07/05/2021
*Kelebihan Malam Qadar*
Para ulama berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Hal ini, berdasarkan nas,
Firman Allah SWT:
()إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ(1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2)
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ(3)
تَنَزّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيْهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْـرٍ(4) سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ(5)
Maksudnya: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.” malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin TuhanNya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.”
*Kelebihan malam al qadar*
1- Dikatakan lebih baik daripada seribu bulan.
Imam al-Qurtubi berkata: “Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar.
2- Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut.
Imam Qurtubi berkata: “Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.
Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan.
3- Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar.
Al-Dahhaq berkata: “Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan. Sedangkan Mujahid berpendapat: “Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.” Lihat Tafsir al-Qurtubi 20/133.
*Hadis doa terbaik untuk dibacakan pada malam lailatul qadar*
hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Termizi, daripada Aisyah Radiallahu Anha katanya: aku pernah bertanya kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam: Wahai Rasullullah! Bagaimana jika aku mengetahui akan malam Lailatul Qadar itu dengan tepat, apakah doa yang patut aku baca? Baginda menjawab: Katakanlah oleh mu:
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْف عَنّيِ
Ertinya:
Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan menyukai kemaafan, oleh kerana itu maafkanlah aku.
*Amalan amalan yang dianjurkan pada malam lailatul qadar*
Jelas menunjukkan kepada kita betapa mulia dan agungnya malam Lailatulqadar sehingga melebihi daripada 1000 bulan.
Justeru, hendaklah kita lakukan amalan ibadat dengan bersungguh-sungguh tanpa sebarang pengabaian.
Isikanlah dengan qiamullail, bacaan al-Quran, zikrullah, munajat dan doa. Terutamanya doa keampunan dan kerahmatan daripada-Nya.
Diriwayatkan Hadis tentang bagaimana Rasulullah SAW dan salaf as-soleh beribadat:
Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ
Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW berusaha bersungguh-sungguh (beribadah) pada sepuluh akhir (Ramadan) melebihi kesungguhannya pada bulan-bulan yang lain”
Riwayat Ahmad
*Paling kurang pastikan solat fardhu kita dilakukan secara berjemaah.*
Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah menyatakan. Sebahagian ulama mazhab Syafie menakalkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma bahawa:
يصلي العشاء في جماعة و يعزم على أن يصلي الصبح في جماعة و قال مالك في الموطأ بلغني أن ابن المسيب قال : من شهد ليلة القدر ـ يعني في جماعة فقد أخذ بحظه منها و كذا قال الشافعي في القديم : من شهد العشاء و الصبح ليلة القدر فقد أخذ بحظه منها
Maksudnya: “Menghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil apabila seseorang mendirikan solat ‘Isya’ secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah.
Ringkasan amalan-amalan malam al qadar
1- solat fardu berjamaah
2- solat sunat tarawih
3-solat witir
4- solat taubat
5-memperbanyakkan zikir
6-berselawat
7-qiamulail
8-berdoa memohon keampunan
9-memperbanyakkan berdoa
10-bersedekah
Semoga kita dikurniakan Allah bertemu dan mendapat segala kebaikan pada malam Al Qadr ini.
Semoga bermanfaat dan selamat beramal