Magic Tyre Sealant Shop

Magic Tyre Sealant Shop Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Magic Tyre Sealant Shop, Automotive wholesaler, Ipoh.

Cara melakukan pemeriksaan tekanan tayar1.)Parkir di kawasan yang rata dan pastikan tayar berada dalam keadaan lurus.2.)...
30/09/2019

Cara melakukan pemeriksaan tekanan tayar

1.)Parkir di kawasan yang rata dan pastikan tayar berada dalam keadaan lurus.

2.)Lukis satu garisan di atas bunga tayar.

3.)Lukis garisan melintang di atas bunga tayar

3.)Pandu perlahan-lahan sehingga garis tadi hilang.

4.)Sekiranya garisan hilang dengan sekata pada keseluruhan tayar, tekanan angin di dalam tayar anda adalah betul.

garisan hilang pada bahagian tengah berbanding sisi, bermakna tayar itu terlebih angin atau terlalu keras.

garisan hilang pada bahagian sisi berbanding tengah, bermakna tayar itu tidak cukup angin.

Punca Kerosakan Tayar Kereta Yang Patut Anda Tahu Lebih AwalJika tayar kereta dalam kondisi tidak baik, ada kemungkinan ...
30/09/2019

Punca Kerosakan Tayar Kereta Yang Patut Anda Tahu Lebih Awal

Jika tayar kereta dalam kondisi tidak baik, ada kemungkinan pemandu dan penumpang kereta akan alami kemalangan.
jadi, penting untuk tahu apakah punca kerosakan tayar kereta. Sebab jika kita tahu punca-puncanya, kita boleh ambil tindakan mencegah yang sewajarnya agar kerosakan yang sama tidak berulang lagi dan tayar pun tahan lama (jimat duit tak perlu selalu ganti tayar). Ni antara yang selalunya terjadi pada tayar;

1. Kerosakan di sebelah luar kedua-dua sisi tayar.
Jika anda lihat kerosakan seperti ini, maka ianya berpunca daripada tayar yang tidak cukup tekanan angin. Seperti yang sedia maklum, tekanan angin dalam tayar sememangnya akan berkurang setelah lama anda gunakan kenderaan anda.

Jadi, ada baiknya periksa secara berkala agar dapat pastikan tayar mempunyai tekanan angin sama seperti yang telah ditetapkan. Mungkin juga kehilangan tekanan angin adalah disebabkan kebocoran kecil pada tayar.

2. Kerosakan di bahagian tengah.
Kerosakan jenis ini lagi berbahaya kepada anda kerana ia berpunca daripada tekanan angin yang lebih dalam tayar kenderaan anda. Ia boleh mengundang risiko tayar meletup dengan tiba-tiba. Sila berhati-hati dan pastikan tekanan angin adalah mengikut jumlah bacaan yang telah ditetapkan.

3. Kerosakan di sebelah bahagian luar bunga tayar.
Ini kerosakan yang sememangnya sentiasa berlaku. Kerosakan berpunca daripada alignment yang tidak betul menyebabkan kerosakan tayar hanya sebelah sisi sahaja. Maka cepat-cepatlah lakukan alignment tayar kereta anda untuk mengelakkan kerosakan makin banyak.

4. Kerosakan secara rawak.
Jika anda lihat kerosakan secara rawak ataupun patchy spot kelihatan di tayar anda, maka ianya berpunca daripada balancing. Sebenarnya tayar yang tidak seimbang boleh dikesan awal kerana kadang-kadang anda akan rasa gegaran yang tidak normal apabila anda memandu kenderaan tersebut.

5. Kerosakan cupping wear.
Dalam istilah lain dalam bahasa Inggeris ialah diagonal scalloping wear yang mana menunjukan kenderaan anda mempunyai masalah suspension. Masalah ini sememangnya serius dan sudah tiba masa anda membaiki atau menukar suspensionkereta anda.

