AZ Motorsport - HQ

Directions Website

AZ Motorsport - HQ *Car & Tyre Service.
*New & used rim(All brand)
*New & used tyre(All brand)
*3D computer Car Alignmen

LAWATAN INDUSTRI KE SIME UMW LUBETECH - PENGUKUHAN ILMU & JARINGAN INDUSTRI AUTOMOTIFPada 5 Ogos 2026, AZ Motorsport tel...
08/08/2026

LAWATAN INDUSTRI KE SIME UMW LUBETECH - PENGUKUHAN ILMU & JARINGAN INDUSTRI AUTOMOTIF

Pada 5 Ogos 2026, AZ Motorsport telah diwakili oleh En. Zulkifli dalam program Lawatan Industri ke Sime UMW Lubetech Sdn. Bhd., Pulau Indah, Selangor, anjuran PUNB dengan kerjasama Sime UMW Lubetech.

Lawatan ini memberikan peluang kepada para usahawan automotif untuk melihat dengan lebih dekat operasi dan proses pengeluaran automotive lubricants, selain memahami teknologi, standard kawalan kualiti serta perkembangan terkini dalam industri pelincir automotif.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang lawatan ialah:

• Lawatan ke fasiliti dan kilang pengeluaran lubricant
• Lawatan ke makmal dan penerangan berkaitan quality control & testing
• Lubricant Clinic – sesi perkongsian ilmu teknikal berkaitan pelincir automotif
• Penerangan mengenai teknologi dan produk lubricant GRANTT
• Sesi networking dan perbincangan bersama pihak pengurusan Sime UMW Lubetech

Rombongan turut mendapat sambutan dan penerangan secara langsung daripada En. Iskandar Mohamed Saleh, Head of Company, Sime UMW Lubetech Sdn. Bhd.

Bagi AZ Motorsport, program seperti ini bukan sahaja memberikan pendedahan terhadap teknologi dan proses penghasilan lubricant, malah membuka ruang untuk business networking, knowledge sharing serta meneroka potensi kerjasama strategik dalam industri automotif.

Kami percaya perkembangan sesebuah automotive service centre bukan hanya bergantung kepada pengalaman di workshop, tetapi juga kepada continuous learning, technical knowledge dan hubungan yang kukuh dengan pemain industri.

Terima kasih kepada PUNB dan Sime UMW Lubetech Sdn. Bhd. atas jemputan serta perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.

Dari;

AZ Motorsport - HQ
Az Norzee
Haniza Harun
Zulkifli Arshad
Hannan Harun

AZ Motorsport Hadir ke Majlis Pelancaran SCRUT Garage AppsPada 19 Julai 2026 AZ Motorsport diwakili oleh En. Zulkifli Ar...
30/07/2026

AZ Motorsport Hadir ke Majlis Pelancaran SCRUT Garage Apps

Pada 19 Julai 2026 AZ Motorsport diwakili oleh En. Zulkifli Arshad dan En. Hanan Harun, telah menghadiri majlis pelancaran SCRUT Garage Apps yang berlangsung di GSC MyTOWN, Kuala Lumpur.

Majlis ini memperkenalkan platform digital SCRUT Garage, sebuah inisiatif yang menghubungkan pemilik kenderaan dengan bengkel automotif melalui ekosistem digital yang lebih sistematik, telus dan mudah diakses. Platform ini turut memberi fokus kepada pendigitalan industri automotif serta membantu bengkel meningkatkan transparansi, kredibiliti dan peluang mendapatkan pelanggan baru.

Sebagai sebuah syarikat yang sentiasa menyokong transformasi digital dalam industri automotif, AZ Motorsport amat mengalu-alukan usaha seperti ini yang mampu memberi nilai tambah kepada pengusaha bengkel dan meningkatkan pengalaman pelanggan.

Terima kasih kepada pihak SCRUT atas jemputan dan layanan yang diberikan. Semoga hubungan baik ini membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik pada masa hadapan demi memajukan industri automotif negara.

Insya Allah kita akan bekerjasama!

26/07/2026

AZ Motorsport - HQ bersiaran di PIHEX 2026 Pulau Pinang!

