VX Garage Sparepart Shop Kg Raja-VervX Besut

VX Garage Sparepart Shop Kg Raja-VervX Besut Dimiliki oleh : Tunas Alfa Resources

MENJUAL MINYAK PELINCIR & ALAT- ALAT GANTI KENDERAAN SEPERTI ; MINYAK PELINCIR KERETA & MOTOSIKAL JENAMA VERVLUBE, OIL FILTER, AIR FILTER, BATERI, AIR BATERI, WIPER BLADE, SPARK PLUGS, SCREEWASH, FUEL/ATF/GEAR ADDITIVE, OIL&METAL TREATMENT DAN LAIN2

Khas untuk Scooter 🛵🛵🛵🛵🛵Engine oil ✅Gear oil Yamalube ✅Gear oil Honda ✅Oil Filter Yamaha ✅Jalan Pasar Kg Raja
24/11/2022

Khas untuk Scooter 🛵🛵🛵🛵🛵

Engine oil âś…
Gear oil Yamalube âś…
Gear oil Honda âś…
Oil Filter Yamaha âś…

Jalan Pasar Kg Raja

07/09/2021

_*PROMOSI VX 10TH ANNIVERSARY*_

Penantian anda akan berakhir tak lama lagi! Memandangkan ramai lagi yang terlepas peluang untuk mendapatkan promosi T-Shirt terbaru VX 10th Anniversary, kami di VX GARAGE *MELANJUTKAN PELUANG* untuk anda mendapatkan lagi promo VX10 ini.

Dapatkan T-Shirt terbaru bermaterialkan kain jersey, merupakan sublimation printing yang tidakkan tertanggal, kain sejuk, selesa dan kain tak melekat tubuh. Anda boleh memakai waktu anda berkonvoi, bersukan dan sesuai untuk dipakai waktu kasual.

Dapatkan promo VX10 ini sementera waktu promosi dilanjutkan. Pembelian produk automotif *BERHARGA RM180 KE ATAS* berpeluang dapatkan sehelai T-Shirt VX10 dan Kad Keahlian VX yang diletakkan nama anda padanya.

Teruskan menyokong dan merealisasikan usaha VX GARAGE menjadi salah satu syarikat automotif terbesar di Malaysia.


Winner for Award of Excellence - Automotive Franchise Category for Asia Automotive Appreciation Award 2017

Alhamdulillah rezeki hari ini ,ada hamba Allah borong untuk jadi reseller VERVX di kg pasir akar ,Besut ...(Everything A...
07/09/2021

Alhamdulillah rezeki hari ini ,ada hamba Allah borong untuk jadi reseller VERVX di kg pasir akar ,Besut ...(Everything Automotive) 5K

18/08/2021

Masa berlalu begitu pantas, pelbagai cabaran dan ujian yang telah VX GARAGE lalui sehingga kini VX GARAGE telah kecapi pencapaian yang telah diperoleh. Pencapaian ini tidak boleh dicapai tanpa sokongan dan kerjasama dari VX FAMILIA, rakan niaga VX dan kepada semua pengguna produk VX GARAGE.

Tahniah kepada semua, VX GARAGE ingin meraikan Ulang Tahun Sedekad VX GARAGE bersama semua penyokong VX GARAGE. Ini adalah usaha bersama yang akan kita teruskan sehingga VX GARAGE dikenali sebagai salah satu produk Automotif yang dikenali di Malaysia dan Antarabangsa.

Sempena dengan Ulang Tahun ke-10 VX GARAGE, kami ingin berikan anda pakej VX Merchandise terbaru. Antara barangan yang anda akan dapat ialah:
• T-Shirt VX 10
• VX Member’s Card (Nama anda akan dicetak)

VX GARAGE ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang bersama menempuhi perjalan sedekad bersama VX GARAGE. Teruskan menyokong usaha VX GARAGE dan bersama kita kecapi kejayaan yang impikan.

Untuk dapatkan Merchandise VX 10 ini adalah berkonsep PRE-ORDER dan pesanan anda dijangka tiba pada 01 September 2021. Untuk membuat pembelian, anda boleh hubungi konsultan VX anda atau anda juga boleh melayari website VX GARAGE di:
https://vxgarage.com/shop/


Winner for Award of Excellence - Automotive Franchise Category for Asia Automotive Appreciation Award 2017

25/07/2021

pada hari ini, VX GARAGE ingin beri peringatan untuk semua pengguna VX GARAGE dan pemandu di Malaysia untuk sentiasa menghormati pemandu lain apabila di jalan raya. Keselamatan pemandu lain merupakan tanggungjawab bersama kerana jika kita leka ketika memandu boleh menyebabkan keselamatan pemandu atau penumpang kenderaan berada dalam keadaan bahaya.

Dalam setiap perbuatan haruslah diterapkan dengan sikap terlebih dahulu, sama juga ketika kita memandu. Kita haruslah bersikap menghormati pemandu lain. Terdapat beberapa sikap yang kita boleh contohi dalam sikap pemanduan yang terhormat, antara ialah:
• Memandu mengikut had kelajuan yang dibenarkan
• Bertoleransi dalam pemanduan
• Memberi peluang pemandu lain untuk menukar arah
• Beri isyarat lampu signal ketika mahu menukar arah
• Jaga jarak keselamatan

Jika sikap hormat menghormati ini dalam diterapkan ke dalam hati semua pemandu di Malaysia ini, kita boleh mengawal tahap kemalangan jalan raya yang semakin berleluasa masa kini. VX GARAGE mengharapkan perkongsian hari ini dapat dimanfaatkan dan bersama kita selamat tiba ke destinasi yang ingin dituju.

Akhir kata, VX GARAGE ingin mengucapkan “STAY SAFE AND ENJOY THE RIDE”, don’t forget to stay at home and always stay safe.


Winner for Award of Excellence - Automotive Franchise Category for Asia Automotive Appreciation Award 2017

19/07/2021

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan,
Selamat Hari Raya Aidiladha

Marilah kita bersama mengambil kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan menghayatinya erti pengorbanan dalam hidup seseorang manusia. Pada masa yang sama, raikanlah Perayaan Aidiladha ini secara sederhana bersama keluarga terdekat anda.

Sebagai Umat Islam khususnya di Malaysia, iktibar daripada Aidiladha semestinya menjadi panduan dalam menghadapi cabaran wabak Covid-19. Sambutan Perayaan Aidiladha pada kali ini sudah tentu terkesan bagi sesetengah orang di mana ia mengajari kita erti kesabaran dan berlapang dada bagi menempuhi dugaan hidup. Tanpa mengenali erti putus asa, kita haruslah kekal berdoa dan teruskan berusaha demi memutuskan rantaian Covid-19 agar dengan mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Akhir kata, kami dari VX Garage ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh ahli VX GARAGE / umat Islam yang dihormati.


Winner for Award of Excellence - Automotive Franchise Category for Asia Automotive Appreciation Award 2017

Address

Kampung Raja

Telephone

+60109410508

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when VX Garage Sparepart Shop Kg Raja-VervX Besut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to VX Garage Sparepart Shop Kg Raja-VervX Besut:

Share

Category