10/11/2026
⚠️【NOTIS KESELAMATAN SEGERA|IMPORTANT SECURITY NOTICE】
SoundStream ingin memaklumkan kepada semua pelanggan bahawa nombor Taman Melodies WhatsApp Business rasmi kami, +60 16-952 2818, disyaki telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sekiranya anda baru-baru ini menerima mesej yang mencurigakan, pautan yang tidak dikenali atau tawaran promosi luar biasa daripada nombor rasmi SoundStream, sila ambil perhatian!
🚫 JANGAN klik sebarang pautan.
🚫 JANGAN muat turun sebarang lampiran.
🚫 JANGAN berikan OTP, kata laluan atau maklumat peribadi.
🚫 JANGAN membuat sebarang pemindahan wang atau pembayaran berdasarkan mesej tersebut.
Mesej-mesej yang dihantar tanpa kebenaran ini BUKAN daripada pihak rasmi SoundStream.
Buat masa ini, pihak kami sedang mengambil tindakan segera untuk menangani isu keselamatan akaun tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan pesanan, temujanji, pembayaran atau khidmat selepas jualan, sila hubungi kami melalui Facebook / Instagram rasmi SoundStream atau terus ke cawangan SoundStream yang berdekatan.
Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.
Terima kasih atas perhatian, kerjasama dan pemahaman anda.
SOUNDSTREAM MANAGEMENT