Tayar Murah Hero

Call Directions Contact the business

Tayar Murah Hero Tayar Baru Murah dan Tayar Terpakai!

Dimiliki oleh Silver Autoworks (202203269825(KT0533421-U))

PROMOSI DEEPAVALI SEHINGGA 14/11/2026!Sempena Deepavali ini, ada sedikit promosi untuk hangpa semua.- FREE Castrol Engin...
29/10/2026

PROMOSI DEEPAVALI SEHINGGA 14/11/2026!

Sempena Deepavali ini, ada sedikit promosi untuk hangpa semua.

- FREE Castrol Engine Shampoo bernilai RM40 untuk setiap pembelian minyak enjin kami (Castrol, Repsol & Petronas Nexta)
- Diskaun RM15 untuk minyak enjin Repsol & Petronas Nexta
- Diskaun RM10 untuk semua tayar
- FREE alignment untuk pembelian 2 biji tayar ke atas

Promosi sah sehingga 14/11/2026 sahaja

Castrol Engine Shampoo merupakan sejenis engine flushing, kami masukkan ke dalam enjin selama 10 minit idling, sebelum minyak enjin lama dibuang

Boleh menghilangkan kotoran dan mendapan di dalam enjin, hangpa akan rasa enjin lebih ringan berbanding sebelumnya

Jom servis kereta dan tukar tayar di kedai kami 🥳

19/10/2026

Nak servis kereta atau tukar tayar, roger je kami, servis yang terbaik kami berikan, kedai kami berada di Kawasan Perindustrian Pengkalan 1, Lahat

29/09/2026

Nak servis kereta atau tukar tayar, boleh roger kami ye, servis terbaik kami berikan, boleh contact 0104223630 untuk maklumat lanjut

Alhamdulillah, daripada 1 kedai, kami dah tambah lagi 2 kedai, semua berhampiran kedai asalTak ada bersesak-sesak dah le...
28/09/2026

Alhamdulillah, daripada 1 kedai, kami dah tambah lagi 2 kedai, semua berhampiran kedai asal

Tak ada bersesak-sesak dah lepas ni sebab kami dah asing servis di kedai masing-masing

Di kedai asal, kami fokus pada fast servis seperti tukar tayar baru, minyak enjin, minyak ATF dan CVT, dan juga alignment

Untuk kedai kedua yang berhadapan kedai sekarang, kami khaskan untuk major repair atau kerja yang makan masa seperti tukar suspension, skim disk, repair leaking enjin dan gearbox, servis aircond dan sebagainya

Untuk kedai ketiga yang terletak bersebelahan, kami jadikan lubuk tayar secondhand, ada 3 grade yang hangpa boleh pilih ikut bajet, ada grade AA, A dan B

Kami juga dah sediakan surau yang selesa untuk hangpa di kedai ketiga, cuma jangan melepak dekat situ ye, kesian orang lain nak solat nanti

Kami juga dah tambah 2 post jack, scissor lift dan juga mesin skim disk untuk memudahkan lagi servis kenderaan yang datang

Staf pun dah bertambah menjadi 12 orang keseluruhan kesemuanya

Tujuan kami upgrade semua ni untuk keselesaan pekerja dan pelanggan yang datang, dan insya Allah kami akan tambah lagi mesin dan servis lain di masa akan datang

Terima kasih banyak-banyak support kami sehingga dah berkembang seperti sekarang, harap hangpa kekal bersama kami sehingga masa akan datang

Nak servis kereta atau tukar tayar jangan segan-segan datang ke kedai kami

Ada apa-apa penambahbaikan boleh terus roger je kami, insya Allah ada daya kami tambah atau ubah

Ada apa-apa pertanyaan berkenaan tayar baru repair kenderaan, boleh terus whatsapp 010-422 3630

Ada pertanyaan berkenaan tayar secondhand boleh whatsapp no +60182873630

Sekali lagi terima kasih support kami sehingga sekarang

Jumpa hangpa di kedai kami!

