06/07/2023
𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗔𝗗𝗔 𝗬𝗚. 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗦𝗘𝗗𝗜𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗠𝗜𝗡 𝗟𝗢𝗔𝗡? 𝗜𝗡𝗜 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗣𝗔𝗡𝗡𝗬𝗔...
Jika gaji anda tidak mencukupi atau mempunyai komitmen yang tinggi, bank biasanya akan meminta anda untuk menyediakan seorang sebagai penjamin anda.
Syarat utama untuk menjadi penjamin ialah 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮𝘁 iaitu ibu-bapa, suami isteri dan adik beradik yang masih bekerja.
Sepupu, ipar dan lain-lain hubungan keluarga sukar diterima sebagai penjamin oleh pihak bank, apatah lagi yang tidak ada hubungan keluarga seperti kawan rapat.
Untuk adik beradik, tidak semua bank dapat menerima sebagai penjamin. Jika ada, mereka menghendaki adik beradik tersebut belum berkahwin, kerana yang sudah berkahwin lebih banyak komitmennya dan menjadikannya penjamin yang berisiko.
Menjadi penjamin juga anda dikehendaki mempunyai rekod yang bersih dalam CCRIS dan CTOS, mempunyai gaji lebih tinggi daripada peminjam, kalau boleh di atas RM 2 - 3 ribu, dan juga tidak mempunyai banyak komitmen. Penjamin juga hendaklah mengetahui tanggungjawabnya sebagai penjamin kerana merekalah yang akan bertanggungjawab jika peminjam mempunyai masalah dalam pembayaran.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semua...