Fuel Rage

Fuel Rage Kepakaran kami ialah membantu meningkatkan kualiti petrol/diesel, memanjangkan jangka hayat enjin dan menjimatkan penggunaan petrol/diesel.

18/10/2021

Bismillah..

12/06/2021

Semalam kebetulan nak beli makanan sebelum masuk jam 8.00pm, nampak jarum temperature kereta dah mula slow-slow naik. Jadi, tindakan yang aku ambil pagi tadi adalah bawa kereta ke bengkel untuk cek apa-apa masalah yang berlaku.

Nak dipendekan cerita, brother kat bengkel tu lepas cek dia bagitahu kemungkinan problem pada thermostat, waterpump atau enjin. So, dia sambung cek, sambil cek tu dia bagitahu kalau tukar thermostat dalam RM 120-150 camtu (aku tak berapa ingat) termasuk pemasangan. So dalam bajet lagi tu. Bersyukur la risau melayang lebih.

Cek punya cek dia kata okay je takde masalah so kemungkinan waterpump. Aduh, aku garu kepala. Kalau waterpump berapa pulak harga? Brother tu cakap waterpump sekali pasang (upah) RM 250. Dalam hati aku ni alamak bertambah pulak. Tapi apa pilihan yang ada selain tukar juga part tu. Kalau tak overheat lagi pening mat.

Aku tanya brother tu boleh siap awal ke? Member tu cakap eh tenghari or petang juga ni bang sebab banyak part nak buka kalau tukar waterpump. Ah..sudah! Aku pulak terkejar nak bertugas zohor ni. So aku decide untuk tinggal kereta dan bagitahu brother tu aku ambil petang. Dia pon ambil nombor telefon aku dan bagitahu apa-apa dia roger.

Dalam jam 1.22 pm brother tu mesej. Macam tak sangka. Tak ramai orang yang jujur dalam perniagaan. Lagi-lagi dalam perniagaan automatif khususnya macam bengkel kereta atau motor. Sebab aku sendiri pernah kena 'kapak' betulkan motor or kereta dekat tempat yang aku tak biasa. Sebab ada part yang kau tak perlu tukar pon tapi disebabkan sifat tamak dan tak jujur so semua part dia nak tukar. Hasilnya beribu jugak habis.

So, point of view status aku ni. Berniagalah dalam bidang apa pon, yang penting jujur. Tak semua manusia kuasai bidang yang kau ceburi sehingga kau sanggup nak 'kapak' orang tu dengan harga yang tak masuk akal. Hidupkan kejujuran walaupun brother ni boleh je nak tukar semua benda asalkan dia dapat keuntungan. Tapi dia tetap mesej dan bagitahu part ni takde masalah, hanya tukar beberapa benda sahaja walaupun harga tu murah.

Simple guys! Kau mungkin tak kaya. Tapi sifat kejujuran kau tu lagi kaya. Mungkin ni asbab kebaikan dia untuk masuk syurga. Sorry, post aku ni simple tapi terkesan dalam hidup aku. So aku abadikan status ni untuk semua belajar.

Kredit : Facebook Fahmi Nahrawi

01/06/2021

"Ketika enjin beroperasi terdapat perlepasan gas daripada gelang omboh (piston ring) yang dikenali sebagai blowby. Kadar kekedapan (sealing) piston ring adalah tidak kedap sepenuhnya dan ini membolehkan gas yang bertekanan tinggi di dalam silinder melepasi gelang omboh (piston ring) dan memasuki crankcase. Gas blowby ini akan meningkatkan tekanan di dalam crankcase dan perlu di salurkan keluar bagi mengelakan peningkatan tekanan di dalam crankcase yang boleh mengakibatkan kebocoran pada seal minyak dan gasket. Pembentukan tekanan di dalam crankcase ini juga boleh mengakibatkan kadar kekedapan gelang omboh (piston ring sealing) berkurangan yang mengakibatkan penghasilan kuasa enjin menjadi berkurangan. Dalam masa yang sama gas blowby ini juga mengandungi wap bahan api yang tidak terbakar sepenuhnya dan perlu di salurkan keluar dari crankcase bagi mengelakanya daripada mencemari minyak pelincir yang akan mengakibatkan pembentukan asid yang menghakis dan mendapan (sludge) di dalam crankcase. Kadar penghasilan gas blowby ini adalah bergantung dengan kelajuan enjin dan kuasa yang di hasilkan atau beban (Load) yang di bawa oleh enjin."

https://mhauto.blogspot.com/2021/02/sistem-pengudaraan-crankcase.html?m=1

06/04/2021
Legaaaaa 😜
24/03/2021

Legaaaaa 😜

Siaran Media Berkenaan Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 25 Mac 2021 Sehingga 31 Mac 2021.

17/03/2021

Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 18 Mac 2021 Sehingga 24 Mac 2021.

10/03/2021

⛽ KHAMIS..BUKAN SABTU DAH

Yeay!!! 🤣
13/02/2021

Yeay!!! 🤣

Syukur..!! Alhamdulillah..🤲

Address

Kepala Batas
06200

Telephone

+601127492578

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fuel Rage posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share