Ah Jack
Silver Autoworks
Tayar Murah Hero

Alhamdulillah kedai tayar secondhand kami dah siap, ada lebih 1000 biji tayarAda grade AA, A dan B, ikut bajet hangpa, h...
22/09/2026

Alhamdulillah kedai tayar secondhand kami dah siap, ada lebih 1000 biji tayar

Ada grade AA, A dan B, ikut bajet hangpa, harga bermula RM45 sahaja, siap pasang dan balancing

Ada daripada saiz 14 inci sehingga 19 inci

Hangpa datang pilih terus, waranti seminggu untuk grade B, dan sebulan untuk grade A dan AA

Kedai berada di Kawasan Perindustrian Pengkalan 1, terletak berhadapan dengan kedai kami sekarang

Waze je Tayar Murah Hero, terus sampai kedai

Kalau nak contact, whatsapp no ni ye : 0182873630

Ni memang nombor khas untuk tayar secondhand, kalau nombor kedai satu lagi tu untuk repair dan tayar baru

Takpun klik terus link ni untuk terus ke whatsapp : https://wa.me/60182873630?text=Tayar%20seken

03/09/2026

Promosi tayar premium tahun 2025, grab sebelum habis ye

31/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan untuk Malaysia!
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
Kedai kami beroperasi seperti biasa hari ini
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Ibu saya telah pulang ke negeri abadi pada Selasa, 25/8/2026, 12 Rabiulawal 1448.Maaf jika terlambat reply PM di Faceboo...
28/08/2026

Ibu saya telah pulang ke negeri abadi pada Selasa, 25/8/2026, 12 Rabiulawal 1448.

Maaf jika terlambat reply PM di Facebook dan TT, kalau nak fast respond boleh terus whatsapp no kami ye

Maaf juga sebab kami buka separuh hari pada hari Selasa kelmarin, pkl 1 ptg baru buka

Sebab saya nak bagi staff saya ziarah ibu saya pada kali terakhir

Maaf juga kalau ada yang nak jumpa saya di kedai tapi saya tiada, saya masih bercuti untuk selesaikan apa yang patut

Insya Allah minggu depan saya dah berada di kedai

Apa-apa pun saya mohon doakan dan sedekahkan al-fatihah kepada ibu saya Rohani binti Abu Bakar

Semoga roh beliau dicucuri rahmah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman

Aminnnn

20/07/2026

Kedai berada di Kawasan Perindustrian Pengkalan 1, Ipoh, boleh call 0104223630 atau klik link ni untuk terus ke whatsapp https://wa.link/tenl11

RUGI KALAU HANGPA TAK TAHU PASAL NIKalau hangpa beli minyak enjin Castrol, boleh kumpul point tauPoint boleh dapat untuk...
19/07/2026

RUGI KALAU HANGPA TAK TAHU PASAL NI

Kalau hangpa beli minyak enjin Castrol, boleh kumpul point tau

Point boleh dapat untuk yang botol hijau dan gold sahaja, Magnatec & Edge, macam dalam gambar ni

Yang botol kelabu dan putih yang tulis GTX tu takde point

Yang best nya, empat kali servis minyak botol hijau (Magnatec), kali kelima dapat free minyak enjin yang sama gred!

Untuk botol gold (Edge), dua kali servis, kali ketiga dapat free yang sama gred!

Satu apps siap boleh guna untuk 3 kereta, maknanya lagi banyak kereta lagi untung

Khas kalau hangpa servis di bengkel Castrol Auto Servis dan Castrol Servis sahaja, beli sendiri dekat spare part memang tak dapat point ni

Macam bengkel kami Castrol Auto Service, point lagi tinggi daripada Castrol Service sahaja

Dan point ni hangpa boleh pergi bengkel Castrol lain-lain juga, tak semestinya bengkel kami je

Yang penting, minyak berkualiti dan harga lebih kurang macam brand premium lain, siap boleh kumpul point lagi

So, jom pakai Castrol!

Address

No 6 Persiaran Perindustrian Pengkalan 8, Kawasan Perindustrian Pengkalan 1
Ipoh
31500

Opening Hours

Monday 10:00 - 19:00
Tuesday 10:00 - 19:00
Wednesday 10:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 19:00
Friday 10:00 - 12:45
14:00 - 19:00
Saturday 10:00 - 19:00
Sunday 10:00 - 19:00

Telephone

+60104223630

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tayar Murah Hero posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tayar Murah Hero:

Shortcuts

Share

Nearby autos & automotive services