6. Kerosakan di sebelah sisi tayar.
Kerosakan ini selalunya berlaku apabila anda terlanggar sesuatu yang tajam contohnya bongkah batu ataupun rubbing dengan sesuatu contohnya pembahagi jalan dan sebagainya. Ia sangat sensitif bagi kereta yang menggunakan sport rimdengan tayar yang nipis kerana ianya boleh membawa kepada tayar anda pancit.

7. Tayar koyak atau meletup.
Lazimnya, risiko tayar tiba-tiba terkoyak atau meletup berpunca daripada tayar yang sudah expired. Pastikan anda menggunakan tayar yang terbaru dan masih belum tamat tempoh. Tayar second hand juga kadang-kadang mempunyai risiko yang agak tinggi. Saya sarankan and gunakan tayar yang baru. Singgah dan baca sini untuk kenali tayar kereta anda.

Selain 7 punca di atas, Kerosakan juga boleh berlaku disebabkan gaya pemanduan anda contohnya brake secara mengejut, ambil cornering yang tajam dalam keadaan laju dan sebagainya. Jumpa pakar dan lakukan pemeriksaan secara berkala.

BILA TAYAR DAH BOCOR:1) Mula-mula buka bonet kereta, dan cari peralatan untuk menukar tayar seperti "jack", dan pemutar ...
30/09/2019

BILA TAYAR DAH BOCOR:

1) Mula-mula buka bonet kereta, dan cari peralatan untuk menukar tayar seperti "jack", dan pemutar skru. Biasanya terletak di bawah karpet bonet belakang kereta, bersama dengan tayar spare. Dan juga parkir kereta anda di permukaan yang tegap macam jalan tar ke,

2) Buka penutup rim jika ada. Longgarkan penutup rim dengan mengumpil menggunakan skru driver, lakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kerosakan pada rim.
3) Longgarkan "nuts" pada rim menggunakan spanar melawan arah jam.Tak perlu buka habis, cukup sekadar longgarkan ikut kaedah seperti dalam gambar.

4) Pasangkan "jack" untuk mengangkat kereta anda. Kedudukan "jack" diletakkan kira-kira 2 jengkal dari tayar. Pastikan "jack" masuk ke tulang kereta, rujuk pada gambar, pusing pemutar 'Jack' mengikut arah jam. Putar sehingga tayar kereta terangkat dan mudah untuk dikeluarkan.

5) Buka nuts pada rim, dan boleh lah tukarkan tayar anda yang bocor itu dengan tayar spare yang disediakan. Size tayar spare tu bergantung pada kereta, ada yang kecil dan ada mengikut saiz sebenar.

6) Bila tayar spare sudah diletakkan, pasangkan kembali "nuts" dengan tidak terlalu ketat. Turunkan "jack", dan baru ketatkan nuts itu tadi. Pijak dengan kaki untuk memastikan cengkaman skru cukup kuat,moga semuanya selamat, inshaallah.

Tanda Awal Tayar Motor Bocor Tertusuk Paku, dan Apa yang Perlu Dilakukantayar-bocortyre-sealer-inflator-aeropaktyre-seal...
30/09/2019

Tanda Awal Tayar Motor Bocor Tertusuk Paku, dan Apa yang Perlu Dilakukan

tayar-bocortyre-sealer-inflator-aeropaktyre-sealer-inflator-aeropak-2
Asalnya mungkin membantu, tetapi lebih kepada paku bersaiz kecil. Tayar tiubles memang direka untuk menahan kebocoran, lebih-lebih lagi jika ada sealan tayar yang anda boleh beli atas talian. Apa yang mudah, anda cuma perlu lakukan :

Cabut paku.
Masukkan sealan tayar pada tiub menggunakan inflator khas.
Kemudian pam macam biasa.
DIY GUNA KIT PANCIT
kit-tayar-pancitdiy-tampal-tayar
Anda juga boleh buat tampalan sendiri secara DIY (Do-It-Yourself) menggunakan kit pancit yang mudah saja dilakukan. Namun, itu bukan bermaksud tayar tiubles anda sentiasa selamat sepenuhnya. Ini kerana tayar yang bocor akibat paku atau skru bersaiz besar tidak mudah diatasi dengan hanya menggunakan sealan tayar atau kit pancit

7 Tips Penjagaan Tayar kereta Anda dengan Betul1) Periksa keadaan fizikal tayar anda dari semasa ke semasaLebih afdalnya...
30/09/2019

7 Tips Penjagaan Tayar kereta Anda dengan Betul

1) Periksa keadaan fizikal tayar anda dari semasa ke semasa
Lebih afdalnya ialah sebelum anda start pemanduan. Pastikan bunga tayar tidak botak, pancit dan sebagainya.
Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.

