27/10/2022
ECU TuneBoss Stage1 sedia datang dengan mapping prestasi untuk enjin standard. Sedikit "adjustment" boleh juga dilakukan pada Fuel dan Ignition table jika perlu.
Walau bagaimanapun, untuk talaan sempurna, ECU perlu di unlock ke Stage2. Ini adalah kerana Adjusment Table untuk Stage1 adalah terlalu asas untuk talaan yang lengkap.
Seperti contoh yang disertakan, boleh nampak dimana Stage1 hanya ada 24 kotak untuk ditala manakala Stage2 ada 192 kotak.
Ini bukan kata ECU Stage1 tidak lengkap, tetapi ia lebih sesuai untuk pengguna biasa kerana ECU TuneBoss sudah tersedia dengan mapping prestasi dan juga ada ciri lain seperti Immobiliser, Diagnostic Tool, RPM Limitter Adjustment, A.T.A.S (untuk model tertentu) dan lain-lain.
Jadi pilihan bergantung kepada keperluan. Pengguna biasa tidak perlu bayar untuk ciri yang mereka tidak perlu. Untuk pengguna advance, kami sarankan Stage2.