EKONG MY

Call Directions Contact the business

EKONG MY ๐—ฃ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ ๐—”๐—ถ๐—ฟ๐—ฐ๐—ผ๐—ป๐—ฑ ๐—ž๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป - cawangan EKONG di Bandar Saujana Putra. Menyediakan segala servis & repair aircond Kenderaan. "Cepat, Sejuk & Berkualiti"

01/10/2026

Gunakan Cabin Filter PM 2.5 dalam musim jerebu ni untuk memastikan habuk dan udara jerebu tidak masuk ke dalam kabin kereta.

28/09/2026

Gas R1234yf ni antara gas aircond kereta yang lebih mahal.

Ia digunakan pada banyak model kereta moden sebagai pengganti R134a dan mempunyai ciri yang lebih mesra alam dengan GWP yang lebih rendah.

Harga gas memang lebih tinggi, sebab tu proses pengisian R1234yf memerlukan peralatan khas.

25/09/2026

"Kita sama-sama naik, bukan bila sales naik bulan depan bos kereta baru."

Sesi perkongsian En Rusydan bersama pelajar-pelajar Politeknik Sultan Ahmad Shah. Berkongsi pengalaman macam mana Ekong ditubuhkan dan pelbagai rintangan yg dihadapi.

EKONG membuka peluang kepada pelajar-pelajar yang sedang mencari tempat untuk latihan praktikal. Boleh hubungi kami tekan link di bio.

24/09/2026

Servis aircond kereta pun penting, sama macam tukar minyak hitam.

Sistem aircond kereta pun perlukan penjagaan secara berkala untuk elakkan kerosakan yang lebih teruk.

Ramai yang tunggu sampai aircond dah tak sejuk atau mula ada masalah baru nak servis. Masa tu kadang-kadang dah terlambat, sebab ada parts yang mungkin dah rosak dan perlu ditukar.

Jadi, jangan tunggu aircond rosak baru nak servis. Buat pemeriksaan dan penjagaan secara berkala supaya aircond kekal sejuk dan kos pembaikan tak jadi lebih tinggi.

Servis yg perlu buat:

1. Flushing, tukar gas baru dan minyak compressor baru - RM120

2. Cuci cooling coil - RM250

3. Tukar filter dryer - RM60 (upah berasingan)

InshaAllah, cukup dengan buat penjagaan 3 benda basic ni aircond kereta akan tahan lebih lama.

Nak servis kami tekan link di bio.

22/09/2026

Antara aircond kereta yang kita baikpulih kelmarin.

Macam-macam isu ada pada setiap aircond kereta sebab itu penting untuk kami buat pemeriksaan menyeluruh dulu utk kenalpasti isu.

Nak buat CHECKING free je. Tekan link kat bio

19/09/2026

Gas aircond takkan berkurangan sendiri. Kalau gas makin kurang, memang ada kebocoran.

Masalahnya, kebocoran ada yang besar dan ada yang terlalu halus sampai susah nak kesan.

Ada 2 pilihan untuk cari kebocoran yg halus:

๐Ÿ”ง Pertama: Cabut dan check parts satu per satu menggunakan nitrogen. Cara ni lebih detail, tapi akan ambil masa dan ada labour charge.

๐Ÿ’ก Kedua: Guna UV Dye. Lebih menjimatkan masa owner. Boleh guna kereta macam biasa dulu. Bila aircond dah mula tak sejuk, datang balik ke bengkel dan kita boleh check dengan lampu UV untuk kenal pasti kawasan yang bocor.

Jadi tak semestinya kena buka semua parts terus. Kalau kebocoran halus, UV Dye boleh jadi salah satu pilihan untuk mudahkan proses mencari punca.

18/09/2026

Jabatan Alam Sekitar haramkan R12 ni sebab gas dia jenis gas CFC. Bila terlepas ke udara, bahan dalam gas ni boleh merosakkan lapisan ozon. Sebabtulah kereta sekarang dah tak gunakan gas R12 ni.

15/09/2026

๐Ÿšจ Masih guna gas R12 untuk aircond kereta?

Ramai tak tahu, gas R12 ni bukan saja dah lama ditinggalkan, malah penggunaannya juga memberi kesan kepada lapisan ozon.

Sekarang ni, pomen-pomen kereta pun dah tak dibenarkan untuk membeli gas R12. Jadi kalau kereta masih menggunakan sistem R12, lama-lama memang akan jadi masalah bila nak buat servis atau tambah gas.

Jadi apa pilihan yang ada?

Sistem aircond R12 boleh ditukar kepada R134a. Tapi bukan sekadar buang gas lama dan masukkan gas baru.

Kena buat conversion dengan cara yang betul. Baki gas R12 dikeluarkan, sistem diperiksa, komponen yang diperlukan ditukar, buat flushing, vacuum, gunakan minyak compressor yang sesuai dan kemudian isi R134a mengikut berat yang betul.

Kalau buat conversion cincai, aircond mungkin tak sejuk dan boleh menyebabkan masalah pada sistem.

Dalam video ni kami kongsikan proses conversion daripada R12 ke R134a dibuat.

Berminat nak tahu lebih lanjut boleh join kelas kami. Atau nak repair aircond dtg je ke mana-mana cawangan kami.

Klik link di bio.

Menghayati semangat perpaduan di bumi bertuah ini, seluruh warga kerja EKONG ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ma...
15/09/2026

Menghayati semangat perpaduan di bumi bertuah ini, seluruh warga kerja EKONG ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 kepada semua rakyat Malaysia!

๐Ÿ“Œ INFO OPERASI CUTI AM:

Tarikh Tutup: 16 September 2026 (Selasa)
Tarikh Operasi Semula: 17 September 2026 (Rabu)

Jumpa anda semula selepas cuti! Jaga diri dan pandu cermat bagi yang sedang merentas negeri.

Address

49-G, Jalan SPU 2, Bandar Saujana Putra
Jenjarom
42610

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 02:30 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00

Telephone

+60102665767

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when EKONG MY posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to EKONG MY:

Shortcuts

Share