Republicarz Recond Kajang

Call Directions

Republicarz Recond Kajang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Republicarz Recond Kajang, Cars, Kajang.

Kereta Recond Premium Kajang

Pakar Recond Kajang πŸ‡―πŸ‡΅πŸš—

Recond Jepun | Waranti 7 Tahun

Showroom Recond Kajang

Kereta Jepun Pilihan Anda

Jual Kereta Recond Berkualiti

Recond Kajang | Servis Tiptop

Kereta Recond Kajang πŸ‡―πŸ‡΅πŸš—

BAHAYA! UNIT TERHAD, HARGA RUNTUH! πŸ”₯Dapatkan Honda Civic FL yang cun melecun macam dalam gambar ni dengan harga special,...
06/07/2026

BAHAYA! UNIT TERHAD, HARGA RUNTUH! πŸ”₯

Dapatkan Honda Civic FL yang cun melecun macam dalam gambar ni dengan harga special, cuma RM127k sahaja! πŸ”₯

Korang nampak tak reka bentuk hatchback yang moden, dengan sport rim baru tu? Fuh, memang padu brader! Kereta ni dah ready nak bawak korang 'show' kat kawan-kawan. Kondisi cun, cat baru, enjin pun mantap!

Jangan tunggu lama-lama, unit ni LIMITED sangat! First come, first served! Siapa cepat, dia dapat, siapa lambat, dia gigit jari!
Kalau korang berminat, terus contact sales advisor kami kat bawah ni or datang terus showroom kami untuk test drive! Link whatsapp kat bio!

SALES ADVISOR : KAMARUL HISYAM
LOKASI SHOWROOM : G-MART SG RAMAL

Jom, settle deal cepat!

MITOS ATAU FAKTA? πŸ€”β€œKereta atau motorsikal baru kena running sampai 1,000 km dulu, lepas tu baru boleh bawa laju.”Jawapa...
27/06/2026

MITOS ATAU FAKTA? πŸ€”

β€œKereta atau motorsikal baru kena running sampai 1,000 km dulu, lepas tu baru boleh bawa laju.”

Jawapan: Separuh mitos, separuh fakta.

Dulu, zaman teknologi pembuatan enjin belum secanggih sekarang, memang disarankan buat running-in sehingga 1,000 km kerana komponen dalaman enjin masih kasar dan perlu β€œserasi” antara satu sama lain.

Tetapi…

Untuk kebanyakan kereta dan motorsikal moden hari ini, proses pembuatan enjin jauh lebih tepat (precision machining). Komponen enjin sudah dipasang dengan toleransi yang sangat kecil.

Jadi adakah masih perlu running-in?

Ya, masih perlu. Tetapi bukan sebab tak boleh bawa laju langsung.

Apa yang pengeluar sebenarnya sarankan ialah:

βœ… Elakkan memandu atau menunggang pada RPM yang terlalu tinggi secara berterusan.

βœ… Jangan kekalkan kelajuan yang sama terlalu lama. Ubah-ubah kelajuan dan RPM supaya semua komponen enjin bekerja dalam pelbagai keadaan.

βœ… Elakkan full throttle atau rev sampai redline dengan kerap dalam 500–1,000 km pertama.

Ramai orang salah faham…

Mereka ingat sepanjang 1,000 km langsung tak boleh lebih 80 km/j atau 100 km/j.

Sebenarnya kelajuan bukan isu utama.

Yang penting ialah RPM dan beban enjin.

Contohnya:

* Highway pada 110 km/j dengan RPM sekitar 2,000–2,500 lebih β€œringan” untuk enjin berbanding memecut dari lampu isyarat hingga redline.

Kenapa running-in masih penting?

Sebab ketika inilah:

* Ring piston sedang membentuk β€œseal” yang sempurna dengan dinding silinder.
* Gear dalam transmisi, bearing dan komponen bergerak sedang melalui tempoh penyesuaian awal.
* Semua komponen mencapai corak haus (wear pattern) yang normal.