2) Pemilihan Saiz Tayar Yang Sesuai
Perlu di ingatkan khususnya penggemar sport rim. Penggunaan tayar yang lebih besar contohnya 14 inci kepada 15 inci boleh memberi kesan kepada kenderaan anda dan secara tidak langsung kepada tayar anda.

Kesannya umpama “domino effect ” di mana, apabila wheel assembly menerima saiz tayar yang baru dan rim yang baru, ia memberi sedikit kesan kepada spesifikasi asalnya yang lama kelamaan memberi kesan kepada tayar kereta anda juga.

3) Pemeriksaan Berkala Tekanan Angin Tayar Kereta
Digalakkan untuk memeriksa tekanan angin kereta anda selama sebulan sekali paling minimum. Lagi kerap lagi bagus supaya sekurang-kurangnya anda tahu keadaan tayar kereta anda.

4) Tukar Kedudukan Tayar Kereta
Digalakkan menukar keduduakan atau rotation tayar kereta anda 3 bulan sekali untuk memastikan anda mengimbangi keadaan tayar dan mengurangkan tahap risiko kerosakkan kepada setiap tayar kereta anda.

5) Lakukan Alignment Dan Balancing Tayar Kereta.
Selalunya alignment tayar kereta dilakukan setiap 10000 kilometer perjalanan. Namun, jika sekiranya anda merasakan kereta anda sudah tidak seimbang ketika memandu, seeloknya terus lakukan alignment. Balancing turut dilakukan sekali jika buat alignment.

6) Kenali Spesifikasi Tayar.
Perlu diingat, spesifikasi yang terdapat di sisi tayar anda bukan hanya nombor semata-mata. Perkara-perkara penting untuk panduan anda

7) Gaya Pemanduan.
Digalakkan jadilah pemandu berhemah dengan gaya pemanduan yang baik sebagai langkah menjaga tayar kereta anda. Jika anda penggemar “drift”, maka sememangnya jangka hayat tayar kereta anda adalah sangat pendek.

- Tapi kalau dah pemeriksaan tayar kereta anda dah tip top sebelum pemanduan namun tiba-tiba terlanggar paku semasa pemanduan, maka standby lah Flatfix ni siap2. Goncang dulu Flatfix ni kemudian acukan hose flatfix kepada tiub tayar. Kemudian picit button flatfix dan tunggu tayar sehingga kembang seperti asal. Flatfix ni ianya akan keluarkan cecair latex yang boleh menampal tempat bocor tayar sekali gus mengembangkan tayar.

Dalam post ini , anda telah tahu 7 tips penjagaan tayar kenderaan anda.

Jadi amat penting untuk anda untuk ikut at least 3 dari 7 panduan tayar ni supaya anda tidak menghadapi masalah pada kemudian hari semasa pemanduan.

Terima kasih kerana luangkan masa 5 minit untuk baca posting ni, jangan lupa share post ini supaya mendapat manfaat sama2 oleh rakan2 anda.

Tips Penjagaan yg Betul utk Tayar Kereta ialah:1. Pemilihan saiz tayar yang bertepatan- Pilih saiz yang sesuai dengan ke...
30/09/2019

Tips Penjagaan yg Betul utk Tayar Kereta ialah:

1. Pemilihan saiz tayar yang bertepatan

- Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta anda.
- perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul
di permukaan tepi tayar.
- Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai
kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan)
adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk
kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu
sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan
kekuatan dan ketahanan tayar.

