18/08/2021
torque converter, ( gambar 1 )
atau nama saintifik nya fluid coupling, ( gambar 2 )
adalah satu komponen yang wajib ada pada kereta bertransmisi auto.
ia berfungsi sebagai satu alat penghantar/pemindah tenaga, dari enjin kepada gearbox.
dari luar,
torque converter ni nampak seperti satu bola besi,
tetapi bahagian dalamnya, binaan yang agak komplek.
dia ada impeller, startor, turbin, clutch, bearing, seal dan cover.
torque converter ni ada 2 jenis:
- ada lockup clutch
- tiada lock up clutch.
fungsi lockup clutch didalam torque conveter ni, adalah untuk lock kan impeller dengan turbine, supaya tiada lagi fungsi fluid coupling. dia akan jadi direct transfer.
kuasa dari enjin akan dipindahkan secara terus kepada gearbox, seperti sistem clutch pada transminsi manual.
bila binaan torque converter ni rumit/komplek.
dia akan banyak benda yang boleh rosak.
antara nya:
- lockup clutch habis
- seal bocor
- bilah impeller atau turbine atau stator haus dan patah
- gigi turbine / input shaft haus
dia ada banyak masalah yang disebabkan oleh torque converter ni.
1- gear semua menjadi free, kereta tak boleh bergerak.
masalah yang paling biasa terjadi adalah disebabkan oleh gigi turbine haus/botak. ini menyebabkan input shaft gearbox tidak berpusing.
masalah kedua, minyak atf tidak masuk ke torque converter. ini akan menyebabkan fluid coupling tidak berfungsi. bisebabkan oleh laluan atf yang tersumbat.
2- enjin dan gearbox ada vibrate, makin tinggi rpm makin kuat vibrate.
-masalah ini berpunca daripada bilah impeller atau turbine yang dah haus dan patah.
ini menyebabkan torque converter berpusing dalam keadaan tidak balance.
3- masuk gear D atau R enjin tiba² mati.
masalah ini disebabkan oleh lockup clutch yang engage. maksud dia, fluid coupling tidak berfungsi sebab lockup clutch sedang lock.
ini disebabkan oleh 4 punca:
- lockup clutch jem
- DCCV jem melekat terbuka
- DCCSV bocor
- transistor DCCSV short atau terbakar
4- lock up clutch tidak engage.
lockup clutch tidak berfungsi walaupon sudah berada pada top gear. hanya fluid coupling sahaja yang berfungsi.
biasanya disebabkan oleh 6 punca:
- lockup clutch sudah habis
- DCCV jem melekat tertutup
- DCCSV rosak atau tersumbat
- transistor DCCSV putus atau terbakar atau rosak
- atf temperture sensor rosak
- wiring atf temperture sensor putus.
jadi,
buat siapa² yang ada masalah seperti di atas.
jangan terus nak tukar atau overhould gearbox tu.
kang, tak pasal² dah habis banyak duit tapi masalah tak settle².
minta mekanik diagnose betul² apa masalah dan punca penyakit.
silap hari bulan benda kecik je.
ok, sekian
harap dapat berkongsi sedikit sebanyak