Kalau dari hari pertama asyik tekan habis-habisan, ia mungkin tidak terus merosakkan enjin, tetapi boleh memberi kesan kepada proses β€œseating” komponen dalam jangka panjang.

Kesimp**an

❌ Mitos: Tak boleh bawa laju langsung sebelum 1,000 km.

βœ… Fakta: Elakkan pemanduan agresif dan RPM tinggi secara berterusan dalam tempoh awal penggunaan.

Running-in bukan bermaksud memandu perlahan. Ia bermaksud memandu dengan bijak.

Kalau ikut manual pengeluar dan elakkan penyeksaan enjin pada awal hayatnya, enjin itu berpotensi memberi prestasi yang lebih baik dan tahan lebih lama. πŸš—πŸοΈ

BOSE PREMIUM SOUNDWIRELESS CHARGER, HONDA SENSING, 10.2" DIGITAL GRAPHIC METER, ADAPTIVE DRIVING BEAM, 1/2LEATHER SEAT (...
27/06/2026

BOSE PREMIUM SOUND
WIRELESS CHARGER,
HONDA SENSING,
10.2" DIGITAL GRAPHIC METER,
ADAPTIVE DRIVING BEAM,
1/2LEATHER SEAT (LEATHER & SUEDE COMBINATION
BLACK SEATS),
8-WAY POWER DRIVER'S SEAT
4-WAY POWER PASSENGER SEAT,
DEALER NAVI,
BACK CAMERA,
ALLOY WHEEL,
FULL LED HEADLIGHTS,
DRIVER AND PASSENGER SEAT HEATERS,
AUTOMATIC TRANSMISSION

πŸ”₯ TOYOTA HARRIER G 2023 UNREGISTERED🚘 SUV Premium Jepun Dengan Harga Lebih Berbaloiβœ”οΈ Full Digital Color Meterβœ”οΈ Digital...
23/06/2026

πŸ”₯ TOYOTA HARRIER G 2023 UNREGISTERED
🚘 SUV Premium Jepun Dengan Harga Lebih Berbaloi

βœ”οΈ Full Digital Color Meter
βœ”οΈ Digital Inner Mirror
βœ”οΈ Blind Spot Monitor (BSM)
βœ”οΈ Maker Navigation System
βœ”οΈ Back Camera
βœ”οΈ Power Boot
βœ”οΈ Wireless Park Charger
βœ”οΈ Half Leather Seat
βœ”οΈ Sport Alloy Wheel

✨ Rekaan moden dan elegan
✨ Kabin luas serta selesa untuk keluarga
✨ Pemanduan senyap dan premium
✨ Jimat minyak untuk kegunaan harian atau perjalanan jauh

πŸ’― Unregistered Unit
πŸ’― Servis Menyeluruh Sebelum Delivery
πŸ’― Touch Up & Detailing Sebelum Serahan
πŸ’― Warranty Sehingga 8 Tahun*
πŸ’― Free Service Sehingga 2 Tahun*

πŸ“ Stock Terhad
πŸ“² PM / WhatsApp sekarang untuk harga promosi bulan ini.

β€œRamai impikan Harrier sebab rupa dia mewah. Sekarang masa terbaik untuk memiliki model 2023 dengan harga yang jauh lebih menarik berbanding dahulu.”

Nak selesa bawa keluarga tak perlu mahal-mahal.Toyota Voxy Kirameki 3 tahun 2021, sebuah MPV keluarga yang terkenal deng...
23/06/2026

Nak selesa bawa keluarga tak perlu mahal-mahal.

Toyota Voxy Kirameki 3 tahun 2021, sebuah MPV keluarga yang terkenal dengan keselesaan dan praktikalitinya.

Didatangkan dengan 7 tempat duduk yang luas, sesuai untuk kegunaan harian, balik kampung ataupun road trip bersama keluarga.

Bahagian dalaman p**a menggunakan kemasan seat separa kulit yang nampak lebih kemas, premium dan mewah.

Ruang kabin yang luas memberikan keselesaan kepada semua penumpang, manakala pintu sliding automatik memudahkan urusan keluar masuk terutama ketika membawa anak-anak atau warga emas.