2. Periksa tekanan angin tayar kereta.

- Anda dinasihatkan supaya rajin memeriksa tekanan angin (tyre pressure). Lakukan tekanan angin tayar kereta anda mengikut spesifikasi yang betul. Jika angin terlebih atau terkurang, ia akan memberi kesan kepada tayar kereta anda.

3. Lakukan pelarasan tayar (allignment & balancing)

- Lakukan pelarasan tayar anda (allignment & balancing) di pusat servis kereta untuk setiap 10,000km interval. Dengan melakukan pusingan tayar kereta ini, anda boleh mengekalkan kesamarataan tayar dihadapan dan dibelakang.

4. Elakkan letak tayar bertampal di hadapan kereta

-Jika anda ada masalah tayar bertampal seperti bocor, pancit atau bunga haus, elakkan daripada diletakkan dibahagian depan kereta kerana tayar depan yang memacu kenderaan anda.
-Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya tayar meletup atau mengundang bahaya ketika anda sedang memandu dalam keadaan yang laju.

Cara Menyimpan Kereta Dalam Jangkamasa LamaBagi sebahagian orang kereta bukan sekadar alat pengangkutan,tetapi sebagai k...
30/09/2019

Cara Menyimpan Kereta Dalam Jangkamasa Lama

Bagi sebahagian orang kereta bukan sekadar alat pengangkutan,tetapi sebagai koleksi yang sangat disayangi.Malah bagi mereka yang sering berurusan diluar negara,pastinya mereka terpaksa meninggalkan kenderaan dalam tempoh waktu yang lama di garaj.

Jika kenderaan ditinggalkan tanpa dihidupkan dalam tempoh yang lama ia boleh menjejaskan prestasi kenderaan atau sukar dihidupkan. Ada beberapa teknik untuk menyimpan kereta dalam jangka waktu yang lama samaada dalam masa enam bulan hinggalah bertahun-tahun lamanya tanpa mengurangkan prestasinya. Jika anda berhadapan situasi demikian letakkan kenderaan di garaj yang kering dan dingin.

Selain itu ikuti beberapa langkah yang harus dilakukan. Langkah pertama ialah dengan mencabut kabel bateri kenderaan. Ia untuk mematikan arus bateri kenderaan, jika ditinggalkan terlalu lama bateri kenderaan boleh menjadi lemah.

Isi penuh tangki bahan bakar jika anda menyimpan kenderaan lebih dari satu tahun, Ia bertujuan mengatasi masaalah wap, kerosakan disebabkan air dan pembentukan karat. Sebelum anda menyimpan kenderaan, gantikan minyak injin dan penapisnya.

Titiskan minyak injin baru keselinder untuk memberi lapisan perlindungan kepada selinder berkenaan. anda juga perlu mengeringkan semua sistem pendingin untuk mengelakkan karat berlaku pada bahagian itu. Ia juga untuk mencegah masaalah akibat cairan penyejuk ataupun hubungan dengan aluminium.

Jangan sesekali mengeringkan penyejuk radiotor. Jika usia penyejuk sudah satu setengah tahun, gantikan dengan yang baru. Isi penuh minyak brek. Tukar jika ia melebihi dua tahun. Minyak yang sudah lama akan merosakkan komponen logam.

Untuk mengelakkan kerosakan pada penyerap hentak kenderaan, tual keempat-empat rodanya untuk merehatkan tayar, bearing dan komponen penyerap hentak yang lain.

Selimutkan kereta anda dengan kain, jangan lupa membuka sedikit cermin tingkap untuk memberikan ruang udara keluar masuk. Berdasarkan maklumat berkenaan ia mambantu anda untuk mengatasi masaalah terhadap kenderaan apabila ditinggalkan untuk suatu tempoh yang lama.

Perempuan wajib tahu cara tukar tayar.Berasa terpanggil untuk ajar semua perempuan bagaimana untuk tukar tayar. Walaupun...
30/09/2019

Perempuan wajib tahu cara tukar tayar.

