05/10/2026
TAHNIAH KEPIMPINAN BAHARU VESPA CLUB MALAYSIA (VCM)!
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan baharu Vespa Club Malaysia (VCM). Semoga terus membawa VCM ke arah yang lebih gemilang, memperkukuhkan ukhuwah serta menyatukan komuniti Vespa di seluruh Malaysia.
Lebih membanggakan, ucapan tahniah dan syabas khusus buat ahli Kelab Vespa Wilayah Jengka yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas amanah sebagai Setiausaha dan Naib Setiausaha VCM. 🎉👏
Pelantikan ini pastinya menjadi kebanggaan seluruh keluarga Kelab Vespa Wilayah Jengka. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, komitmen dan semangat persaudaraan.
Ingat, kita bukan sekadar menunggang Vespa, tetapi kita membawa bersama nilai persahabatan, perpaduan dan kenangan yang menyatukan kita semua. Satu Vespa, Seribu Kenangan, Sejuta Persahabatan! ❤️🛵
Kelab Vespa Wilayah Jengka — Terus Bersatu, Terus Ber-Vespa!🔥
KELAB VESPA MALAYSIA (VCM)
SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT BARISAN AJK BAHARU
Kelab Vespa Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) yang telah diberikan kepercayaan dan amanah bagi sesi 2026-2028.
Pelantikan ini bukan sekadar satu jawatan, tetapi merupakan satu amanah dan tanggungjawab untuk bersama-sama menggerakkan kelab, memperkukuhkan ukhwah serta membawa suara komuniti Vespa ke arah yang lebih baik.
Semoga barisan AJK baharu dapat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi, integriti dan semangat kekitaan.
Bersama memperkasakan komuniti,
Bersama mengangkat legasi.
🛵 Kelab Vespa Malaysia
Dari komuniti, untuk komuniti, demi legasi.