29/08/2026
Takziah pada rider muda negara. Seorang rider yang bagus dan mempunyai karakter yg sgt bagus. InsyaAllah dipermudahkan segala urusannya.
Innalillahiwainnailaihirojiun
اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
Dengan hati yang amat berat, kami ingin memaklumkan Allahyarham Farres Putra Mohd Fadhil telah pergi meninggalkan kita hari ini, 29 Ogos 2026.
Hari ini, kami bukan sekadar kehilangan seorang pelumba, tetapi seorang sahabat dan sebahagian daripada keluarga pasukan kami.
Terima kasih, Farres, atas setiap perjuangan, semangat dan kenangan yang ditinggalkan bersama kami. Namamu akan terus terpahat dalam perjalanan pasukan ini.
Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham dan semoga mereka tabah menghadapi kehilangan ini.
Semoga Allah SWT mengampuni segala khilafnya, merahmati rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
Selamat jalan dan kami akan merindui anda, Farres.
Al-Fatihah.