19/11/2026
🔥 𝟮𝟬𝟮𝟳 𝗣𝗥𝗢𝗧𝗢𝗡 𝗦𝟳𝟬 𝗥𝗦 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡!
PROTON secara rasmi membuka tempahan bagi 2027 PROTON S70 RS di semua pusat jualan sah PROTON seluruh negara, dengan dua varian ditawarkan iaitu Premium dan Sportline.
Berteraskan konsep Refined Sportiness dan tema “Performance with Style”, model ini tampil dengan reka bentuk lebih sporty, prestasi enjin i-GT 1.5L Turbo yang menghasilkan 181 PS dan 290 Nm tork, serta teknologi dan ciri keselamatan yang dipertingkatkan.
Mengetengahkan empat elemen utama DASH — Dynamic Styling, Agile Performance, Superior Safety dan Hi-Tech Connectivity — 2027 PROTON S70 RS menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih dinamik, selesa dan berorientasikan pemandu.
🎁 TAWARAN ISTIMEWA RM1,000!
Tempah 2027 PROTON S70 RS selewat-lewatnya pada 1 Disember 2026 dan nikmati tawaran istimewa RM1,000, tertakluk kepada pendaftaran kenderaan sebelum atau pada 31 Mac 2027 serta terma dan syarat.
🚗 Tempah sekarang di pusat jualan sah PROTON berhampiran anda!
Untuk maklumat lanjut: https://www.proton.com/.../2027-proton-s70-rs-now-open...