Dengan bayaran bulanan bermula sekitar RM1,310 sebulan sahaja.* (dengan 10% down payment)

Ya, hanya sekitar RM43 sehari untuk sebuah MPV Toyota yang luas, selesa dan lengkap dengan pelbagai ciri moden.

Kalau anda sedang mencari MPV keluarga yang jimat minyak, mudah dijaga dan mempunyai nilai jualan semula yang baik, Toyota Voxy Kirameki ini antara pilihan yang wajib berada dalam senarai anda.

Hubungi kami sekarang untuk semakan kelayakan pinjaman dan tempahan segera sebelum unit pilihan anda menjadi milik orang lain.

Toyota Voxy Kirameki 2021.
Bila keluarga perlukan ruang dan keselesaan, inilah jawapannya.

*Terma dan syarat tertakluk kepada kelulusan pinjaman.




















Alhamdulillah, antara pemilik terakhir Toyota Vellfire AGH30 Golden Eyes JBL yang berjaya memiliki unit unregistered. πŸŽ‰M...
17/06/2026

Alhamdulillah, antara pemilik terakhir Toyota Vellfire AGH30 Golden Eyes JBL yang berjaya memiliki unit unregistered. πŸŽ‰

Model ini memang menjadi rebutan sejak awal kerana kombinasi spesifikasi yang lengkap, penampilan eksklusif dan keselesaan yang s**ar ditandingi.

Hari ini, semakin s**ar untuk mencari unit unregistered yang benar-benar original dan berkualiti. Bila stok habis, belum tentu akan ada lagi peluang untuk mendapatkan model yang sama dalam keadaan sebegini.

Sepanjang bulan Jun ini p**a, kami tampilkan promosi istimewa:

βœ… Servis percuma 4 kali @ Tempoh sehingga 2 tahun
βœ… Pemeriksaan menyeluruh sebelum delivery
βœ… Touch up dan detailing sebelum penyerahan
βœ… Waranti sehingga 8 tahun* tertakluk kepada terma dan syarat

Ramai yang masih menunggu harga turun.

Tetapi dalam dunia kereta recond, bila stok semakin berkurangan, pilihan juga semakin terhad.

Hari ini masih ada beberapa unit yang sedang menunggu pemilik baru.

Esok lusa mungkin masih ada.

Minggu depan belum tentu.

Kereta boleh dicari, tetapi unit yang cantik, spesifikasi lengkap, mileage yang baik dan harga yang berpatutan bukan sentiasa datang dua kali.

Tahniah kepada pemilik yang sudah membuat keputusan lebih awal. Kini giliran anda p**a untuk memilih sebelum stok yang tinggal habis ditempah.

πŸ“² PM saya untuk gambar penuh unit, spesifikasi lengkap dan semakan kelayakan loan tanpa sebarang komitmen.

Vellfire Golden Eyes JBL β€” bukan sekadar MPV, tetapi ruang untuk membawa keluarga dengan lebih selesa, lebih bergaya dan lebih bermakna. πŸš—βœ¨

Dari 20 unit Toyota Alphard SC Package tahun 2021 yang kami bawa masuk, hari ini hanya tinggal 3 unit sahaja yang masih ...
17/06/2026

Dari 20 unit Toyota Alphard SC Package tahun 2021 yang kami bawa masuk, hari ini hanya tinggal 3 unit sahaja yang masih open for booking. Selebihnya semuanya sudah ditempah dan sebahagiannya sudah pun mendapat kelulusan pinjaman bank.

Ramai kata rakyat sekarang tak membeli sebab ekonomi tak menentu.

Tapi apa yang saya nampak setiap hari di lapangan, situasinya sedikit berbeza.

Orang masih membeli.
Orang masih upgrade kereta.
Orang masih bercuti.
Orang masih berbelanja.

Cuma mereka lebih berhati-hati dalam membuat keputusan.

Pembeli hari ini bukan tak ada duit.

Mereka cuma lebih banyak membuat kajian, lebih banyak membandingkan harga, dan lebih teliti sebelum mengeluarkan komitmen yang besar.