26/07/2026

USAHAWAN FRANCAISI AZ MOTORSPORT

Menjadi usahawan bukan tentang seberapa cepat kita sampai ke puncak, tetapi tentang seberapa kuat kita bangkit setiap kali diuji.

Di AZ Motorsport, kita percaya bahawa kejayaan tidak datang hanya kerana modal atau peluang. Kejayaan dibina melalui disiplin, keberanian, konsistensi dan kepercayaan.

Setiap cabaran adalah pengalaman.Setiap kesilapan adalah pembelajaran.Setiap pelanggan adalah amanah. Dan setiap kejayaan adalah hasil usaha bersama.

Kepada semua usahawan dan rakan francasi AZ Motorsport, teruskan melangkah dengan keyakinan. Jangan takut untuk bermula kecil, jangan mudah berputus asa apabila berdepan cabaran, dan jangan pernah berhenti untuk memperbaiki diri.

Kita bukan sekadar menjual servis dan produk. Kita membina kepercayaan, mencipta peluang dan membangunkan masa depan bersama.

AZ Motorsport — Berani Bermula, Konsisten Berusaha, Bersama Menuju Kejayaan.

Tahniah kepada Pengasas dan Pengarah AZ Motorsport atas Pengiktirafan Industry Specialist 2026Seluruh warga AZ Motorspor...
24/07/2026

Tahniah kepada Pengasas dan Pengarah AZ Motorsport atas Pengiktirafan Industry Specialist 2026

Seluruh warga AZ Motorsport merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada En. Norzee, Pengasas dan Pengarah AZ Motorsport, atas penerimaan Anugerah Industry Specialist 2026, sebagai pengiktirafan terhadap komitmen, kepakaran serta sumbangan beliau dalam pembangunan industri automotif di Malaysia.

Majlis penuh berprestij ini telah berlangsung pada 23 Julai 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) anjuran Majlis Pemerkasaan Perniagaan Malaysia (MPPM) dan telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Turut mengiringi beliau ialah Puan Haniza Harun, Pengarah AZ Motorsport, yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam perjalanan dan perkembangan syarikat.

Pengiktirafan ini bukan sahaja merupakan satu penghormatan kepada beliau secara peribadi, malah menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga AZ Motorsport untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik, membangunkan industri automotif tempatan serta melahirkan lebih ramai usahawan dan tenaga kerja yang berkualiti.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar lebih banyak pencapaian pada masa hadapan.

Tahniah sekali lagi, En. Norzee & Puan Haniza Harun!

Tahniah & Selamat Maju Jaya kepada En. Ridzuan Husin atas pembukaan rasmi bengkel ServAuto, Kajang!AZ Motorsport berbesa...
20/07/2026

Tahniah & Selamat Maju Jaya kepada En. Ridzuan Husin atas pembukaan rasmi bengkel ServAuto, Kajang!

AZ Motorsport berbesar hati menghadiri majlis pembukaan ServAuto Kajang, milik En. Ridzuan Husin, yang juga merupakan pemilik rangkaian bengkel Fastrack Tyre yang telah lama dikenali di sekitar Lembah Klang.

Majlis ini turut menghimpunkan ramai pengusaha dan rakan strategik industri automotif dari seluruh negara, antaranya Altimat Auto Garage, Aedra Motor, Tayar Kita serta pelbagai lagi nama yang tidak asing dalam dunia automotif Malaysia. Kehadiran ini jelas mencerminkan semangat kerjasama dan sokongan yang kukuh dalam memajukan industri automotif tempatan.

Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Muner Hanafiah, Presiden Persatuan Usahawan Automotif PROSPER Malaysia (AUTOPRO), dan turut dimeriahkan dengan kehadiran Mr. Phoy Yong Hao, Co-Founder ServAuto.

AZ Motorsport diwakili oleh En Norzee, En. Zulkifli dan En. Hanan bagi menyampaikan sokongan serta mengeratkan hubungan bersama pemain industri automotif.

