Zulrisauto at Kajangautotrade

Zulrisauto at Kajangautotrade Jual beli kereta import baru dan terpakai.

11/09/2025

PAS Tidak Pernah Tewas Dengan Istilah “Tepu”

Terkini, ada yang menyatakan PAS mungkin berada dalam keadaan “tepu” kerana kehilangan idea segar dan strategi politik baharu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Dakwaan ini muncul disebabkan pucuk pimpinan parti ini tidak berubah untuk tempoh yang lama.

Betul ke? Fakta membuktikan dalam PRU14, PAS memenangi 18 kerusi Parlimen. Manakala dalam PRU15, PAS memenangi 43 kerusi. Peningkatan berlaku setiap PRU.

Adakah fakta ini menunjukkan PAS sudah tepu, atau PAS boleh hilang idea yang segar kerana pemimpin utama tidak bertukar?

Lebih bergaya, jumlah 43 kerusi itu menjadikan PAS sebagai parti tunggal terbesar di Parlimen Malaysia. PAS turut berjaya mengekalkan serta menambah kekuatan di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dengan majoriti lebih besar.

Peningkatan ini berlaku sudah tentu melibatkan strategi yang dirangka dengan penuh ketelitian.

Benar, kepimpinan utama PAS masih sama, tetapi ada satu rahsia yang bukan rahsia: di sebalik tabir, wujud pasukan "pemikir" yang sentiasa bekerja keras merangka dasar, menganalisis situasi semasa dan memandu hala tuju parti ini agar lebih strategik dan relevan.

Dalam kejayaan ini, ahli-ahli PAS tetap perlu bermuhasabah. Kerana kejayaan bukan alasan untuk kita mendabik dada. Sebaliknya, ia amanah besar yang menuntut lebih banyak pengorbanan, disiplin dan gerak kerja berterusan.

Kita bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT kurniakan, dan pada masa yang sama, kita terus melangkah ke hadapan.

Nazrul Nazir
11092025:1819 @ Bangi

09/09/2025
02/09/2025

1455 likes, 360 comments. “PASTI, SRITI patut diberi anugerah kebajikan pendidikan nasional. Ramai yang tanya apa sumbangan PAS pada negara....Lokman Adam dah tolong bagitau anak2 PASTI yang faham ISLAM itulah sumbangan PAS pada negara. Dengan tidak menafikan sumbangan golongan ahli profesional, N...

12/11/2024
09/08/2022

5000 Mahasiswa Bakal Gegarkan Negara Di Konvensyen Mahasiswa Malaysia!!!

Konvensyen Mahasiswa Malaysia (KMM) adalah satu wadah SiswaPAS dalam mewujudkan platform dan ruang kepada anak muda Malaysia khususnya mahasiswa untuk melontarkan idea dan pandangan mereka berkenaaan isu-isu negara secara terus kepada PAS yang kini sebahagian kerajaan Persekutuan, Terengganu Kedah dan Kelantan.

Program mega yang julung kali dianjurkan SiswaPAS Nasional pada 20 Ogos ini akan bertempat Wisma Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Puchong Selangor.

Dengan matlamat yang besar iaitu menghimpunkan 5000 mahasiswa dari serata tanah air, KMM 2022 akan menyediakan beberapa slot yang amat penting buat anak muda. Antaranya Slot Pidato Mahasiswa yang mengumpulkan idea dan solusi pimpinan anak muda buat negara.

Anak muda turut berpeluang melontarkan idea dan berdialog secara terus dengan barisan teknokrat PAS, Menteri PAS dan pemuda PAS tanpa perlu protokol dan majlis formal yang mengusahakan orang muda. Sebagai penutup, mahasiswa akan mendengar syarahan daripada ulama negarawan Malaysia, Tan Sri Dato Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Konvensyen Mahasiswa Malaysia adalah peluang yang tidak wajar dibiarkan terlepas begitu sahaja. Anak muda perlu segera berpasitipasi dan menghadiri KMM yang akan dianjurkan 20 Ogos kelak di Wisma LKIM Puchong.

"Membangun Siswa Demi Negara"



Address

Kajang

Telephone

+60196684862

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zulrisauto at Kajangautotrade posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Zulrisauto at Kajangautotrade:

Share