29/07/2021
Menurut maklumat dari Facebook Roadblock JPJ/ Polis, ada sebuah kes dinyatakan bahawa telah terdapat sebuah kenderaan Perodua Alza telah terbakar dan terjejas teruk akibat daripada meletakkan power bank di bahagian belakang simpanan kenderaan. Ia didakwa terbakar disebabkan cuaca yang panas selain berada di kawasan letak kereta terlalu lama. Dari situasi tersebut, jelas bahawa kita seharusnya elakkan segala kecuaian kecil yang boleh membawa kepada impak yang besar seperti memudaratkan kenderaan dan nyawa sendiri.
Tekanan suhu yang tinggi menyebabkan powerbank atau sebarang alatan elektronik meletup dan boleh membahayakan orang sekeliling dan kenderaan anda. VX GARAGE ingin mengingatkan anda semua supaya tidak cuai dengan meninggalkan power bank atau sebarang alatan yang mudah meletup atau explosive di dalam kenderaan kerana kejadian seperti ini sudah kerap kali terjadi sehingga melibatkan kehilangan nyawa.
Sebaiknya, anda dinasihatkan supaya amalkan pengecasan penuh dan jika anda tetap mahu menggunakan power bank, sentiasa pastika alat pengecasan itu berada dalam keadaan yang baik serta tidak ditinggalkan dalam kenderaan.
Akhir kata, VX GARAGE ingin mengucapkan “STAY SAFE AND ENJOY THE RIDE”, don’t forget to stay at home and always stay safe.
Winner for Award of Excellence - Automotive Franchise Category for Asia Automotive Appreciation Award 2017
https://www.facebook.com/VXGARAGEMALAYSIA/photos/a.539585782752337/4407645525946324/