✨ Sekalung tahniah kepada En. Ridzuan Husin dan seluruh warga ServAuto Kajang atas pembukaan bengkel baharu ini. Semoga ServAuto Kajang terus berkembang maju, menjadi pilihan pelanggan dan mencipta lebih banyak kejayaan dalam industri automotif Malaysia. Semoga ukhuwah serta kerjasama antara pemain industri terus diperkukuhkan demi memacu industri automotif negara ke tahap yang lebih cemerlang.

Ikhlas daripada warga AZ Motorsport.

AZ Motorsport Terima Kunjungan Hormat YB Menteri KPDN dan Delegasi PERNAS, Perkukuh Agenda Memperkasa Ekosistem Automoti...
11/07/2026

AZ Motorsport Terima Kunjungan Hormat YB Menteri KPDN dan Delegasi PERNAS, Perkukuh Agenda Memperkasa Ekosistem Automotif Bumiputera

AZ Motorsport hari ini berbesar hati menerima kunjungan hormat YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, bersama delegasi Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) yang diketuai oleh Datuk Nor Azam M. Taib, Ketua Pegawai Eksekutif PERNAS serta Encik Azizam Ramli, Ketua Pegawai Perniagaan PERNAS, ke AZ Motorsport Cawangan Dato' Onn, Johor Bahru.

Ketibaan delegasi telah disambut oleh En. Norzee Az Norzee dan Puan Haniza Haniza Harun, Pengarah AZ Motorsport, bersama barisan pengurusan dan pasukan operasi syarikat.

Lawatan ini menjadi platform penting untuk membincangkan landskap semasa industri automotif Bumiputera yang berhadapan dengan cabaran persaingan semakin kompetitif, khususnya dalam sektor bengkel kenderaan dan perniagaan kereta recond. Antara isu yang diketengahkan termasuk persaingan harga alat ganti, penguasaan rantaian bekalan oleh pemain luar serta keperluan meningkatkan keupayaan teknologi bagi memastikan syarikat tempatan terus berdaya saing.

Dalam sesi perbincangan tersebut, YB Menteri turut berkongsi pandangan strategik agar AZ Motorsport terus memperkukuh ekosistem perniagaannya secara menyeluruh. Dengan kekuatan sedia ada merangkumi pusat servis bertaraf OEM, perniagaan kenderaan recond dan rangkaian francais yang semakin berkembang, AZ Motorsport disaran memperluaskan lagi peranannya melalui pembangunan rantaian bekalan alat ganti sendiri yang mampu menyokong operasi dalaman serta menjadi pembekal kepada bengkel-bengkel automotif di seluruh negara.

Seiring dengan revolusi pendigitalan dan perkembangan teknologi Artificial Intelligence (AI), turut dibincangkan kepentingan mempercepat transformasi digital melalui pembangunan platform e-dagang alat ganti automotif serta sistem tempahan servis dan pembaikan kenderaan secara dalam talian. Inisiatif ini diyakini mampu meningkatkan kecekapan operasi, memperkukuh pengalaman pelanggan dan mengukuhkan daya saing AZ Motorsport dalam industri automotif negara.

Bagi memperluaskan penyertaan usahawan Bumiputera, AZ Motorsport turut berkongsi perancangan untuk memperkenalkan model francais yang lebih mampu milik khusus bagi kawasan luar bandar. Inisiatif ini dijangka membuka lebih banyak peluang kepada pengusaha bengkel berskala kecil untuk berkembang di bawah jenama AZ Motorsport, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekosistem automotif Bumiputera yang lebih inklusif dan mampan.

AZ Motorsport merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Datuk Armizan Mohd Ali serta pihak PERNAS atas kesudian mengadakan sesi libat urus ini. Sokongan, pandangan dan cadangan yang dikongsikan menjadi pemangkin kepada aspirasi AZ Motorsport untuk muncul sebagai peneraju ekosistem automotif Bumiputera yang progresif, berdaya tahan dan bersedia mendepani transformasi industri pada masa hadapan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Armizan Mohd Ali serta Datuk Nor Azam bin M. Taib bersama d...
10/07/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Armizan Mohd Ali serta Datuk Nor Azam bin M. Taib bersama delegasi KPDN & PERNAS atas kesudian mengadakan lawatan ke AZ Permas Tyre & Rim Sdn. Bhd. Satu penghormatan buat kami. 🙏

AZ Motorsport - HQ Menerima Kunjungan Hormat En Joehariza dan Pn Maisarah dari Perbadanan Nasional Berhad - Pernas ke AZ...
07/07/2026

AZ Motorsport - HQ Menerima Kunjungan Hormat En Joehariza dan Pn Maisarah dari Perbadanan Nasional Berhad - Pernas ke AZ Motorsport Pandan Indah Ampang

AZ Motorsport berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada team Business Development , Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) di AZ Motorsport Pandan Indah, Ampang pada 2hb Julai 2026 bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkasa pembangunan industri automotif dan ekosistem francais negara.

