07/05/2026
Bila longshaft Scania patah dan rosak…
ia bukan sekadar “tukar satu part sahaja.”
Lebih-lebih lagi bila longshaft tersebut berpusing dan memulas sekali dengan wiring di bawah lori.
Kebanyakan orang di luar hanya nampak:
“Kenapa mahal sangat?”
“Luar lagi murah.”
“Kerja nampak senang je.”
“Tukar longshaft sahaja ma…”
Tapi mereka tak nampak keadaan sebenar di belakang bengkel.
Bila longshaft patah pada torque yang tinggi,
daya putaran itu boleh memulas dan merosakkan semua benda di sekeliling.
Wiring tertarik.
Wayar sensor ABS putus.
Hos angin rosak.
Bracket bengkok.
Connector pecah.
Mounting lari.
Kadang-kadang alignment gearbox output atau differential pun boleh terjejas.
Dan bila melibatkan wiring…
kerja jadi 10 kali lebih susah.
Proses repair bukan:
“Cabut lama, pasang baru.”
Proses sebenar:
1. Periksa punca kerosakan
Kenapa longshaft boleh rosak?
Bearing?
U-joint?
Overload?
Masalah alignment?
Cara pemanduan?
Masalah mounting?
Kalau punca sebenar tak diselesaikan,
longshaft baru pun boleh rosak semula.
2. Buka dan periksa keseluruhan bahagian bawah lori
Bukan longshaft sahaja.
Kena periksa semua kawasan sekeliling untuk kesan kerosakan tersembunyi.
3. Tanggalkan longshaft yang rosak dengan berhati-hati
Kadang-kadang bolt sudah jam, bengkok atau rosak akibat hentakan.
4. Periksa gearbox output fl**ge & differential fl**ge
Kena pastikan balancing dan alignment betul.
Kalau alignment lari,
vibration lori akan datang semula.
5. Periksa semua wiring harness di kawasan kerosakan
Wayar putus.
Wayar rosak di dalam.
Sensor wire koyak.
Connector longgar.
Socket retak.
Ada kerosakan yang langsung tak nampak dari luar.
6. Repair atau tukar wiring yang rosak
Kena trace satu per satu.
Kesalahan sambungan wiring bukan perkara kecil.
Satu kesilapan…
boleh menyebabkan short circuit berlaku.
Dan bila wiring lori berat terbakar,
seluruh lori boleh hangus.
Sebab itu kerja wiring bukan sekadar “sambung wayar.”
7. Periksa sensor ABS, bacaan ECU dan sistem angin
Satu sensor rosak boleh menjejaskan sistem braking.
8. Periksa bracket, crossmember dan mounting
Kalau struktur sudah senget atau retak,
jangka hayat longshaft baru akan jadi pendek.
9. Pasang longshaft baru dengan betul
Bukan sekadar pasang.
Kena torque yang betul,
balancing yang betul,
dan angle yang betul.
10. Troubleshooting elektrik dan scanning
Kena clear fault code,
test bacaan sensor,
dan periksa semula komunikasi sistem.
11. Road test
Periksa vibration.
Periksa bunyi.
Periksa pickup.
Periksa braking response.
12. Pemeriksaan akhir
Periksa semula ketat bolt,
kebocoran,
kedudukan wiring,
dan tahap keselamatan.
Sebab itu pengalaman sangat penting.
Semua orang boleh tukar part.
Tapi bukan semua orang boleh selesaikan masalah dengan betul.
Bahagian paling susah dalam repair bukan tukar part.
Bahagian paling susah ialah memastikan lori boleh keluar dengan selamat,
jalan lancar,
dan tidak datang balik dengan masalah yang sama.
Orang hanya banding harga sebab mereka nampak invoice sahaja.
Tapi orang bengkel…
kami nampak risiko,
tanggungjawab,
troubleshooting,
tenaga kerja,
pengalaman,
dan akibat kalau ada benda yang terlepas pandang.
Repair lori bukan tentang “murah” atau “mahal”.
Tetapi tentang sama ada kerja itu dibuat dengan BETUL.