Zaha Car Rental & Transporter

Zaha Car Rental & Transporter Rumah atau kebun anda semak? Abang Mesin Rumput sedia membantu andaโœ…๐Ÿ˜Ž

UMRAH itu tidaklah disamakan dengan mana-mana perjalanan lainnya. Ianya adalah kembara ibadah yang perlukan penghayatan ...
24/12/2023

UMRAH itu tidaklah disamakan dengan mana-mana perjalanan lainnya. Ianya adalah kembara ibadah yang perlukan penghayatan jiwa yang tinggi. Bahkan, ia sepatutnya menjadi satu titik penting dalam garis kehidupan sebagai 'pengubah' dari yang baik kepada lebih baik.

Seandainya kita berangkat Umrah menjadi tetamu Allah, tentu sekali kita akan 'on time' hadir ke masjid, baik di Masjil Haram ataupun Masjid an-Nabawi, tidak ketinggalan juga Masjid Quba demi mengejar fadhilat yang hebat bagi mereka yang mengerjakan solat di ketiga-tiga masjid ini. Tentu sekali kita akan bersiap memperkemaskan diri dengan lebih awal, kemudian berjalan kaki ratusan meter melepasi marmar putih di dataran untuk masuk ke dalam masjid. Yang lelaki p**a akan terus berusaha untuk menuju saf paling hadapan, sedangkan yang perempuan p**a adalah lebih afdhal untuk saf yang paling belakang.

Usai solat, biarpun tiada imam yang berzikir beramai-ramai, kita tahu untuk membacakan zikir selepas solat sesuai dengan apa yang diajarkan oleh baginda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam. Selesai berzikir, kita sambung lagi sesi di masjid dengan tawaf sunat, solat sunat, membaca al-Quran, iktikaf dan seumpamanya. Kalau dihitung dari sudut angka, begitu banyak sekali pahala yang kita janakan dari kesemua amalan ini, belum lagi ditambah dengan sedekah, zikir sepanjang perjalanan dari hotel ke masjid dan lain-lain amalan sampingan.

Indah, sungguh indah.

Apa yang perlu diperhatikan adalah, bagaimana p**a kita selepas p**ang ke tanah air?

Adakah kita masih menjadi orang yang sentiasa tak mahu terlepas untuk solat di masjid?

Adakah kita masih menjadi orang yang berzikir seperti zikirnya Nabi selepas solat?

Adakah kita masih menjadi orang yang mencari ketenangan dengan beriktikaf di masjid, atau orang yang mahu bersegera p**ang untuk berhibur menonton Netflix?

Adakah kita masih menjadi orang yang mampu membaca al-Quran sehingga 3 juz sehari, meninggalkan lapar dan rehat kita untuk bersama dengan ayat-ayat Allah?

Adakah kita masih berdisiplin dengan sedekah setiap Jumaat seperti perlakuan kita disana, atau kita terpaksa 'cut' itu dan ini demi bil Netflix dan Astro bulanan kita?

Adakah kita orang yang sama seperti diri kita ketika di dua tanah suci, atau telah kita tinggalkan semuanya di sana suatu ketika dahulu dan kembali menjadi 'diri sendiri' setelah p**ang ke pangkuan keluarga tercinta?

Umrah sepatutnya menjadi kembara yang mengubah diri kita.

Dari seorang yang s**a menyakiti orang lain, kepada seorang yang sentiasa memudahkan orang lain.

Dari seorang yang kasar kepada yang lembut kepada manusia.

Dari seorang yang malas ibadah kepada seorang yang sentiasa me'maksa' diri untuk menambah amal.

Dari seorang yang jahil kepada orang yang sentiasa dahagakan ilmu.

Dari seorang yang sombong kepada seorang yang merendah diri.

Dari seorang hamba yang lalai kepada seorang yang sentiasa TAKUT DAN MALU KEPADA TUHAN.

Begitulah.

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุฅูู†ู‘ููŠ ุฃูŽุนููˆุฐู ุจููƒูŽ ู…ูู†ู’ ุดูŽุฑู‘ู ู…ูŽุง ุนูŽู…ูู„ู’ุชู ูˆูŽุดูŽุฑู‘ู ู…ูŽุง ู„ูŽู…ู’ ุฃูŽุนู’ู…ูŽู„ู’

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari keburukan sesuatu yang telah aku kerjakan, dan dari keburukan sesuatu yang belum aku lakukan."
HR Muslim nombor 4893

RUTOB 07.12.2023

Hakim Yusoff
Ejen Sah El-izzah Travel & Tour Johor

Abdul Rahman Bostani Nor Khizana Ahmad Saripah Amin Nursufiah Rahmat Siti Noraisah Yusoff

05/11/2023

Musim KONVO dah tiba๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

Mesti 1 family nak pergi ikut dan tengok ahli keluarga konvo kannโ“โ“โ“

Jom pm kita, nak nak bagi best promo untuk 5 renter terawal๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

wasap.my/60137716304/promosewakonvo

31/10/2023

Kereta Sewa Skudai๐Ÿ˜Ž

wasap.my/60137716304/sewavellfire

22/09/2023

๐Ÿ˜Ž๐ŸŒน

28/08/2023

Alhamdulillah ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ˜Ž
Penyewa Gembira Kami Pun Gembira๐Ÿค—

Mencari slot kosong September?
Mari roger2๐Ÿ˜Ž

wasap.my/60137716304/sewavellfire

20/08/2023

๐—–๐—”๐—ฅ ๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—ฌ ZAHA CAR RENTAL & TRANSPORTER !!
Lebih mudah sewa kereta dengan kami, semestinya ditawarkan dengan harga yang berpatutan & mampu sewa๐Ÿ˜Š
๐ŸŒŸKami Menyediakan Kereta Dengan Kondisi Terbaik Untuk Anda Semua Berjalan Dengan Selamat
โœ… Potongan Harga Istimewa Selama 5 Hari Atau Lebih Hari
โœ… Keadaan Tip Top & Perkhidmatan Pelanggan yang Cemerlang
โœ… kenderaan Sentiasa Bersih & Selamat
โœ… Menyediakan penyewaan Harian & Mingguan
Kadar harga yang berpatutan dan munasabah
โœ…selamat & memandu dengan selesa
โœ…Unit di selenggara dengan baik
Untuk pertanyaan & tempahan :
wasap.my/60137716304/naksewavellfire
wasap.my/60137716304/naksewaalphardsiapdriver

Address

Masjid Tanah
Johor Bahru
78300

Telephone

+60137716304

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zaha Car Rental & Transporter posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share