Sebab itu kereta yang betul spesifikasi, betul harga dan betul condition tetap bergerak laju walaupun pasaran dikatakan perlahan.

Toyota Alphard SC Package p**a bukanlah kereta yang orang beli kerana β€œnak cuba-cuba”.

Kebanyakan pembeli model ini memang sudah tahu apa yang mereka mahukan. Bila jumpa unit yang tepat, mereka terus booking.

Sebab stok boleh dicari, tetapi unit yang cantik, mileage elok, sejarah yang baik dan harga yang masuk akal bukan sentiasa ada.

Hari ini tinggal 3 unit sahaja.

Minggu depan saya sendiri tak berani janji masih ada atau tidak.

Kalau memang sedang mencari Alphard SC 2021, mungkin sekarang masa yang sesuai untuk mula survey dan buat perbandingan.

Bila unit terakhir dah booked nanti, nak tak nak kena tunggu batch seterusnya p**a. πŸš—βœ¨

πŸ“² PM saya jika nak dapatkan senarai stok terkini, gambar penuh dan anggaran loan sebelum unit yang tinggal ni habis direbut.

Sikap salesman demi merebut customerDalam dunia jualan, persaingan memang wujud.Kadang-kadang customer tanya harga sana ...
15/06/2026

Sikap salesman demi merebut customer

Dalam dunia jualan, persaingan memang wujud.

Kadang-kadang customer tanya harga sana sini.
Bandingkan showroom A dengan showroom B.
Bandingkan salesman dengan salesman yang lain.

Itu perkara biasa.

Tapi yang tak biasa bila ada yang sanggup berWhatsApp dengan customer sambil memburukkan orang lain.

β€œCompany sana tak boleh percaya.”

β€œSalesman sana selalu tipu.”

β€œKereta sana banyak masalah.”

β€œCompany tu s**a tukar barang dalam kereta.”

Macam-macam cerita keluar.

Sedangkan belum tentu benda tu betul.

Lebih sedih bila fitnah dijadikan senjata untuk mendapatkan jualan.

Mungkin hari ini customer percaya.

Mungkin hari ini berjaya dapat booking.

Tapi setiap perkataan yang keluar dari mulut dan jari kita akan dipersoalkan juga nanti.

Rezeki yang baik tak perlu dibina atas menjatuhkan orang lain.

Kalau kereta kita bagus, terangkan kelebihan kereta kita.

Kalau servis kita baik, tunjukkan servis kita.

Kalau harga kita berbaloi, biar customer nilai sendiri.

Tak perlu burukkan orang lain untuk nampak hebat.

Customer p**a kadang-kadang terlalu mengejar harga murah.

Bila ada yang pandai bercakap dan menjanjikan macam-macam, terus percaya bulat-bulat.

Akhirnya bila perkara yang dijanjikan tak jadi kenyataan, baru menyesal.

Dalam hidup ni, bukan semua yang murah itu untung.

Bukan semua yang mahal itu rugi.

Yang penting kejujuran, amanah dan pekerti.

Sebab kereta boleh ditukar.

Duit boleh dicari semula.

Tapi nama baik dan kepercayaan orang, sekali hilang susah nak dapat balik.

━━━━━━━━━━━━━━━

πŸŽ‰ Promo bulan Jun ini!

βœ… Free servis sehingga 2 tahun untuk semua unit
βœ… Ada unit terpilih dapat free bodykit
βœ… Pelbagai MPV dan SUV recond Jepun tersedia

Kalau tengah survey Alphard, Vellfire, Voxy, Noah, Stepwagon atau model lain, roger aku cepat.

Stok berubah setiap hari. πŸ“±πŸš—

━━━━━━━━━━━━━━━

Orang yang berpekerti akan dikenang kerana kejujurannya.

Orang yang s**a menjatuhkan orang lain p**a, biasanya hanya dikenang melalui cerita yang ditinggalkannya. ✨

Address

Kajang
43000

Telephone

+601110099163

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Republicarz Recond Kajang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category