Salam Tayar & Servis Jenan

Salam Tayar & Servis Jenan DIMILIKI OLEH M & N UNIC SDN BHD
NO SSM: 1367430-H
(1)

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Se...
31/05/2026

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Patik sekalian di Salam Ta'zir menjunjung kasih serta mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang berterusan serta kekuatan dalam memayungi rakyat dan memimpin negara dengan penuh kedaulatan, kebijaksanaan dan keadilan.

Semoga institusi Raja Berperlembagaan terus kekal utuh sebagai lambang perpaduan, kemakmuran dan kestabilan negara, serta menjadi payung kepada kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

πŸ“’ Untuk makluman para pelanggan yang dihargai, kedai kami beroperasi seperti biasa:

πŸ•€ 9.30 pagi – 7.00 malam

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda kepada Salam Tayar.

πŸŒ™ Salam Aidiladha daripada Salam Tayar & Servis πŸŒ™Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pelanggan dan sahabat kami 😊Semo...
27/05/2026

πŸŒ™ Salam Aidiladha daripada Salam Tayar & Servis πŸŒ™

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pelanggan dan sahabat kami 😊Semoga ibadah korban yang dilaksanakan membawa keberkatan, keikhlasan dan kebahagiaan buat kita semua.

Hati-hati di jalan raya buat yang pulang ke kampung ❀️Semoga perjalanan anda selamat pergi dan selamat kembali.

Untuk makluman, kedai kami akan ditutup selama 2 hari iaitu pada 27 Mei 2026 hingga 28 Mei 2026 dan akan kembali beroperasi seperti biasa pada 29 haribulan 😊

Ikhlas daripada,Salam Tayar & Servis

Selamat Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia.Terima kasih atas segala usaha, komitmen dan dedikasi dalam membina ke...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia.
Terima kasih atas segala usaha, komitmen dan dedikasi dalam membina kehidupan serta memajukan negara.

Bersempena Hari Pekerja, Salam Tayar & Servis beroperasi seperti biasa untuk kemudahan anda.
πŸ•€ Waktu operasi hari ini: 9:30 pagi – 6:00 petang

Kami sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk memastikan kenderaan anda berada dalam keadaan selamat dan selesa.

πŸ“ Salam Tayar & Servis Jitra

PROMOSI HARGA GILA-GILA MURAH – SALAM TAYAR & SERVIS JITRA! πŸ”₯Mai dengaq ni elok-elok… PROMO TERHAD dari 14 April sampai ...
15/04/2026

PROMOSI HARGA GILA-GILA MURAH – SALAM TAYAR & SERVIS JITRA! πŸ”₯

Mai dengaq ni elok-elok… PROMO TERHAD dari 14 April sampai 30 April sahaja! ⏰
Lepas tarikh ni, harga semua naik balik… rugi kalau lepaih!

πŸš— TAYAR PROMO
Dari RM100 turun jadi RM95 sahaja! 😱
βœ” Saiz terpilih 14” & 15”
βœ” TAKDA SYARAT – nak beli 1 biji pun boleh!

βš™οΈ PAKEJ LOWERED KERETA
Nak kereta nampak lagi garang & padu?
πŸ”₯ Sport Spring: RM550 ➑️ RM350 sahaja
πŸ”₯ Adjustable: RM1250 ➑️ RM950 sahaja
βœ” Khas untuk Proton & Perodua sahaja

πŸ›’ PAKEJ MINYAK ENGINE
βœ” Semi Synthetic + Oil Filter: RM149
βœ” Fully Synthetic + Oil Filter: RM185
βœ” Untuk Proton & Perodua sahaja

πŸ’₯ Harga memang gila-gila murah
πŸ’₯ Stok & slot sangat terhad!
πŸ“ Mai cepat ke Salam Tayar & Servis Jitra
πŸ“² Jangan lupa SHARE & ajak member sekali!

🚨 14 APRIL – 30 APRIL SAHAJA! MAI CEPAT SEBELUM TERLAMBAT! πŸš—πŸ’¨

Team Building Salam Tayar & Servis di Pahang (6–8 April 2026) bukan sekadar trip biasa… ini adalah perjalanan penuh kena...
14/04/2026

Team Building Salam Tayar & Servis di Pahang (6–8 April 2026) bukan sekadar trip biasa… ini adalah perjalanan penuh kenangan, gelak tawa, cabaran dan kebersamaan 🀍
Dari setiap aktiviti yang kita lalui, jelas terbukti kita bukan hanya rakan sekerja, tapi sebuah keluarga besar yang kuat, saling support dan sentiasa bergerak ke depan bersama.
Kenangan ini bukan penamat, tapi permulaan untuk kita jadi team yang lagi padu dan luar biasa πŸš€

Notis Penutupan❗️Kepada semua pelanggan yang dihargai✨Kedai kami akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada progr...
05/04/2026

Notis Penutupan❗️

Kepada semua pelanggan yang dihargai✨Kedai kami akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada program team building syarikat πŸ•οΈ

πŸ“… Tarikh tutup: 6 April – 8 April 2026
πŸ“… Beroperasi semula: 9 April 2026

Segala kesulitan amat kami kesali πŸ™
Terima kasih atas sokongan anda semua

Harap maklum.

