14/10/2021
NAK MEMILIKI ALPHARD ATAU VELLFIRE? INI TIGA PERKARA YANG ANDA KENA CONSIDER - Part 1
Toyota Alphard dan Vellfire dijual secara meluas di dalam pasaran recond mahupun boleh didapati daripada pengedar rasmi Toyota.
Persoalan paling utama, antara beli dengan pengedar rasmi Toyota Malaysia atau beli dengan Prowheels, mana lagi baik?
Sebagai seorang marhaen, saya berpandangan, lebih baik explore pasaran recond yang sangat luas sekiranya anda memang dah tergila gilakan Alphard mahupun Vellfire.
Toyota Malaysia hanya menawarkan model Alphard dengan enjin 3.5 liter sementara model Vellfire hanya didatangkan dengan enjin 2.5 liter. Jika anda mahukan sebuah Alphard tanpa membayar cukai jalan yang melampau, pilihan anda hanyalah melalui unit recond sahaja.
Kenapa?
Sebab pertama adalah, cukai jalan dan insurans yang lebih murah utk model 2500 cc dibandingkan 3500 cc sudah semestinya.
Sebab yang kedua, Toyota Malaysia hanya menawarkan varian Executive Lounge 3500 cc untuk model Alphard, tapi dalam pasaran recond, Alphard ditawarkan dalam banyak varian iaitu 2500 cc dan 3500 cc.
Sebab ketiga, perbezaan harga yang sangat ketara antara tawaran Toyota Malaysia dan juga pemain industri recond.
Saya bagi contoh paling Mudah, iaitu Toyota Malaysia tawarkan varian Alphard 3.5 cc dengan nilai RM450k +/- manakala bagi pemain industri recond, dengan cc yang sama, sekitar RM300k - RM350k.
Kalau bagi contoh banyak banyak, bimbang nanti Toyota Malaysia terasa pulak dengan saya. Haa gitu..
Sebab keempat, model Alphard dan Vellfire yang ditawarkan oleh Prowheels sebagai salah seorang pemain utama dalam industri recond menawarkan lebih banyak varian dan juga aksesori tambahan dibandingkan dengan Alphard dan Vellfire yang ditawarkan oleh Toyota Malaysia.
Maksudnya apa?
Model Alphard dan Vellfire di Jepun, ada 15 varian dan kepelbagaian aksesori tambahan yang dipasang, membuatkan Toyota Malaysia terpaksa mengekalkan nilai estetika kewujudan asal Alphard, iaitu kemewahan.
Tetapi bagi pengguna dan peminat yang mahu menggabungkan unsur kemewahan dan kreativiti, maka industri recond adalah pasaran yang patut kita explore.
Konklusinya, saya boleh simpulkan bahawa kalau nak beli kereta Alphard mahupun Vellfire, lebih baik cari yang recond je..
Tapi, adakah kereta recond terlalu indah bagaikan bulan purnama?
Oh tidak.
Bila ada baik, ada buruk. Bila begitu banyak kelebihan pasaran recond, maka pasti ada juga keburukan di dalam industri recond.
Nanti saya ceritakan lebih lanjut.
Apa apa pun, ada kereta Toyota Alphard dengan body kit TRD di dalam senarai akan tiba Prowheels.
Anda berminat mahu merisik? wassap.my/60139993395 /ToyotaTRD dan saya akan bantu anda untuk dapatkan lebih banyak maklumat lagi nanti.