24/05/2021
Sebagai pengguna motorsikal yang bijak‼️
sedikit sebanyak kita mesti tahu tentang aspek penjagaan sesebuah motorsikal ,
motorsikal ni umpama pelaburan,
kalau tak nak rugi besar,
jagalah sedikit motorsikal anda jangan sampai berkerak minyak hitam masih tak tukar-tukar.
Ramai diantara kita sampai masa tukar minyak hitam aje, pakai bedal je tukar.
Bila dah tukar tak fikir p**a jenis minyak ape yang kena guna.
Dalam mindset mesti fikir nak kan yang murah dan cepat ?
Eh tak boleh macam tu,
harini saya cuma nak kongsikan tentang info minyak yang korang semua kena ambil berat. Orang perempuan pun boleh baca untuk pengetahuan korang.
Antara yang paling utama ialah penukaran minyak pelincir untuk enjin mengikut masa ataupun jarak yang ditetapkan.
Jika anda membeli sebuah motorsikal baru, semua ini termasuk dalam pakej servis yang ditawarkan untuk motorsikal anda khususnya ketika masih lagi dalam tempoh jaminan pengeluar.
Ini bagi memastikan waranti motorsikal anda tidak terjejas.
Selepas tempoh waranti ini barulah anda bebas mencari bengkel yang bersesuaian dengan anda.
Kini terdapat pelbagai minyak pelincir yang ditawarkan dipasaran yang direka untuk kegunaan yang berbeza-beza.
Untuk memastikan anda memilih minyak pelincir yang terbaik untuk motorsikal anda, anda mesti memahami beberapa aspek khusus minyak pelincir antaranya ialah aditif ataupun bahan tambahan yang terkandung dalam minyak pelincir (additives),
tahap kelikatan (viscosity) dan kod-kod klasifikasi.
Secara ringkas untuk membantu anda memahami istilah berikut:
Additives: Membantu menyejukkan enjin anda, mambersih dan memastikannya bebas dari kakisan.
Para pengeluar menambah pelbagai jenis additives ataupun bahan tambahan yang menyumbang kepada 25 peratus kos minyak pelincir tersebut.
Tahap kelikatan: Minyak pelincir diklasifikasikan berdasarkan kelikatan,
yakni kemampuan minyak tersebut mengalir di bahagian dalam enjin anda.
Terdapat dua jenis minyak pelincir di pasaran iaitu kelikatan tunggal (single-viscosity) kelikatan pelbagai (multi-viscosity).
Semakin kecil angka kelikatan,
semakin nipis sesuatu minyak dan semakin mudah ia mengalir.
Contohnya bagi minyak pelincir 10W-40,
dua nombor itu bermaksud minyak ini adalah dari jenis kelikatan pelbagai.
10W adalah no indeks yang menunjukkan bagaimana minyak ini mengalir dalam suhu sejuk (W merujuk kepada winter atau musim dingin).
40 p**a merujuk kepada bagaimana minyak ini mengalir dalam keadaan suhu panas.
Untuk memastikan tahap kelikatan yang paling sesuai untuk motorsikal anda,
pastikan anda merujuk kepada buku manual pengguna motorsikal anda.
Rujuk kepada carta kelikatan minyak pelincir.
Kod klasifikasi minyak pelincir ,
anda perlu bertanya soalan-soalan berikut untuk diri anda :
1.Minyak jenama apa yang sedang anda gunakan?
– Jika kenderaan anda berfungsi dengan baik, tiada keperluan untuk anda untuk bertukar kepada jenama lain.
2. Minyak jenis apa yang dicadangkan oleh pengeluar motorsikal anda?
– Jika kenderaan anda masih dalam tempoh waranti, menggunakan minyak selain daripada yang dicadangkan pengeluar adalah tidak digalakkan kerana ditakuti menjejaskan waranti.
Akhir sekali jika motorsikal anda sudah agak berusia dengan beberapa komponen dalaman enjin yang sudah agak haus,
adalah lebih baik jika anda menggunakan minyak pelincir yang lebih likat untuk mengurangkan kebocoran.
Tetapi jika motorsikal anda masih baru perbatuan yang masih rendah,
ada baiknya anda menggunakan minyak pelincir sintetik sepenuhnya untuk memastikan perlindungan yang optima untuk enjin motorsikal anda.
Memang ia lebih mahal tetapi perlindungan yang ditawarkan adalah amat berbaloi berbanding minyak lain yang lebih murah.
Alah pakai Ysuku carbon sana sini takkanlah berkira untuk beli minyak pelincir yang terbaik. kan?
Dapat kan SUPER 4T HAVOLINE CALTEX semi-synthetic SAE 10w-40 disini ⤵️
Pemborong di kehendaki 🤝
Slot kosong untuk anda ⤵️
http://www.wasap.my/60132184900
🏆 🏁 💯 🛠 🏅