πŸŒ™βœ¨ Salam Aidilfitri dari Salam Tayar & Servis βœ¨πŸŒ™Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin daripada kami di Salam ...
21/03/2026

πŸŒ™βœ¨ Salam Aidilfitri dari Salam Tayar & Servis βœ¨πŸŒ™

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin daripada kami di Salam Tayar & Servis buat semua pelanggan yang dihargai 🀍
Terima kasih atas sokongan anda sepanjang tahun ni. Semoga raya kali ni penuh dengan kegembiraan, keberkatan & selamat sampai ke destinasi bersama insan tersayang πŸš—πŸ’¨

πŸ“’ Makluman Cuti Raya
Kedai akan tutup bermula 21.3.2026 (SABTU) hingga 23.3.2026 (ISNIN)
Dan akan beroperasi semula seperti biasa pada 24.3.2026 (SELASA)

Jumpa lepas raya geng! Hati-hati di jalan raya & pandu selamat ❀️

πŸ”₯ PROMOSI RAYA COMBO RAYA BERGANDA πŸ”₯Serendah RM850 sahaja!!!Nak bagi kereta nampak lagi cun raya ni? Mai grab pakej rim ...
17/03/2026

πŸ”₯ PROMOSI RAYA COMBO RAYA BERGANDA πŸ”₯
Serendah RM850 sahaja!!!
Nak bagi kereta nampak lagi cun raya ni? Mai grab pakej rim + tayar special dari Salam Tayar & Servis.
πŸ’₯ PILIHAN PAKEJ:
βœ… Rim 15 + Tayar – RM850
βœ… Rim 16 + Tayar – RM1350
βœ… Rim 17 + Tayar – RM1650
πŸ“¦ Dalam pakej sekali kami bagi:
βœ” Pemasangan
βœ” Alignment
βœ” Balancing
βœ” Valve / Tiub Getah
βœ” Cat Caliper warna pilihan hampa 🎨
Semua siap pasang, terus boleh jalan raya dengan style baru! 😎
Nak balik kampung, biar kereta nampak sporty & padu.
⚠️ Stok terhad geng! Siapa cepat dia dapat.
πŸ“ Salam Tayar & Servis
Mai singgah dulu check rim cantik-cantik untuk raya!


𝗖𝗔π—ͺπ—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—π—˜π—‘π—”π—‘
π—¦π—”π—Ÿπ—”π—  𝗧𝗔𝗬𝗔π—₯ & π—¦π—˜π—₯π—©π—œπ—¦ π—π—˜π—‘π—”π—‘
No, Kolej Heights Commercial Square, Kolej Heights Utara, 06000 Jitra, Kedah.
Hubungi Kami :
o https://www.wassap.my/0194373853 - AZIZ
o https://www.wassap.my/01129987897 - ANAS
o https://www.wassap.my/0197077164 - JENAN (OFFICE)

Makluman kepada semua pelanggan Salam Tayar & Servis.Untuk esok, waktu operasi kedai kami akan dibuka lebih awal bagi me...
12/03/2026

Makluman kepada semua pelanggan Salam Tayar & Servis.

Untuk esok, waktu operasi kedai kami akan dibuka lebih awal bagi memberi laluan kepada majlis berbuka puasa bersama team Salam Tayar.

πŸ•˜ Waktu operasi:
9.00 pagi – 5.00 petang

Jadi kepada yang nak tukar tayar, servis atau buat apa-apa sebelum balik kerja, boleh mai awal ya.

Terima kasih atas sokongan semua pelanggan kepada Salam Tayar & Servis. Semoga urusan kita semua dipermudahkan sepanjang bulan Ramadan. 🀲

Salam 17 Ramadhan buat semua pelanggan dan sahabat Salam Tayar & Servis.Hari ini kita memperingati peristiwa agung Nuzul...
07/03/2026

Salam 17 Ramadhan buat semua pelanggan dan sahabat Salam Tayar & Servis.

Hari ini kita memperingati peristiwa agung Nuzul Al-Quran, iaitu turunnya Al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat untuk seluruh umat manusia.

Semoga kita semua diberikan kesempatan untuk terus mendekati Al-Quran dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan.

Selamat memperingati Nuzul Al-Quran.
Ikhlas daripada warga Salam Tayar & Servis.

Address

Jitra
06000

Opening Hours

Monday 09:30 - 19:00
Tuesday 09:30 - 19:00
Wednesday 09:30 - 19:00
Thursday 09:30 - 19:00
Friday 09:30 - 19:00
Saturday 09:30 - 19:00
Sunday 09:30 - 19:00

Telephone

+60194373853

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Salam Tayar & Servis Jenan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share