Sucimuci Motorsport

Call Directions Contact the business

Sucimuci Motorsport We are selling performance part, workshop, car rental & event management

We are selling Performance Part & Motorsport Event Management

No.23 Jalan 1, Taman Sri Melur 1, Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia Tel : 012-2764191 email : [email protected]

Ada lagi yang boleh join geng2 46 sec ni di event Sucimuci Time Attack?Atau mungkin boleh pecah blok ni pergi 45 sec?Ber...
20/10/2026

Ada lagi yang boleh join geng2 46 sec ni di event Sucimuci Time Attack?

Atau mungkin boleh pecah blok ni pergi 45 sec?

Berani?

Meh la join Test & Tune Sucimuci Time Attack 2026 R5 & Club Battle 6 di Litar Dato Sagor, Kampung Gajah, Perak akan diadakan pada 1 November 2026.

12 kategori untuk time attack & 8 kategori Club Battle 6 akan diadakan. Sesi Time Attack run berasingan dan Club Battle 6 pun run secara berasingan.

Ada geng2 kereta, bengkel kereta atau kelab2 yang nak buka kategori sendiri boleh roger kita direct.

Seperti event sebelum ini, pihak Sucimuci Motorsport telah melaksanakan pendaftaran & pembayaran secara online di website
⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️
https://www.sucimuci.my/tc-events/test-tune-sucimuci-time-attack-2026-round-5-club-battle-6/
*charge bank akan dikenakan mengikut fpx online transfer, debit card or credit card bank masing-masing

Segala pertanyaan boleh berhubung terus dengan Sucimuci Motorsport whatssap 012-2764191 atau 019-2624191
RACE MODE ON!!

P/s : Share la dengan kawan2 lain.. Kalau tak race takpe, datang support pun kira ok dah.. Event start 8 pagi - 6 petang 😉
Tiket masuk driver, crew, penonton dewasa RM10. Kanak-kanak PERCUMA. Parking PERCUMA.

18/10/2026
MSF Super Turismo Round 4Keputusan perlumbaan bagi EXN - Sucimuci Racing Team 🏁 Perodua Myvi (Myvi Cup Evo)- P3 🥉🚗 Faye ...
18/10/2026

MSF Super Turismo Round 4
Keputusan perlumbaan bagi EXN - Sucimuci Racing Team

🏁 Perodua Myvi (Myvi Cup Evo)
- P3 🥉
🚗 Faye Kusairi

🏁 Toyota GT86 (86 x BRZ)
- P3 🥉
🚗 Rellik Niezarm

🏁 Proton Saga (Saga Cup Casual)
- P7
🚗 Umar & Syahmi

Keputusan EXN - Tuner Battle Partner

🏁 Perodua Myvi (Myvi Cup Rookie)
- P3 🥉
🚗 EXN - 123 Motorsport

🏁 Suzuki Swift (Standard Production Max)
- P5
🚗 EXN - Modley Crew

🏁 Daihatsu Charade (Tuner Production)
- P2
🚗 EXN - Airpull Racing

Penghargaan kepada team crew pasukan yang bertugas dari Sucimuci Motorsport, Fatboy Racing Malaysia & PM3M. U guys memang kental 💪🏻.

Penghargaan kepada penaja utama EXN L**e kerana menyediakan minyak engine, minyak gearbox & octane booster berprestasi tinggi bagi mengharungi perlumbaan yang sangat mencabar & kompetitif.

Penghargaan kepada F Tuned Racing Suspension kerana sistem suspensi perlumbaan yang memastikan setiap laluan lurus & selekoh di SIC diratah dengan cemerlang.

Penghargaan kepada K1 Racing kerana membekalkan sistem ekzos perlumbaan bagi memastikan kuasa yang dilepaskan oleh jentera perlumbaan dapat beraksi dengan baik.

Penghargaan kepada Fatboy Racing Malaysia dengan penyediaan jentera & alat ganti perlumbaan bagi memastikan pasukan dapat berlumba dengan cemerlang.

Penghargaan kepada Din Jj Autoparts kerana membekalkan alat ganti kepada jentera pasukan.

Penghargaan kepada Kool Radiator/Treatment Motorsport yang membekalkan sistem penyejukan enjin kenderaan supaya enjin kekal memberikan kuasa yang maksimum sepanjang perlumbaan.

Penghargaan kepada Matspeed kerana menyediakan alat ganti kenderaan berprestasi dalam mengharungi perlumbaan.

Penghargaan kepada 48 Garage Auto Spray yang menjadikan kereta kami kekal terampil dengan warna yang dilayangkan ke atas jentera perlumbaan.

Apalah guna jika sudah di cat tidak dihiasi dengan rekaan vibes racing sticker oleh Brotherhood Sticker.

Siapalah pasukan kami jika tiada sokongan media TUNE Photography & Adrenaline Impact yang memberikan liputan photo & video sepanjang perlumbaan ini!

Terima kasih juga kepada geng2 komuniti Bangsa Lumba yang datang ke pit kami beri sokongan.

Jumpa di MSF SUPER TURISMO Final Round nanti!! 🏁🔥

Semalam punya cite di Dirt Assault Sepang Bay 13 Round 3..Proton Iriz 4WD di pandu oleh Rellik Niezarm & jurupandu  Zain...
12/10/2026

Semalam punya cite di Dirt Assault Sepang Bay 13 Round 3..
Proton Iriz 4WD di pandu oleh Rellik Niezarm & jurupandu Zainal di tempat ke 3 bagi kategori Cars 4WD Open..

Penghargaan kepada rakan penaja kami F Tuned Racing Suspension, Matspeed, EXN L**e, K1 Racing, 48 Garage Autospray, Din JJ Autoparts, Brotherhood Sticker..

Terima kasih kepada crew2 Sucimuci yg bertugas memastikan jentera ini survive untuk perlumbaan ini.. Tak lupa family & rakan2 yg hadir beri sokongan 🔥

Photo credit :
- Dirt Assault Official Photographer
- Aqiff Bangsa Lumba
- aliff_syam
- hussein The Motorsports People

13/09/2026

Jumpa next round 1 Nov 2026

Address

Kajang
43000

Telephone

60122764191

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sucimuci Motorsport posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sucimuci Motorsport:

Shortcuts

Share

Category

Nearby autos & automotive services