03/06/2026
BILA GEAR BOX KIA CARNIVAL MULA BUAT HAL
Kali ini kita santuni sebuah Kia Carnival 2.5 model tahun 2000. Owner mengadu enjin kereta jadi seperti tiada kederat semasa dalam perjalanan balik dari Sintok ke Ipoh.
Seperti biasa..kita perlu Diagnos dahulu simptom yang dialami menggunakan Scanner. Kita cari sebarang DTC yang ada dan buat Actuation Test ke atas enjin dan Gearbox.
Dapatan:
DTC P0756 Shift Solenoid B Stuck Off - telah menyebabkan gear Kia Carnival ini di kunci pada gear 3 sahaja oleh ECU (Limp Mode) bagi mengelakkan gear lain mengalamai kerosakan. Itulah punca sebenar kenderaan seperti tiada kederat @ kuasa dan menyebabkan gear meraung dalam gear 3.
Punca DTC :
1. ATF tercemar (hitam) atau Tak mencukupi
2. Serbuk besi dalam Gbox
3. Shift Solenoid Gbox rosak
4. Isu wiring atau socket
5. Guna ATF yang salah (Gbox jadi terlalu panas)
Alhamdulillah..mujur Owner Kia Carnival ini terus datang kepada kami. Jika orang lain, mungkin kes sebegini depa recommend tukar Gearbox atau pilihan lain. Cuma kerja2 begini tak boleh tergesa2..di khuatiri hasilnya kurang memuaskan.
Solusi:
Kerja2 Diagnos ini memerlukan masa yang panjang , check detail setiap solenoid valve dan wiring pada Valve body. Selain dari itu juga , gasket valve body juga ditukar supaya Hydraulic Compression dalam Valve Body tidak Loose. Akhirnya tukar Auto Trans Fluid yang baru.
Nasihat Teknikal:
Kepada pengguna kenderaan gear automatik (AT), simpanlah setiap resit servis kenderaan terutamanya melibatkan penukaran ATF @ minyak gearbox supaya ATF yang memenuhi spesifikasi pengeluar kenderaan sahaja di gunakan pada kenderaan anda.