Perbincangan memfokuskan kepada beberapa agenda utama termasuk pembangunan modal insan melalui latihan kemahiran, peluang kerjasama dalam penempatan graduan institusi TVET, pelaksanaan program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) serta usaha melahirkan tenaga kerja automotif yang lebih kompeten dan berdaya saing.

Turut dibincangkan ialah beberapa inisiatif pembangunan perniagaan yang berpotensi dilaksanakan secara bersama, antaranya pembangunan rantaian bekalan (supply chain), model pembangunan cawangan francais serta penyelesaian Mobile Car Service bagi memperluaskan akses perkhidmatan automotif kepada pelanggan.

AZ Motorsport merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PERNAS atas kesudian mengadakan sesi perbincangan ini. Semoga hubungan strategik yang terjalin menjadi pemangkin kepada lebih banyak peluang kerjasama yang memberi manfaat kepada industri, usahawan serta pembangunan bakat automotif di Malaysia.

Terima kasih juga kepad En Iswadi Bin Mustafa dan En Hannan Harun selaku tuan rumah atas layanan baik yang diberikan.

ThrowbackAZ Motorsport - HQ di Franchise International Malaysia (FIM) Exhibition2026AZ Motorsport berbesar hati menyantu...
07/07/2026

Throwback

AZ Motorsport - HQ di Franchise International Malaysia (FIM) Exhibition2026

AZ Motorsport berbesar hati menyantuni pelawaan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) untuk menyertai Franchise International Malaysia (FIM) Exhibition 2026 yang telah berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada 21–23 Mei 2026.

Penyertaan ini merupakan sebahagian daripada usaha AZ Motorsport untuk memperkenalkan Program Francais AZ Motorsport kepada bakal usahawan serta mencari prospek yang berminat untuk membangunkan perniagaan bersama kami.

Sepanjang pameran berlangsung, kami berpeluang bertemu dengan ramai pengunjung, usahawan, pelabur dan pemain industri francais. Platform ini turut membuka ruang kepada AZ Motorsport untuk memperluaskan jaringan perniagaan, berkongsi pengalaman industri automotif serta menjalinkan kerjasama strategik dalam menyokong perkembangan ekosistem francais negara.

Delegasi AZ Motorsport diwakili oleh:
🔹 En. Norzee – Pengarah Syarikat
🔹 Pn. Haniza – Pengarah Syarikat
🔹 En. Zulkifli – Business Development Manager, Klang Valley
🔹 En. Hanan – Pemilik Francais AZ Motorsport

Lebih membanggakan, En. Norzee selaku founder AZ Motorsport turut dijemput sebagai salah seorang panel speaker dalam sesi Business Forum yang membawakan topik "Cracking the Franchise Code: Insights From Successful Franchisor" bersama wakil daripada XG Coating dan BONDA Kiddo. Sesi ini memberi peluang untuk berkongsi pengalaman, cabaran serta strategi membangunkan jenama francais yang mampan dan berdaya saing.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada PERNAS dan MFA (Malaysian Franchise Association) atas jemputan dan peluang yang diberikan. Terima kasih juga kepada semua pengunjung yang singgah ke booth AZ Motorsport serta menunjukkan minat terhadap program francais kami.

Kami percaya, dengan sokongan semua pihak, AZ Motorsport akan terus berkembang sebagai jenama automotif tempatan yang diyakini dan menjadi pilihan usahawan di seluruh negara.

Address

NO 31 B, Jalan Kelisa, Taman Scientex
Johor Bahru
81700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AZ Motorsport - HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share