Berasa terpanggil untuk ajar semua perempuan bagaimana untuk tukar tayar. Walaupun perempuan never ever akan tukar tayar sendiri kalau ada kehadiran lelaki sekali, dan even kalau takde lelaki, still never ever tukar sendiri sebab akan mengada dan terus call siapa-siapa (kebarangkalian tinggi jantina lelaki juga) untuk datang dan tolong. Tapi still, haruslah belajar menjadi independent woman. Kalau taknak belajar kerja lelaki, takyah sibuk minta hak sama rata apa jadah.

Walaupun diri sendiri takde kereta takde lesen dan tak pernah drive sendirian (eh ye ke? heh), tapi telah dibaling ke dalam situasi di mana tayar kereta pancit, sebanyak dua kali. Kali pertama adalah bernasib baik kerana ada Daddy, Khairi dan diri ini. Sudah tentu dua yang terlibat merupakan Daddy dan Khairi. Namun nasib tidak selalu menyebelahi diri kita.. Jadi kini saya akan ajar langkah senang nak tukar tayar. Sematkan dalam hati, nanti suami p**ang, anda dah boleh berlagak I dah pandai tukar tayar. Suami: Eh bila tayar you pancit? Isteri: Tak lah, I belajar kat belog Hanis. Hoh.

1. Langkah pertama, anda perlukan tayar yang pancit. Tiada tayar pancit tidak perlulah anda bersusah payah nak tukar. Ini bukan macam spender nak kena tukar selalu. Untuk memancitkan tayar bolehlah susun kulit durian di atas jalan raya dan gerakkan kereta ke arahnya. Lagi satu cara untuk pancitkan tayar ialah jadi seorang guru dan buat anak murid bengang. Boleh cuba juga.

2. Langkah dua, setelah dapat bentuk tayar yang diidamkan, anda perlukan Jack dan juga Jill. Keropok untuk makan sambil tengok suami anda tukar tayar. Kalau takde suami, anda perlukan jack sahaja.

3. Langkah ketiga, loose the screws for your tyre dulu (guna wheel brace), kemudian masukkan jack bawah kereta berdekat dengan tayar. Pusing batang jack tuh clockwise supaya kereta ternaik. Kena estimate ketinggian sehingga anda rasa, tayar baru (yang bulat dan penuh angin) muat untuk direplace.

4. Langkah empat, buka terus semua skru dan keluarkan tayar. Ambil tayar spare dan pasang.

5. Langkah lima, untuk memasang tayar spare anda perlukan pertolongan orang lain, kalau tak bersenamlah anda kat situ sorang2 sebab nak kena balance tayar dan pada masa yang sama nak kena ketatkan skru. Gigih.

6. Langkah 6, dah habis ketatkan skru, habislah proses pemasangan tayar. Tapi jangan eksaited sangat sampai terus drive nak blah dari situ bagi melupakan kenangan pahit. Anda kena cabutkan jack dan simpan peralatan dulu. Selesai semua, make your way to the nearest kedai tayar untuk beli tayar baru atau tampal tayar.

7. Kini anda sudah boleh open table dan gebang pergh aku pernah tukar tayar kereta sendiri pergh pergh dah tak perlukan lelaki dalam hidup perghh.

Bila Tayar Motor Pancit Di Tengah ‘Highway’ Atau Kawasan Yang Tiada OrangBila dah nak jadi, nak buat macam mana kan. Ini...
30/09/2019

Bila Tayar Motor Pancit Di Tengah ‘Highway’ Atau Kawasan Yang Tiada Orang

Bila dah nak jadi, nak buat macam mana kan. Inilah kata-kata yang sering kita gunakan, bila mana berhadapan dengan situasi yang tidak terduga, dan ia lebih memberi kesan jika kita tidak tahu untuk buat apa, atau buntu memikirkan jalan penyelesaian.

Begitu juga buat mereka yang membonceng motosikal, yang mana sering berhadapan dengan situasi tayar motor pancit, bocor atau pecah, dan ia adalah satu dugaan yang ingin dielakkan. Lebih-lebih lagi jika bersendirian, dan berada di jalan yang sunyi, atau kurang pengguna.

