16/01/2021
Nak tahu level peniaga di akhirat nanti macam mana ?
Golongan peniaga di akhirat nanti akan di tempatkan bersama-sama para nabi, siddiqin, dan syuhada di syurga nanti dengan syarat anda mesti menjadi seorang peniaga yang RARE. Apa maksud peniaga yang rare ?
Seorang peniaga yang jujur dan amanah.
Yang kaki penipu dalam perniagaan tak termasuk ya.
Para siddiqin dan syuhada adalah golongan yang "rare". Golongan ini tidak ramai. Dalam pemerhatian saya, dalam 10 peniaga mungkin hanya 1/2 sahaja peniaga yang benar-benar amanah yang megambil berat tentang kepentingan pelanggan dan pembeli, selebih nya hanya mementingkan kepentingan diri dan anak tekak sendiri melebihi kepentingan pembeli.
Ini kerana nasib pembeli di tangan penjual. Dan saya percaya ini adalah amanah begitu besar yang terletak di bahu peniaga.
Selagi seseorang pembeli itu berlapar, bergadai harta, bergaduh sesama ahli keluarga, hidup dibelengu kesusahan dan etc, disebabkan membeli dari anda. Kesusahan mereka di dunia , anda yang akan bertanggunjawab di akhirat.
Bayangkan jika 100 orang pembeli yang berlapar disebabkan anda ?
Macam saya, kebiasaan saya closed deal. Saya akan cerita A-Z tentang kelebihan dan kekurangan dari segi location, benefit dan etc. Saya bukan seorang yang " die hard seller" walaupun saya masuk dalam bidang " die hard seller ". Kebiasaan nya saya boleh closed deal dengan cara begini, mungkin skill presentation setiap orang berbeza.
Saya percaya, akhirnya yang akan benar2 kaya, berjaya dan bahagia dalam perniagaan ialah peniaga yang jujur dan amanah. Walaupun busssines mereka mungkin lebih lambat berkembang, tetapi biz mereka akan bertahan lebih lama berbanding yang tidak jujur dalam perniagaan.
Jadi kalau nak berniaga, berniaga la dengan betul. Berniagalah dengan betul dan berniagalah dengan betul-betul. Mudahan kita semua berjaya di dunia/akhirat dan saya berharap perniagaan yang kita usahakan itu akan menjadi amal soleh untuk kita mengadap allah swt nanti. Amin yarab