siapkan satu unit Bezza untuk pelanggan yang akan bercuti ke Cameron Highlands selama 2 hari.
Seperti biasa, setiap kereta akan dicuci, diperiksa dan dipastikan dalam keadaan terbaik sebelum diserahkan. InsyaaAllah, soal kebersihan dan penjagaan memang kami jaga rapi — sebab kami faham, kereta sewa ni bukan sekadar kenderaan, tapi teman perjalanan.

Buat yang sedang mencari kereta sewa sekitar Pekan Meru, Bukit Kapar dan kawasan sekitarnya, jangan risau.
Kami sedia membantu, sama ada untuk urusan kerja, balik kampung atau percutian keluarga.

📞 Kereta Sewa Meru
012-294 7557

Terima kasih kepada semua pelanggan yang terus percaya dan menyokong kami 🙏
InsyaaAllah, kami terus berusaha beri servis terbaik.

wasap.my/+60122947557/keretasewa
wasap.my/+60122947557/keretasewa







Assalamualaikum. Hari ni kami luangkan masa buat sedikit maintenance untuk memastikan setiap kereta sentiasa dalam keada...
01/12/2025

Assalamualaikum.

Hari ni kami luangkan masa buat sedikit maintenance untuk memastikan setiap kereta sentiasa dalam keadaan terbaik sebelum diserahkan kepada pelanggan.

Untuk Alza putih 2023, kami tukar 2 unit tayar baharu Bridgestone di Jalan Haji Sirat. Sekali dengan balancing dan alignment —semua siap dalam satu sesi.

Sebaik je keluar dari kedai, memang terus rasa perbezaan. Steering lebih stabil, hentakan jalan lebih lembut, dan paling penting… tahap keselamatan bertambah.
Kami memang tak tunggu tayar kami berisiko. Bila sampai masa, terus tukar.

Sebab bagi kami, bila pelanggan bawa kereta kami, itu adalah amanah. Kena pastikan kereta sentiasa selamat, selesa dan puas hati untuk dipandu ke mana saja.

Kalau anda sedang mencari kereta sewa yang dijaga rapi, servis tip top dan siap maintenance berkala.
📞 Hubungi 012-294 7557 (Kereta Sewa Meru)
InsyaAllah, kami sedia bantu perjalanan anda jadi lebih mudah dan selamat.

wasap.my/+60122947557/keretasewa
wasap.my/+60122947557/keretasewa







Address

Lot 5282, Jalan Iskandar, Bukit Kapar
Klang
42200

Telephone

0122947557

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kereta Sewa Meru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category