Bila dah berhadapan dengan situasi macam ni, nak tak nak, kena jugalah menolak motor, kalau tunggu sahaja, entah ada yang nak tolong atau tidak. Tapi, kita pun tidak tahu sejauh mana nak menolak motor, kalau naik sahaja, rosak p**a rim motor tersebut.

Namun, sebenarnya ada cara yang anda boleh lakukan, dan gunakan bila mana berada dalam situasi ini, dan menurut dari perkongsian saudara Zubair Suhaimi, anda masih boleh membonceng motor, walau tayar sudah pecah . Ingin tahu bagaimana, jom kita ikuti perkongsian darinya.

Jangan panik bila tayar motor pecah dikawasan yang tiada orang. Berhenti di tepi jalan dan periksa tayar anda. Kebiasaanya, tayar T100 atau yang bersaiz besar masih boleh bergerak walaupun pecah.

1. Cari bahan lembut seperti pakaian, surat khabar, rumput, daun, atau banner iklan yang mudah didapati ditepi jalan.

2. Gulungkan dan masukan ke dalam tayar luar. Bahan ini digunakan sebagai alas supaya rim tidak rosak dan tayar tidak gelong.

3. Jika tayar belakang yang pecah, duduk dihujung depan kerusi. Bawa dengan perlahan sehingga kawasan selamat atau sehingga berjumpa kedai motorsikal.

Pastikan sentiasa periksa keadaan tayar anda. Jika tarikh pada tayar dah melebihi masa yang sepatutnya, tukar tayar baru bagi memastikan perjalanan anda selamat

Tayar motor pecah?7 tip yang perlu dilakukanJadi, jika tayar pecah ketika memandu, inilah beberapa tip yang perlu anda l...
30/09/2019

Tayar motor pecah?7 tip yang perlu dilakukan

Jadi, jika tayar pecah ketika memandu, inilah beberapa tip yang perlu anda lakukan:

1. KAWAL DIRI, JANGAN TEKAN PEDAL MINYAK
pemandu-panik-pandulajudotcomdotmy
Memang susah, tetapi itulah langkah pertama. Bawa bertenang dan cuba kawal diri. Tayar kereta kita akan mula membelok dan bergegar, tetapi kereta kita sebenarnya masih kekal seimbang. Kekalkan kaki pada posisi pedal sedia ada. Jangan sesekali menekan pendikit atau brek!

Ini kerana apabila brek ditekan mengejut, tayar akan mula terkunci (tidak dapat dibelok), kita akan mula hilang kawalan stereng dan kereta akan berubah haluan atau terhuyung-hayang mengikut hukum fizik berbanding arah yang kita mahukan. Tayar yang terkunci juga meningkatkan peluang kereta berguling (roll over). Ini kerana kereta mengalami situasi ketidakseimbangan mengejut kerana tayar pecah tiba-tiba.

2. BOLEH MEMBREK, TETAPI JANGAN MENGEJUT
brek-mengejut-pandulajudotcomdotmy
Dengan tayar masih membelok atau terseret, anda boleh membrek. Tayar depan dan belakang mempunyai nisbah kuncian brek berbeza. Kita mungkin tidak tahu tayar mana satu sudah pecah. Keputusan membrek mengejut hanya akan membuatkan kereta membelok dan berpusing lebih teruk, termasuk merosakkan sistem brek seperti menyebabkan brek terkunci.

Pada situasi beginilah ciri keselamatan seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sangat penting. Tetapi bagi pemandu kereta yang tiada ciri tersebut, anda mesti menahan diri daripada menekan brek mengejut. Bayangkan bola yang disepak kuat. Perginya memang laju, tetapi sampai satu tahap pasti berhenti apabila daya pada bola itu berkurangan. Jadi, tindakan menyekat haluan bola yang sedang memecut hanya akan menyebabkan impak teruk sama ada kepada bola atau objek yang menyekat boleh sendiri (bayangkan pemain bola terkena rembatan).

Ingat fizik! Cuba membrek secara mengepam, iaitu tekan dan lepas berkali-kali sehingga kereta mencapai kelajuan yang mampu dikawal.

3. BETULKAN STERENG DENGAN LEMBUT
kawal-stereng-pandulajudotcomdotmy
Roda stereng ialah komponen sama yang mengawal roda tayar. Secara normal, tayar kereta akan patuh ke mana arah tuju yang dibawa stereng. Dalam situasi tayar pecah ketika memandu, situasi berubah. Kita mungkin mahu belok ke kanan, tetapi kereta belok ke kiri. Atau mahu belok 30º, sebaliknya kereta belok 45º.

Apabila tayar pecah, kereta sebenarnya masih dalam kawalan walaupun keseimbangan kereta sudah tidak sekata lagi. Ini membuatkan stereng bergegar dan membelok ke arah tayar pecah. Misalnya, jika tayar depan kanan pecah, stereng akan cenderung belok ke kanan kerana berat tertumpu ke bahagian pecah tersebut.

Cuba putar stereng arah melawan dan luruskan stereng secara lembut tetapi pantas. Jangan pusing habis!

4. RENDAHKAN GEAR, GUNAKAN BREK ENJIN
turun-gear-pandulajudotcomdotmy
Jika memandu auto, terus turun gear daripada D4 kepada posisi D3 dan D2. Jika manual, perlu tukar gear dengan pantas tanpa menekan klac. Ini dinamakan pembrekan enjin, antara kaedah menghentikan kelajuan kereta dengan efektif dan selamat.

Seperti bermain Need For Speed, di depan anda ialah selekoh tajam dan sudah tentu kita perlu turunkan gear 6 kepada 3 dengan pantas. Kita pun tahu kalau membrek semata-mata ketika layan corner dalam kelajuan tinggi hanya akan menyebabkan kereta berpusing-pusing hingga terkeluar amaran 'Wrong Way'. 😛

Samalah ketika berdepan situasi tayar pecah ketika memandu.

5. CUBA KEKAL DALAM LALUAN
dalam-laluan-pandulajudotcomdotmy
Cuba sedaya upaya mengawal kereta dalam laluan memandu, bukan menghala ke tepi jalan. Jangan p**a sesekali cuba melanggar apa-apa objek sama ada pembahagi jalan, pengadang jalan, bonggol atau pokok. Tindakan itu cuma menempah maut.

Apabila berjaya melakukan 3 langkah di atas, kereta biasanya sudah berada dalam kawalan. Langkah seterusnya ialah menukar tayar. Jangan berhenti di tepi jalan begitu saja. Carilah kawasan kurang sesak dan elakkan berhenti di selekoh.

6. NYALAKAN LAMPU AMARAN (HAZARD LIGHTS)
butang-amaran-kecemasan-pandulajudotcomdotmybutang-amaran-kecemasan-pandulajudotcomdotmy
Lakukan perkara ini selepas situasi jadi terkawal. Bergerak perlahan-lahan ke dalam lorong kecemasan dan berhentilah di kawasan yang difikirkan selamat dan ada sedikit teduhan. Maklumlah, tukar tayar bukanlah sepantas seminit dua.

Kalau hentian rehat (di lebuh raya) tidak jauh, atau ada susur keluar ke kawasan lapang, pilihlah berhenti di sana kerana lebih selamat.

7. JAGA-JAGA DI LORONG KECEMASAN
segitiga-kecemasan-pandulajudotcomdotmy
Jika tiada pilihan dan perlu juga berhenti di lorong kecemasan. Gunakan lampu kelip kecemasan atau pakai baju reflektif untuk meningkatkan kejelasan, terutama jika pancit pada waktu malam. Jika ada reflektor segi tiga, letakkan di belakang kereta di luar tepi jalan pada jarak 45 meter dan bukan 3 atau 5 langkah seperti dilakukan ramai pemandu. Itu sangat bahaya!

Address

Ipoh
30200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Magic Tyre Sealant Shop posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share